HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 Mei 2021

ADUN PAS dan rumah rakyat

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
 

‘PAK TEH mahu kalau boleh seluruh rakyat Perak ada rumah dan tanah sendiri. Ini negeri kita’. Itu antara ungkapan yang sering saya dengar dari YB Razman sejak saya mengenali beliau. Apabila PAS Perak terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri dan Pak Teh dilantik sebagai Pengerusi Pendidikan, beliau memberi tumpuan kepada peningkatan akademik khususnya golongan B40. Bagi beliau, hasrat merubah taraf hidup agar rakyat berdikari mesti bermula dengan pendidikan.

Bagi membuktikan cita-cita beliau sebelum ini, beliau pernah meminta saya menguruskan bantuan khususnya rumah untuk seorang pelajar cemerlang SPM dari Taiping. Namun hasil perbincangan dengan keluarga terbabit mereka kurang berminat sebaliknya berharap bantuan ditumpukan untuk pengajian di universiti.

Apabila ditukarkan ke portfolio Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, beliau lebih dekat dengan masyarakat khususnya golongan miskin. Sebahagian besar dari mereka adalah golongan yang perlu dibantu. Dalam DUN Semanggol yang diwakilinya, YB Pak Teh telah membeli sebidang tanah dengan duit sendiri bagi membantu mendirikan rumah melalui bantuan kerajaan. Kini ia hampir menjadi kenyataan.

Apabila beliau mendapat laporan isu penempatan semula nelayan yang tertangguh hampir setahun lebih di Pulau Pangkor, beliau terus bertindak pantas dan isu itu segera diselesaikan kurang dari dua bulan, nelayan terpilih telah dapat menduduki rumah tersebut.

Baru-baru ini beliau telah mengusahakan beberapa buah rumah bantuan kerajaan melalui jabatan di bawah pertanian. Beberapa rumah telah dibangunkan dan beberapa puluh buat dalam senarai diluluskan. Ia bermatlamat mencapai impian rakyat Perak miliki tempat berteduh di rumah sendiri. Nisbahnya mungkin kecil, tetapi dalam kemampuan sebagai Exco Pertanian ia sudah cukup memberangsangkan. Belum dikira apa yang diusahakan oleh dua lagi ADUN PAS yang lain.

Ketiga-tiga ADUN PAS ditakdirkan mewakili kawasan orang kampung yang sangat memerlukan bantuan. YB Akmal DUN Selama dan YB Khalil di DUN Kubu Gajah. Jika kita ikuti rutin harian ADUN PAS ini kita akan dapati jadual mereka penuh dengan masa bergelumang dengan rakyat. Kegigihan ADUN PAS menyelesaikan isu rakyat sangat di hargai. Mereka ibarat jantung yang memberi nadi kepada rakyat. 

Sebagai Pesuruhjaya PAS Perak, YB Razman menunjukkan tauladan yang baik kepada ADUN-ADUN parti yang bergabung dalam PN. Hakikatnya ketiga-tiga ADUN PAS telah berjaya mencerminkan watak yang mewakili keseluruhan kepimpinan PAS sebagai jamaah Islam. Bekerja mendahului bicara. Tindakan mendepani ulasan.

(*) FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN. Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Perak  HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: