HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Mei 2021

Mesyuarat khas PN bincang nasib menteri, timbalan menteri UMNO petang ini?

Astro Awani
Mesyuarat khas PN bincang nasib menteri, timbalan menteri UMNO petang ini?
Menurut sumber, mesyuarat itu diadakan secara khusus bagi membincangkan agenda tertentu untuk mendapatkan kata putus daripada kepemimpinan parti. -Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Nasib menteri dan timbalan menteri UMNO dipercayai menjadi fokus perbincangan dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang dilapor akan diadakan petang ini.
 
Menurut sumber Utusan Malaysia, ia juga dijangka membincangkan isu sama ada mereka ingin kekal bersama PN atau meletak jawatan dan meneruskan perjuangan bersama parti itu.
 
"Barisan kepemimpinan PN dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini.
 
"Mesyuarat bermula pukul 5 petang di Pejabat PN di Publika itu dijangka dihadiri seramai 17 kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," jelas sumber berkenaan.
 
Antara yang dijangka hadir ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Dr Dominic Lau dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
 
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PN serta Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin juga dijangka hadir.
 
Menurut sumber, mesyuarat itu diadakan secara khusus bagi membincangkan agenda tertentu untuk mendapatkan kata putus daripada kepemimpinan parti.
 
Antara perkara yang mungkin dibincangkan adalah mengenai tindakan PN sendiri selepas sokongan UMNO tamat pada Ogos supaya kerajaan tidak lumpuh.

Tiada ulasan: