THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar Menteri Pendidikan, Dr Maszle Malik berhubung kenyataannya mengenai tempat kepada pelajar India ke program matrikulasi.
“Amboi. Main suka hati saja Maszlee guna perkataan “one-off”.
“Silap langkah, Maszlee dan PH pun “one-off”,” kata Najib.
Najib berkata demikian merujuk kepada kenyataan Maszlee yang mendakwa 2,200 tempat kepada kaum India adalah one-off sahaja, semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
Maszlee turut mendakwa 1,000 tempat untuk kaum Cina juga adalah one-off sahaja.
Namun, menurut Najib tawaran 2,200 tempat untuk pelajar India ke program matrikulasi pada tahun 2018 oleh Barisan Nasional bukan tawaran ‘one off’.
“Itu adalah dasar yang kami tambah baik dari angka 1,500 yang diperkenalkan tahun 2012.
“Barisan Nasional sudah ada perancangan juga untuk meningkatkan jumlah ini pada masa depan.
“Kami juga sentiasa cuba bantu lebih ramai lagi pelajar masyarakat India TANPA mengambil kuota hak-hak komuniti lain.
“Jangan main tabur saja perkataan “one-off”.
“Apakah kaum India dan kaum Cina bukan rakyat Malaysia yang perlu kami bantu juga?
“Inilah jadinya bila orang yang tahu pasal nak tukar kasut saja, diminta jaga hal pendidikan negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan