Afiezy Azaman

Sambil
menyifatkan isu itu kini menjadi krisis negara, Anwar berkata beberapa
kementerian dan agensi kerajaan perlu bertindak lebih pantas. -Pejabat
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan melakukan
tindakan segera dalam menangani isu kenaikan harga barangan dan makanan
di seluruh negara ketika ini.
Sambil
menyifatkan isu tersebut kini menjadi krisis negara, Anwar berkata
beberapa kementerian dan agensi kerajaan perlu bertindak dengan lebih
pantas.
"Kerajaan
perlu ambil berat, empat atau lima kementerian buatlah cepat, ambil
tindakan kepada pihak yang menyorok barangan, kedua jangan amalkan
monopoli.
"Antara sebab harga
sayur-sayuran menjadi tinggi ialah faktor pengangkutan. Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) buat apa?
"Jadi semua agensi kerajaan masa inilah ambil langkah bantu supaya kos harga barangan diturunkan.
"Rakyat gaji tidak naik, tetapi harga barang naik; bukan sedikit tetapi menggila.
"Ini menyebabkan rakyat golongan bawahan B40 tidak dapat makan sayuran, ayam dan sebagainya," katanya, pada Rabu.
Isu kenaikan harga barang menjadi perhatian susulan aduan daripada pelbagai pihak mengenai perkara itu.
Dilaporkan terdapat peningkatan harga barangan dan sayur-sayuran pada margin yang luar biasa susulan pelbagai faktor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan