ISMA WEB
Arahan Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya Najib bayar cukai pendapatan tambahan RM1.58 bilion satu penganiayaan, usaha menteri kewangan untuk menamatkan karier politik bekas perdana menteri
BANGI – “Hari ini kita lihat bagaimana sekali lagi Datuk Seri Najib
Razak dianiaya,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ketika
mengulas tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengarahkan bekas
perdana menteri itu membayar cukai tambahan sebanyak RM1.58 bilion.
Terdahulu, The Edge Markets hari ini melaporkan bahawa bil cukai untuk tempoh 2011 hingga 2017 itu adalah jumlah lain daripada cukaian pendapatan yang sudah dibayar Ahli Parlimen Pekan itu untuk selama tujuh tahun.
Siasatan LHDN mendapati Najib belum mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, termasuk RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya – yang dikatakan bekas Perdana Menteri itu sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi – tetapi didakwa oleh kerajaan berpunca daripada 1MDB.
Mengulas lanjut, Lokman Adam yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia berkata, tindakan LHDN itu adalah satu penganiayaan bertujuan menyingkir Najib daripada dunia politik.
Katanya, apa yang berlaku sekarang ini ialah bagaimana LHDN dipergunakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk memastikan karier politik Najib tamat.
Dalam satu kenyataan menerusi video malam tadi beliau berkata, ketika isu RM2.6 bilion itu dibangkitkan pembangkang, ada yang mendakwa Najib tidak membayar cukai pendapatan.

Ketika
itu, katanya, LHDN mengeluarkan kenyataan bahawa wang hasil daripada sumbangan
atau derma tidak tertakluk kepada cukai pendapatan.
“Tapi hari ini bila LHDN, menteri dia iaitu menteri kewangan sudah ditukar kepada Zionis DAP bernama Lim Guan Eng, hari ini kita lihat bagaimana sekali lagi Najib dianiaya dengan mengenakan kadar cukai yang begitu tinggi… mana munasabah sampai seseorang boleh dikenakan 1.58 bilion cukai pendapatan.
“Tapi kenapa tiba-tiba hari ini, Najib diarahkan untuk membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.58 juta… dah gila ke… apa masalah kerajaan Pakatan Harapan (PH) ni. Adakah beliau sengaja hendak membangkrupkan,” katanya sambil mengingatkan kakitangan awam supaya tidak terbabit menyalahgunakan kuasa.
Lokman Adam juga berkata, kini sudah masuk bulan kesebelas kerajaan PH memerintah, tetapi bekas perdana menteri itu tidak ada sebarang tindakan mahkamah diambil engikut Kanun Acara Jenayah kerana mencuri wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion.
“Kamu (Guan Eng) berjaya duduk kerusi menteri kewangan ini adalah kerana fitnah kamu, fitnah (Tun Dr) Mahathir Mohamad, fitnah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, yang mengatakan Datuk Seri Najib mencuri duit 2.6 bilion daripada 1MDB.
“Bagaimana mungkin sehingga ke hari ini kamu tak boleh mendakwa Najib mencuri duit 2.6 bilion di bawah Kanun Acara Jenayah atau Kanun Keseksaan,” katanya.
Sehubungan itu, Lokman Adam mengajak rakyat bangkit bukan sahaja menentang kerajaan yang zalim, tetapi juga penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk membantu kezaliman itu.
“Menyalahgunakan kuasa ini juga adalah satu kesalahan dan kita akan pastikan bila kita memerintah balik, bukan setakat Lim Guan Eng, Tommy Thomas (Peguam Negara), tapi juga penjawat-penjawat awam yang bersekongkol menganiaya rakyat dan pemimpin BN, akan didakwa di mahkamah,” katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan