HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 Disember 2021

PRN Sarawak: Muhyiddin puji keputusan Ali Biju

MALAYSIA POST

PRN Sarawak: Muhyiddin puji keputusan Ali Biju

PRESIDEN Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Datuk Ali Biju menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak adalah langkah terpuji.

Beliau berkata, keputusan Ali untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krianlalu demi menghormati hubungan setiakawan yang telah terjalin antara Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Bagi saya, pengorbanan yang dilakukan oleh Ali Biju adalah amat besar ertinya kepada persefahaman yang telah dicapai antara saya dan Yang Amat Berhormat Abang Johari Openg dalam memperkukuhkan jalinan hubungan kerjasama antara Bersatu dan GPS di Sarawak.

“Ini termasuk persefahaman bahawa Perikatan Nasional (PN) yang diwakili oleh Bersatu akan mengambil bahagian dalam PRU ke-15 di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Ali dilaporkan mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada PRN Sarawak kali ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada calon GPS, Friday Belik.

Katanya, keputusan untuk tidak bertanding sebagai calon Bebas dibuat bagi memperkukuhkan hubungan yang utuh di antara Perikatan Nasional (PN) dan GPS. – Malaysiapost

Tiada ulasan: