HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Mei 2021

Kepala otak Guan Eng lambang identiti DAP main sentimen kaum Cina

AGENDA DAILY

Dengan menggunakan 'cacian' kaum Cina akan melihat Lim Guan Eng sebagai hero apabila berjaya menggambarkan 'kebodohan' pemimpin Melayu.

Apabila Lim Guan Eng dengan celuparnya menggunakan perkataan “kepala otak dia” kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), ramai yang melihat perlakuannya sebagai melambangkan itulah identiti DAP – menggunakan cacian untuk menaikkan sentimen masyarakat Cina.

Kaum Cina akan melihat Guan Eng sebagai hero apabila berjaya menggambarkan ‘kebodohan’ pemimpin Melayu, sekali gus mempopularkan dirinya dan parti DAP.

Walaupun kemudian dia bersedia meminta maaf jika memang benar kerajaan Pulau Pinang tertipu dengan syarikat tidak wujud yang menawarkan vaksin percuma, perkataan “kepala otak dia” tidak akan boleh dipadam.

Sebaliknya, rakyat berasa pelik apabila hari ini dia meletakkan isu sama ada syarikat yang hendak memberi vaksin itu wujud atau tidak.

“Sama ada syarikat itu wujud atau tidak adalah perkara kedua,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebagai individu yang pernah menjadi menteri kewangan, Guan Eng pastinya akan menyelidik terlebih dahulu mana-mana syarikat yang hendak berurusan dengan kerajaan sama ada wujud atau tidak.

Atau, memang dia biasa melakukannya ketika menjadi menteri kewangan selama 22 bulan lalu? Membelanjakan wang rakyat sesuka hati?

Demikian juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang sehaluan dengan Guan Eng tidak pula menyiasat latar belakang syarikat swasta dan individu terbabit sebelum menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Jurucakap Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang Mohd Aswaad Jaafar mempersoalkan perkara itu kerana ia membabitkan jumlah wang yang banyak.

“Salah laku ini membabitkan sumber kewangan melebihi RM100 juta dan siasatan mengenai wang sebegitu banyak adalah mustahak.

“Menurut Chow, tawaran itu dibuat oleh sebuah syarikat swasta tapi tidakkah beliau mengesyaki mengapa transaksi bayaran dibuat melalui akaun bank peribadi individu itu?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lepas, Chow mendakwa Pulau Pinang pernah ditawarkan sumbangan dua juta dos vaksin oleh sebuah syarikat swasta tempatan pada Februari lepas namun kerajaan negeri tidak mendapat kebenaran daripada KKM.

Bagaimanapun semalam, Khairy menjelaskan bahawa tawaran dua juta dos vaksin Sinovac oleh syarikat swasta untuk Pulau Pinang adalah tidak sahih, dan siasatan mendapati bahawa syarikat tersebut tidak wujud.

Sehubungan itu, Aswaad menggesa Kon Yeow membuat laporan polis terhadap individu yang kononnya menawarkan sumbangan jika ketua menteri berpendapat bahawa beliau telah ditipu oleh individu bernama Yong Chee Kong yang kononnya adalah pengarah urusan sebuah syarikat bernama Xintai Development Enterprise Ltd berpangkalan di Hong Kong.

“Kami berpendapat beliau perlu membuat laporan polis untuk mempertahankan nama baik beliau sebagai Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap individu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, hari ini.

Katanya, laporan polis itu dibuat demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Pulau Pinang kerana sekurang-kurangnya dua kerajaan negeri cuba ditipu iaitu Sabah dan Pulau Pinang.

Tiada ulasan: