HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Mei 2021

Kenyataan PM sokong ‘two state solution’ harus ditolak

Nizzal Syafiq

Ucapan memalukan, bunuh perjuangan rakyat Palestin

KENYATAAN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong penyelesaian secara two state solution dalam ucapannya adalah memalukan dan membunuh perjuangan rakyat palestin itu sendiri.

1. Penyelesaian dua negara secara langsung mengiktiraf kemasukan, pencerobohan dan penubuhan negara haram Isr@@el secara berterusan sejak 1948. Ini bermakna segala aktiviti massacre bersiri (pembunuhan beramai-ramai), rampasan tanah, pencerobohan dan peperangan yang dihadapi orang Palestin sekian tahun adalah sia-sia.

2. Penyelesaian dua negara itu sendiri membunuh titik tolak perjuangan dan jihad orang Palestin selama ini. Rakyat Palestin tidak berjuang untuk memiliki negara sendiri kerana negara haram Isr@@el itu sendiri, mereka berjuang untuk membebaskan kembali tanah asal mereka yang menjadi hak abadi mereka sejak berkurun lama.

3. Pengiktirafan penubuhan negara haram Isr@@el juga bermaksud mengiktiraf hak negara haram Isr@@el membunuh, menghalau, menceroboh dan menduduki negara Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang sekian lama dipertahankan oleh umat Islam berkurun lamanya sejak Saidina Umar Al Khatab membebaskannya.

4. Kenyataan teramat berat oleh Tan Sry Muhyiddin ini perlu segera ditarik balik kerana ia membuahkan normalisasi hubungan diplomatik negara-negara dengan negara haram Isr@@el seperti yang telah berlaku di UAE, Bahrain dan lain-lain. Bahkan menanam bibit normalisasi hubungan terhadap Israel dalam kalangan rakyat Malaysia.

(*) Nizzal Syafiq -Ketua Biro Kepimpinan Pemuda ISMA

Tiada ulasan: