BEKAS orang kuat DAP, Hew Kuan Yau menasihatkan veteran parti itu, Lim Kit Siang supaya bersara daripada arena politik.
Mengulas kenyataan Kita Siang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Sabtu lalu, Hew berkata, Kit Siang patut berhenti membuat kenyataan mengenai politik.
“Bos, kurangkan bercakap dan keluar kenyataan, bersara awal dan biar generasi baharu memimpin DAP,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini, lapor Free Malaysia Today.
Hew, yang lebih dikenali sebagai “Superman Hew” kerana memakai baju T Superman, meninggalkan parti itu pada 2016 susulan kritikan terhadap kenyataannya berhubung tuntutan Laut China Selatan.
DAP sekadar memenangi dua daripada 26 kerusi yang ditandinginya pada PRN Sarawak Sabtu lalu. Pada PRN 2016, parti itu memenangi tujuh kerusi di Sarawak.
Parti itu hanya berjaya mempertahankan kerusi Pending dan Padungan, tetapi tewas di Kota Sentosa, Pujut, Pelawan, Bukit Assek dan Tanjung Batu.
Kit Siang percaya DAP boleh memenangi lima kerusi lagi, jika bukan
disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah dan perpecahan undi
pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan