HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 April 2019

iM4U dijenamakan semula sebagai Impact

MALAYSIAKINI

   

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan 1Malaysia for Youth (iM4U) dijenamakan semula sebagai Impact Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan hanya melibatkan nama.

"Saya nak tekankan di sini, saya secara peribadi tak suka kita hanya menjenamakan sesuatu tanpa ada penambahbaikan atau impak yang baru.

"Sebab itu kalau kita lihat Impact Malaysia ini bukan pengisian lama, ia sama sekali berbeza,” katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Impact Malaysia di Puchong, hari ini.

Katanya bukan semua program era lama akan dijenamakan semula seperti Fit Malaysia Rakan Muda, Parlimen Belia dan Perdana Fellowship.

Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM10 juta kepada Impak Malaysia bagi mencapai matlamat ke arah pembangunan belia dan inovasi sosial.

Bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), beberapa program era BN telah dijenamakan semula dengan nama baru.

Antaranya termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjadi Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Program Permata Negara (Permata) dijenamakan semula sebagai Genius.

Tiada ulasan: