HALAMAN SANTAI

Rabu, 8 Disember 2021

MN ‘Etos’ lebih besar dari survival Bersatu

MALAYSIA POST

MN ‘Etos’ lebih besar dari survival Bersatu

MUAFAKAT Nasional (MN) perlu diangkat dengan idealisme yang lebih besar, sebagai ‘Etos’ atau watak yang lebih besar dalam mengembalikan kejayaan negara.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berkata PAS tidak sepatutnya ‘memangsakan’ MN demi survival Bersatu, dengan menyalahkan Umno.

Menurutnya, sehubungan itu Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari perlu menghormati pendirian Umno yang merupakan sebahagian daripada gagasan MN yang disepakati.

“Tidak perlulah PAS cuba cuba mengajar, sebaiknya Ketua Pemuda PAS tidak perlulah banyak berhikayat, kononnya bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN) namun akhirnya ternampak seperti budak suruhan Bersatu.

“MN digagaskan bagi menahan dan memperjuangkan kepentingan umat yang sebelumnya diracik-racik oleh Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan yang tonggaknya adalah datang dari Bersatu sendiri.

“Kemudian sejarah merekodkan ianya disusuli muslihat dan pengkhianatan berlaku dari kalangan Bersatu yang berebut jawatan Perdana Menteri meruntuhkan kerjasama PH,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau turut mengingatkan Ahmad Fadhli bahawa MN bukan hanya kolisi dan kerjasama politik semata, demi kepentingan bersama ianya dipersetujui untuk tidak didaftarkan dan tidak mengikat.

“Maka atas kepentingan itu jugalah Barisan Nasional (BN) dan PAS yang membentuk MN berjiwa besar, demi ummah dan negara bersetuju membentuk kerajaan sementara bersama Bersatu walaupun mereka hanya tinggal bersisa,” katanya.

Menurutnya, penyatuan melalui MN disambut dengan penuh pengharapan umat dan janganlah ‘bunuh’ harapan itu hanya kerana kepentingan survival kelompok kecil yang tiada prinsip.

“Oleh itu, pesan kita pada Ketua Pemuda PAS janganlah berhikayat tanpa tujuan. Tidak perlu mengajar Umno erti setiakawan dan belajarlah menghormati Umno.

“Pemuda Umno tetap reda dengan apa jua keputusan PAS dan menghormatinya selaku rakan gagasan MN.

“Namun jika PAS menolak untuk bersama MN hanya kerana Bersatu, maka biarlah kami terus komited membawa agenda ini demi ummah dan rakyat Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: