Malaysia tidak akan berjaya sebagai sebuah negara maju sekiranya
gagal mengimbangi pembangunan fizikal dengan pemeliharaan alam semula
jadi dan mengekalkan persekitaran sedia ada.
Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad berkata tanggungjawab memelihara alam dan persekitaran
semulajadi adalah tanggungjawab bersama dan ia perlu dilaksanakan secara
berterusan dalam apa keadaan sekalipun.
"Kita telah melihat kesan akibat daripada pembangunan yang tidak teratur dan hanya menekankan faktor keuntungan semata-mata.
"Perlu
kita sedari, usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju tidak akan
tercapai atau diiktiraf jika apa yang boleh kita perlihatkan adalah
bangunan-bangunan pencakar langit tetapi sungai-sungai kita tercemar,
hutan belantara kita hanya tinggal tanah yang tandus dan udara yang kita
hirup teruk tercemar," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Bumi di Taman Tugu, Kuala Lumpur hari ini.
Hadir
sama dalam majlis itu Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Hal Ehwal
Ekonomi Mohamed Azmin Ali, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan
Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin,
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid
Abd Samad dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar.
Acara yang bermula jam 8.30 pagi itu diserikan dengan persembahan penyanyi Zainal Abidin yang menyanyikan lagu Hijau dan Suriram.
Selain itu, Dr Siti Hasmah turut mencuri tumpuan orang ramai apabila menyanyikan lagu bersama Zainal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan