HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Mei 2021

Dakwaan Selangor gagal kekang penularan Covid-19 tak benar

Manzaidi Mohd Amin
johanamk
Johan Ariff Salim

KUALA LUMPUR – Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kononnya kerajaan Selangor gagal mengawal penularan Covid-19  tidak berasas sama sekali.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Sungai Buloh, Johan Ariff Salim berkata, wabak Covid-19 merebak disebabkan keghairahan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu untuk merampas Sabah dari Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH) pada tahun lalu.

Beliau membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Mohd Rafiq Abdullah yang membuat dakwaan kerajaan Selangor kononnya gagal kawal penularan pandemiki.

“Dia (Mohd Rafiq) harus sedar kegagalan utama menyebabkan wabak ini berlaku disebabkan pengkhianatan PN yang berpolitik sepanjang masa sehingga membawa kepada PRN Sabah.

“Dia juga harus ingat, program saringan Covid-19 telah dijalankan secara besar-besaran dan merupakan inisiatif kerajaan Selangor bagi mengekang penularan wabak itu, selain menjadi negeri tunggal melaksanakan program itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Johan, pasukan Selangor Task Force Covid-19 yang diketuai bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli Ahmad pernah meminta izin dari Kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri itu membeli sendiri vaksin.

Namun, tegasnya, sehingga kini tidak ada maklum balas diterima dari sedangkan kerajaan negeri serius untuk membantu rakyatnya mendapat vaksinasi.

Daripada tindakan itu, kata beliau, jelas kerajaan PN gagal mengawal penularan wabak berkenaan sebaliknya lebih suka berpolitik menyebabkan proses vaksinasi menjadi perlahan.

Beliau menempelak Mohd Rafiq sengaja mengeluarkan kenyataan mengelirukan untuk mendapat perhatian kepimpinan itu agar disenaraikan sebagai calon PPBM dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dari tindak tanduknya, dengan mudah kita simpulkan beliau berada dalam keadaan delusional dan seronok mengeluarkan kenyataan berniat jahat terhadap kerajaan Selangor agar mendapat perhatian kepimpinannya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: