Polis telah membuka siasatan berhubung penularan satu klip
video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuat naik
menerusi laman sosial Facebook.
“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, video berdurasi dua minit 12 saat bertajuk ‘Hari kelima perbicaraan Datuk Seri Najib’ memaparkan rakaman peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi, tular menerusi media sosial.
Difahamkan rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Facebook bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil pada tengah hari semalam, dan sudah ditonton lebih 227,000 kali selain dikongsi lebih 3,700 akaun Facebook dan mendapat lebih 1,900 komen.
Rakaman CCTV itu dipercayai sedutan prosiding hari kelima Najib di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lalu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan