Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata nama calon untuk
menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara perlu
diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan bukan sahaja kepada Yang
di-Pertuan Agong.
"Kami telah memaklumkan kepada Agong. Terdapat keperluan untuk (baginda) memaklumkan kepada raja-raja yang sedang dilakukan sekarang dan kami sedang menunggu Majlis Raja-Raja Melayu untuk memberi perkenan," kata Mahathir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas soalan mengenai dakwaan Agong dikatakan menangguhkan perkenan terhadap calon menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan