HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 Disember 2021

Mesyuarat perwakilan medan buah fikiran agar UMNO terus jadi tiang rakyat

ada kata audio
ISMAIL SABRI YAAKOB -Gambar fail FB UMNO Online

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru ahli-ahli UMNO menjadikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang berlangsung bermula hari ini sebagai medan buah fikiran agar parti terus menjadi tiang rakyat.

Sambil mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan, Perdana Menteri berkata, UMNO selamanya menjadi wadah rakyat yang memayungi kesejahteraan nusa dan bangsa.

“Bulatkan tekad demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai,” kata Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian berlangsung selama dua hari bermula hari ini sebelum disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Disember ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan.

Tiada ulasan: