SEREMBAN: Ahli Parlimen
Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar calon Pakatan
Harapan, Dr S Streram menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi memudahkan beliau bekerjasama secara
terus dalam membangunkan bandar kecil itu.
Menurut Anwar, beliau menerima banyak projek baharu sejak memenangi kerusi Port Dickson termasuk taman tema dan perindustrian.
“Kalau dia menang ia satu kelebihan kerana saya boleh bekerja dengannya secara terus. Bagaimanapun itu bukan lah syarat.
“Namun kalau kalah, saya akan tetap teruskan pembangunan, tapi saya harap dia menang.

“Saya sudah umumkan perkara ini (pembangunan) dari awal lagi. Bukan
hanya pembangunan di Rantau, tetapi juga sebahagian kawasan di Melaka,”
jelasnya pada Selasa malam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah kepada penduduk di Taman Sri Ramai, Rantau, Negeri Sembilan.
PRK Rantau menyaksikan pertembungan tiga calon lagi termasuk calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua calon bebas, R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.
Menurut Anwar, perkara yang utama dalam politik adalah memesatkan pembangunan.
“Alhamdulillah. Sejak saya jadi Ahli Parlimen Port Dickson, saya telah dapat beberapa projek baru pelancongan. Taman tema juga industri yang sekarang sedang dalam kelulusan.
“Pembangunan ini harus dipesatkan dan diperluaskan, maka saya akan kembangkan supaya tidak hanya tertumpu kepada daerah Port Dickson sahaja tapi ia mendukungi kawasan sekitarnya termasuk Rantau,” katanya.
Dalam satu perkembangan lain, Anwar tidak menafikan kehadiran Dr Streram sebagai calon Pakatan Harapan masih kurang dikenali oleh pengundi.
“Ya mungkin, tetapi kalau kita tengok Streram dah kerja sini banyak tahun.
“Sebelum pilihan raya umum dan selepas itu memang on the ground dan saya memang minta laporan daripada dia secara mingguan.
“Jadi mungkinlah tak sampai semua orang berbanding 15 tahun Datuk Mohamad Hasan. 15 tahun pun orang tengok juga prestasi dan pembangunannya,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan