Jika sebelum ini tingkah lakunya ada kalanya
mengundang kecaman masyarakat, Aliff Syukri kini berkata dia ingin
berubah seiring peningkatan usia yang semakin matang.
“Di usia yang semakin matang, saya mahu kehidupan yang lebih tenang. Saya nak jadi baik. Bukan kata saya jahat sebelum ini, cuma saya nak jadi matang.
“Takkan nak jerit sampai ke tua. Sudah banyak masa terbuang, 11 tahun saya kejar populariti.
Cukuplah,” katanya seperti dilapor portal hiburan MHE TV.
Tambah usahawan selebriti ini, dia sudah mula kurang memuat naik gambar atau video sensasi di media sosial untuk tidak menarik perhatian masyarakat.
“Saya hendak buat sesuatu yang baik dan berfaedah kepada masyarakat.
"Insya-Allah, saya akan melaksanakan kempen untuk membantu mereka yang dalam kesusahan,” katanya.
Malaysiakini pada Mac lalu melaporkan perubahan sikap Aliff yang berazam untuk mengerjakan umrah bagi pihak allahyarham bapanya, yang meninggal dunia akibat penyakit jantung dan paru-paru berair.
“Abah, saya berjanji dengan diri saya, saya akan buatkan abah umrah setiap tahun selagi saya mampu.
“Saya akan berusaha untuk wakafkan rumah anak yatim atau tahfiz untuk abah saya Kamarzaman bin Kamaludin," katanya di Instagram.
Menurut Aliff, dia juga mahu ibunya berasa bangga memiliki anak sepertinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan