Shafik Ahmad

Ibrahim, 62, merupakan Timbalan Setiausaha Agung GPS memiliki pengalaman dalam politik Sarawak. - Gambar Astro AWANI
KUCHING:
Teka-teki mengenai calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Satok akhirnya terjawab apabila Datuk Ibrahim Baki
disahkan akan bertanding bagi kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri
Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Beliau diangkat
sebagai calon bagi menggantikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang
Johari Tun Openg yang akan bertanding di DUN Gedong pada 18 Disember
ini.
Beliau
ketika ditemui menzahirkan terima kasih kerana diberi kepercayaan pucuk
pimpinan parti untuk menggalas khidmat kepada rakyat di Satok.
Menurutnya
ia merupakan tanggungjawab yang besar kerana kerusi yang ditinggalkan
merupakan kerusi yang disandang Pengerusi GPS dan Presiden PBB.
“Beliau
(Abang Johari) telah meninggalkan ‘kasut’ (tanggungjawab) yang besar
kepada saya.. ia sememangnya satu cabaran yang besar.
“Namun
pengalaman saya lebih 36 tahun bersama Abang Johari akan digunakan
dengan sebaiknya dalam meneruskan kelangsungan pembangunan secara
holistik di kawasan itu,” katanya.
Tambah Ibrahim, sebarang perancangan dan pembangunan yang telah dilaksanakan dan sedang dibuat akan diteruskan.
“Tidak banyak perubahan, saya hanya meneruskan apa yang telah diusahakan menerusi aspirasi rakyat di Satok.
“Beberapa
keutamaan akan diberikan tumpuan kepada usaha mengangkat imej Satok
sebagai sebuah kawasan yang berkarakter selain menangani isu perumahan,”
katanya.
Mengulas lanjut jelas Ibrahim,
persekitaran tanah yang terhad di Satok akan diambil kira dalam usaha
membangunkan lebih banyak kawasan kediaman untuk golongan B40 dan M40.
Ibrahim, 62, merupakan Timbalan Setiausaha Agung GPS memiliki pengalaman dalam politik Sarawak.
Malah beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan