HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Disember 2021

Siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Itu prerogatif Abang Jo - Alexander

Afiezul Samit
Siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Itu prerogatif Abang Jo - Alexander
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyerahkan keepada kebijaksanaan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam melantik Timbalannya dan anggota kabinet Sarawak yang baharu. - Foto Bernama
 
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka mengumumkan barisan jemaah menteri baharunya pada bila-bila masa dari sekarang.
 
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan pemilihan jemaah menteri ini merupakan prerogratif Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
 
“Itu adalah pregrogratif Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. 
 
“Siapa dia nak lantik ke jawatan mana, itu adalah terletak kepada keputusan Yang Amat Berhormat Tan Sri Abg Johari Tun Openg.
 
Berhubung spekulasi mengatakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dilantik Timbalan Ketua Menteri, berikutan prestasi cemerlang parti itu,Alexander berkata beliau menyambut baik perkara berkenaan sekiranya benar.
 
“Tak apa bagi kita kalau Dr. Sim dilantik kita sambut baik lah itu bagus lah tapi itu terpulanglah kepada keputusan Yang Amat Berhormat sendiri.
 
Sarawak sebelum ini memiliki tiga Timbalan Ketua Menteri yang disandang oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Pada 31 Oktober lalu, Tan Sri James meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
 
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu lepas, GPS melakar kemenangan besar apabila memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Tiada ulasan: