Pengiktirafan UEC hanya lebarkan jurang perpaduan kaum dan melemahkan usaha memperkasa sekolah kebangsaan: iGuru
BANGI – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyifatkan tindakan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) sebagai mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.
Presidennya,
Mohd Azizee Hasan berkata, pengiktirafan oleh Tommy Thomas yang juga Pengerusi
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LKPUM), sepatutnya perlu
melalui mesyuarat Kabinet, bukan dilakukan terburu-buru tanpa pengetahuan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau
berkata, tindakan ini hanya akan mewujudkan dualisme dalam sistem pendidikan
negara serta melemahkan usaha memperkasa sekolah kebangsaan.
“iGuru
melihat pengiktirafan ini membawa kepada pelebaran jurang perpaduan antara
semua kaum manakala usaha memupuk perpaduan melalui wadah pendidikan sukar
direalisasikan.
“Bahkan
ia menganaktirikan anak-anak murid yang telah melalui sistem pendidikan arus
perdana terutama di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Tamil (SMJKCT),” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru,
Mohd Azizee berkata, sekolah kebangsaan perlu diperkasa sebagai sekolah pilihan
semua kaum.
“iGuru
berharap kebenaran lepasan UEC menduduki PSAG ini perlu mengambil kira
pandangan semua pihak dan tidak menyentuh sensitiviti kaum yang boleh gugat
keharmonian negara.
“Pada
masa sama, iGuru juga mendesak supaya pihak yang berkaitan menangani segera isu
graduan undang-undang USIM yang masih belum diiktiraf dan mendapat kelulusan
penuh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang untuk bekerja di Mahkamah Sivil,”
katanya.
Terdahulu,
Tommy berkata, PSAG akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle
3’ untuk tujuan itu mulai 1 Januari 2021.
Katanya,
perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada
ramai orang, dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa
universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat
kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.
UEC
adalah sijil Sekolah Swasta (SMPC) yang dikelolakan Jawatankuasa Kerja
Sekolah-sekolah Menengah Cina (MICSS) dan wakil-wakil dari Dong Jiao Zong.
Sijil ini langsung tidak ada kaitan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan