KUALA LUMPUR – Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Datuk Gerawat Gala mendapat sebanyak 3,731 undi dan majoriti sebanyak 2,875, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan hari ini.
Keputusan DUN Mulu tidak diumumkan semalam kerana belum menerima keputusannya.
Pada mulanya, SPR beranggapan ia tidak dapat diumumkan hari ini setelah mengambil kira faktor keselamatan petugas yang menggunakan helikopter untuk membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi DUN berkenaan berikutan cuaca buruk dan perhubungan jalan darat terputus.
Bagaimanapun dengan keputusan DUN Mulu, GPS memenangi sebanyak 76 kerusi kesemuanya manakala Parti Sarawak Bersatu dan DAP masingmasing kekal empat dan dua kerusi.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan