Astro Awani

Chieng
Jen mendakwaPengerusi PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh berhasrat
menubuhkan sebuah kerajaan baru bersama GPS selepas pilihan raya. - Foto
Astro AWANI
KUCHING:
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chong Chieng Jen mengumumkan
dua lagi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Dudong dan Bawang
Assan.
Beliau berbuat demikian setelah tiada kata sepakat dalam rundingan antara DAP dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Ini
sekaligus melengkapkan senarai calon DAP di kesemua 26 buah kerusi yang
disasarkan oleh mereka untuk Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12).
“Setelah berbincang kami akhirnya memutuskan calon yang akan bertanding di DUN Dudong dan DUN Bawang Assan.
“Sehingga
saat ini tiada perkhabaran daripada PSB untuk bersetuju bekerjasama,
jadi kita anggap mereka menolak untuk bekerjasama oleh itu kita akan
umumkan calon kita untuk Bawang Assan dan Dudong.
Ujar
Chieng Jen lagi, Pengerusi PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh turut
menyuarakan matlamat mereka yang ingin menubuhkan sebuah kerajaan baru
menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Perkara ini telah menyebabkan kacau bilau dalam rundingan mereka.
“Sekiranya ADUN mereka memenangi pilihan raya akan ada yang melompat parti atau perubahan posisi dalam parti.
“Jadi ini bermakna ia hanya sekadar perlawanan persahabatan antara PSB dan GPS, lihat siapa menang kemudian bekerjasama.
"Inilah yang menjadi sebab utama rundingan antara kami tidak berjaya," dakwa Chieng Jen Calon
yang diumumkan oleh Chieng Jen ketika sidang media di pejabat DAP sibu
pada jumaat adalah Amy Lau Bik Yeing yang akan bertanding di kerusi
Bawang Assan dan Paul Ling Fong untuk Dudong.
Kedua-dua calon tersebut adalah calon muka baru yang diketengahkan oleh DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan