PKR menafikan Presidennya yang disayangi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meletak jawatan susulan kekalahan memalukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semalam.
Terdahulu, tular dalam media sosial surat mendakwa Ketua Pembangkang itu akan meletak jawatan selepas kalah sekali lagi dengan teruk di Sarawak selepas turut mengalami kekalahan yang sama memalukan pada PRN Melaka.
“Saya menggesa seluruh anggota PKR bertenang dan mengambil maklumat sahih hanya dari sumber parti
“Saya juga menyeru rakyat seluruhnya menolak politik kotor dan adu domba… PKR akan terus bergerak sebagai parti politik pelbagai kaum untuk membela kehidupan rakyat di atas landasan keadilan,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam Komunikasi Whatsapp rasmi parti mengesahkan penyebaran surat palsu berkenaan.
Surat palsu itu menggunakan kepala dan logo parti untuk menyatakan bahawa Anwar berundur sebagai presiden parti untuk bertanggungjawab terhadap prestasi buruk PKR dalam PRN Melaka dan Sarawak.
Surat juga mendakwa Anwar turut melepaskan jawatan sebagai ketua gabungan Pakatan Harapan (PH).
Surat palsu itu juga menyebut Anwar digantikan oleh anak perempuannya Nurul Izzah Anwar sebagai presiden parti dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan