HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 November 2007

Abdullah ibarat orang berkudis nak jual ubat kurap

Mat Zain Mat Isa

Bagai diduga, Ucapan Dasar Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno di perhimpunan agung partinya, 7 November, mendapat standing ovation (tepukan berdiri) dan tempik-sorak bergemuruh sidang hadirin. Tidak dapat dipastikan apakah kegemuruhan itu lantaran kepetahan pidato Abdullah dan ketajaman hujahnya, atau didorong ketaksuban hadirin kepada parti mereka.

Ataukah sorak-sorai mereka itu semata-mata dipaksa keadaan bagi meraikan tradisi parti itu yang sejak dulu hingga kini (dan mungkin selamanya) akan menunjukkan sikap ampu mereka kepada presiden yang selesai berucap, kononnya itulah ucapan terhebat yang pernah mereka dengar?

Biar apa pun sebab-musabab yang merasuk sekalian hadirin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam untuk bangun dan bertepuk, itu hak mereka. Namun, di luar kesedaran mereka tepukan dan sorakan itu bagai meraikan kelemahan dan kegagalan Umno yang baru didedahkan presiden mereka sendiri. Bukankah ucapan itu sarat dengan penegasan semula, ingatan dan rayuan kepada pelbagai pihak tentang perkara-perkara asas yang masih gagal diperjuangkan Umno?

Ulangsebut ratusan kali

Mengapa perlu mengulangsebut perkara sama puluhan, malah ratusan kali jika Umno sebagai tulang belakang kerajaan Barisan Nasional telah berjaya memperjuangkannya? Apa ertinya jika setelah lebih 50 tahun menerajui negara, Umno masih tercari-cari jatidiri bangsa, masih berusaha memartabatkan ekonomi Melayu dan masih merayu rakan-rakan bukan Melayu agar memahami sensitiviti kaum majoriti ini?

Bukan prejudis atau sinikal, tetapi bagi penulis ucapan dasar Abdullah itu (juga ucapan-ucapan seumpamanya oleh para pemimpin lain selama ini) sebenarnya lebih merupakan perakuan tentang kegagalan Umno memartabatkan bangsa Melayu dalam segala aspek yang diperjuangkan selama ini.

Apa yang sangat mendukacitakan kita, di saat para pemimpin Umno "memperakui" keterbelakangan bangsa Melayu itu (sebab kita pun Melayu juga!), mereka nampaknya masih tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri. Sebaliknya mereka lebih senang dan sangat terbiasa menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka. Dalam hal ini, ucapan dasar Abdullah kelmarin tidak terkecuali.

Pada suatu ketika dalam ucapannya itu, Abdullah mengingatkan ahli partinya dan rakan-rakan kongsi dalam BN supaya jangan sekali-kali terperangkap dalam isu agama dan perkauman yang dicetuskan oleh politik pembangkang.

Lebih kurang katanya, "kita adalah parti yang menguasai kerajaan, kita adalah parti didukung oleh kuasa eksekutif. Kita tidak harus merendahkan kedudukan kita, melatah dicucuk oleh pembangkang."

Sebagai Perdana Menteri, apa rasionalnya Abdullah terus mengkambing-hitamkan pihak pembangkang di atas isu-isu yang gagal diselesaikan di kalangan kerabat parti pemerintah?

Dari satu sudut, jika para pemimpin Umno mengiyakan dakwaan Abdullah kononnya parti-parti komponen BN yang membangkitkan isu perkauman dan agama adalah hasil terpengaruh dengan hasutan pembangkang, bererti mereka secara terbuka meletakkan mentaliti dan tahap pemikiran para pemimpin kerabat BN itu jauh lebih rendah daripada pihak pembangkang.

Jauh lebih bijak

Dalam ertikata lain, para pemimpin pembangkang jauh lebih bijak dan licik sehingga mampu menghasut dan mempengaruhi para pemimpin kerabat BN dalam isu-isu dimaksudkan. Apakah para pemimpin BN dapat mengakui hakikat ini?

Di satu pihak lain, apakah semudah itu rakyat dapat menerima kononnya segala isu berkaitan agama dan perkauman yang menjadi pertelingkahan di kalangan parti-parti BN adalah hasil cucukan pembangkang?

Mari kita perhatikan beberapa contoh berkaitan perkara itu. Ambil contoh kes kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu mengenai perobohan kuil di Kampung Rimba Jaya, Padang Jawa, Shah Alam, 30 Oktober lalu. Insiden perobohan kuil itu adalah tindakan pentadbiran oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Presiden MIC itu bagaimana pun menyifatkan perobohan itu melukakan hati penganut agama Hindu. Beliau bagaikan merajuk, sehingga timbul perkhabaran bahawa MIC akan membatalkan semua majlis rumah terbuka sempena perayaan Deepavali kerana berkongsi kekecewaan penduduk kampung terbabit.

Polemik antara para pemimpin MIC dan kerajaan Selangor berlanjutan beberapa ketika dan mendapat perhatian media massa. Isu berkaitan agama sememangnya sentiasa di pandang sensitif oleh semua pihak dalam negara kita. Soalnya, adakah isu tersebut dicetuskan mana-mana pihak dari parti pembangkang?

Lihat pula contoh kes tuntutan MCA dalam beberapa perkara berkaitan bahasa Mandarin. Antaranya bagi mengekalkan pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda mereka sebagai membantah langkah Kementerian Pelajaran memaksa penggunaan bahasa Inggeris.

Begitu juga dalam isu menjadikan bahasa Mandarin sebagai pengantar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Jika mengikut logik Abdullah menerusi ucapan dasarnya semalam, isu-isu adalah cetusan pembangkang. Sejauh manakah benarnya dakwaan itu?

Bagaimana pula dengan tuntutan parti sahabat Umno itu agar kerajaan melaksanakan tender terbuka tanpa mengira kaum dalam pengagihan projek-projek kerajaan? Kononnya, jika langkah itu dilaksanakan, amalan 'ali baba' akan dapat dihapuskan dan akan mewujudkan persaingan lebih sihat dalam ekonomi negara.

Gesaan itu mendapat tentangan keras ahli-ahli politik Melayu, khususnya para pemimpin Umno. Soalnya, apakah cadangan disuarakan Presiden MCA sendiri itu ekoran dicucuk pihak pembangkang juga?

Kucup keris

Dalam ucapannya kelmarin, Abdullah juga menyentuh isu Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Hussein menghunus dan mengucup keris pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu. Perbuatan itu dianggap ofensif dan mendapat kritikan pedas para pemimpin MCA. Cuba soal lagi, apakah isu itu juga dicetuskan pihak pembangkang?

Banyak lagi sebenarnya kes-kes yang boleh dijadikan contoh bahawa pertelingkahan antara parti-parti kerabat BN tidak ada kena-mengena langsung dengan pihak luar. Justeru, di mana rasionalnya Abdullah masih cuba mengkambing-hitamkan pihak pembangkang?

Barangkali Abdullah juga berkongsi tabiat para pemimpin Umno yang senantiasa cuba menakut-nakutkan rakyat terhadap kebangkitan pembangkang. Rakyat ditakutkan, jika pembangkang memerintah, negara akan huru-hara. Jika pembangkang berkuasa, negar akan mundur ke belakang dan berbagai lagi. Segala gambaran menakutkan itu sudah selalu kita dengar.

Jika atas alasan itu Abdullah cuba mengaitkan pembangkang dengan pertelingkahan di kalangan BN, bererti dia telah menjadikan ucapannya itu ibarat 'cakap tak serupa bikin'.

"Jangan lagi ditakutkan minda Melayu, seperti menakut-nakutkan anak kecil kepada hantu," itu antara kata Abdullah.

Apa pun maksud Abdullah atas ungkapan itu, telah terbukti bahawa pihak yang paling banyak menakutkan minda orang Melayu selama ini ialah para pemimpin kerajaan, termasuk Abdullah sendiri.

Perbuatan Abdullah itu mengingatkan penulis kepada kata-kata yang pernah diucapkan al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya, "kita nak jual ubat kurap kat orang, kita sendiri bertompok kudis, siapa nak beli?"

Ertinya, jika kita nak nasihatkan orang agar jangan menakutkan minda orang Melayu, sedangkan kita sendiri sering menakut-nakutkan rakyat terhadap pembangkang, siapa akan dengar nasihat kita? Sebab itu dengan ucapannya, Abdullah tidak ubah seperti seorang yang berkudis tetapi mahu menjual ubat kurap kepada orang lain. Mana ada rakyat yang waras akan membelinya?

Khamis, 8 November 2007

Jangan takut berhimpun, ikuti beberapa panduan perhimpunan

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali

Himpunan Aman Rakyat untuk merafak sembah menyampaikan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada Hari Sabtu 10 November 2007 tepat pada masa dan ketikanya.

YDP Agong selaku 'payung' kepada rakyat Malaysia seluruhnya sama ada Melayu, Cina, India atau Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain. Agong kepada orang PAS, orang Keadilan, orang MIC, MCA mahupun Umno.

Rakyat sudah sangat terdesak dan wajib bertindak.

Walaupun dikatakan ada saluran rasmi untuk bantah dan adu kepada kerajaan yang memerintah tetapi yang rakyat hendak bantah adalah sistem pincang dan perlaksanaan tempang kerajaan itu sendiri.

Hampir mustahil sebuah kerajaan yang begitu megah dengan pengalaman 50 tahun memerintah mahu menerima pandangan dan kritikan tentang dasar yang disusun begitu rupa yang selama ini telah memenangkan mereka.

Inilah permasalahannya hingga rakyat mengambil keputusan berani untuk turun ke jalan raya berhimpun secara aman hujung minggu ini.

Kata orang Perak sudah 'jenoh' kita bersuara atas pentas ceramah, dalam media kita, dalam sekelumit 'slot' yang diberi di media arus perdana, dalam memo demi memorandum yangdiajukan, dalam Dewan Parlimen dan DUN melalui wakil-wakil kita tapi kerajaan yang memerintah makin galak menindas dan memanipulasi.

Ini diakui sendiri oleh Pengerusi SPR yang akan bersara tidak berapa hari lagi Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman iaitu sistem pilihan raya di Malaysia dibuat sebegitu rupa untuk memastikan kemenangan Umno/BN dalam pertemuan semalam 5 Nov 07 antara Presiden dan beberapa orang AJK PAS Pusat dengan Tan Sri dan anggota panel SPR di Blok C7, Parcel C, Putra Jaya.

Ini bukan kali pertama saya mendengar Tan Sri berkata demikian, beberapa tahun lepas dalam satu taklimat SPR kepada pimpinan PAS kenyataan yang sama keluar dari mulut Rashid.

SPR hanya boleh bergerak dan bertindak dalam kerangka undang-undang yang ada, undang-undang ciptaan Umno/BN.

SPR tiada kuasa untuk mendakwa atau menghalang salah laku pilihan raya apatah lagi untuk mengubah sistem tersebut. Malah dalam begitu punya disiplin mematuhi undang-undang dan peraturan manusia, kita semua dikejutkan dengan pengakuan Setia Usaha SPR iaitu Dato Kamaruzaman bagaimana Daftar Pemilih yang tidak boleh dicabar dalam mahkamah boleh 'dipermainkan' oleh PPP atau Penolong Pegawai Pendaftaran yang terdiri dari pekerja sementara/kontrak yang dilantik SPR.

Apakah mungkin PPP ini adalah Puteri-Puteri Umno yang dikemukakan oleh Ketua Puteri Umno pada masa tersebut dan diterima sendiri oleh Pengerusi SPR yang sama iaitu Tan Sri Rashid melalui memo tulisan tangan beliau?

Ini juga diakui sendiri oleh Tan Sri walaupun pada awalnya mengatakan tidak tahu menahu tentang Puteri Umno yang dilantik sebagai PPP. Ini menambah-burukkan lagi imej SPR setelah kenyataan pada Bulan Julai yang lepas dimana sebanyak 22,433 nama pengundi terpaksa digugurkan dari Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana TIADA dalam senarai nama rakyat Malaysia dalam data JPN.

Ini belum dikira lagi 180,000 nama pengundi yang disahkan mati yang baru sahaja dibersihkan.

Apakah kebarangkaliannya hampir 200,000 nama ini yang saya kategorikan sebagai pengundi hantu, dicampur dengan nama-nama pengundi yang dipindah-pindahkan oleh PPP dan mungkin juga penipuan dan manipulasi yang tidak dapat dikesan oleh SPR telah memenangkan Umno/BN.

Berapa orang dikalangan yang menang sebagai ahli parlimen dan ADUN telah memegang jawatan PM,TPM, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, MB, Exco dan pelbagai jawatan penting yang menentukan dasar dan mentadbir serta mengurus Negara??

Ini belum dikira lagi kelemahan sistem pendaftaran mati-hidup rakyat dari peringkat Balai-balai Polis hingga ke JPN sendiri. Tan Sri juga memaklumkan bahawa ada 5 juta orang mati yang masih belum direkodkan oleh JPN.

Berapa ramai mereka yang telah mati ini ‘dibangunkan” untuk mengundi kerana nama mereka masih 'hidup' dalam rekod JPN dan dalam daftar pemilih.Peliknya Malaysia telah mewujudkan Bandar Silikon nya sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Malaysia menghantar 'angkasawan' atau pelancung angkasa dengan kos beratus ke beribu juta RM tetapi JPN iaitu satu jabatan paling asas dalam pengurusan Negara masih belum mampu merekodkan 5 juta nama rakyat yang telah pun berkubur sekian lama.

Setelah mendengar segala-segala yang pelik diatas saya semakin yakin rakyat wajib turun ke jalan raya, mengadu kepada DYMM YDP Agong keresahan, kebimbangan dan kerisauan kita semua.

Kepincangan yang tidak mampu diperbetulkan oleh SPR tanpa ada kesedaran dan kemahuan kerajaan yang ada untuk berubah kearah pembaikan dan ketelusan.

Tapi Umno/BN selaku parti yang memerintah sudah lama duduk dalam zon selesa, tiada sebab untuk mereka melakukan perubahan kecuali, ya kecuali ada rasa takut kepada balasan Allah SWT diatas apa yang mereka lakukan selama ini.

Sebagai peringatan kepada semua yang akan berhimpun di Dataran Merdeka pada 10 Nov nanti saya ingin memesankan beberapa perkara.

Pertama, jangan takut untuk berhimpun kerana hak kita untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan dan diperaku oleh SUHAKAM yang beberapa kali menyatakan perhimpunan aman tidak perlu permit polis.

Kedua, pastikan kenderaan yang dinaiki nanti dalam keadaan yang baik, pemandunya cukup rehat dan dalam keadaan bersedia utuk memandu, patuhi peraturan jalan raya, bersabar dan bertimbangrasa antara sesama pengguna.

Jangan lupa doa yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan pergi dan balik.

Saya telah mengingatkan sahabat handai yang berada di Lembah Klang agar sama-sama mendoakan keselamatan tetamu-tetamu dari seluruh Negara.

Ketiga, jaga kesihatan dan kebersihan semasa berhimpun dan selepasnya. Buang sisa,bekas makanan dan kertas lapik duduk masing2 dalam tong sampah atau bawa balik bersama jika tiada tong berdekatan.

Lampin pakai buang anak dan tuala wanita terpakai hendaklah dibungkus dan dibuang dalam tong sampah dalam bilik air/tandas yang digunakan, jangan ditinggalkan atas sinki,tepi pintu atau atas lantai.

Jaga kebersihan tandas atau bilik air sebagai mana kita mahu ianya dalam keadaan bersih sebelum kita gunakan.

Jangan lupa bawa bekalan air minuman dan sedikit bekalan makanan kering yang tidak mudah rosak supaya tidak kelaparan dan kehausan jika makanan yang disediakan atau yang dijual tidak mencukupi.

Semasa bermusafir saya suka bawa 'Wet tissu' atu tisu lembap yang bagi ibu-ibu digunakan untuk mencuci bayi.

Tisu ini sangat 'handy' jika tiada air atau sekadar untuk mengelap muka atau tangan yang kotor.

Satu lagi oleh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu elok juga dibawa baju hujan yang nipis atau baju hujan pakai buang.

Sebaiknya beli yang berwarna kuning atau yang jernih untuk memastikan warna kuning tanda protes dalam himpunan ini tidak terlindung.

Jangan lupa pakai baju kuning, bagi muslimat baju dan tudung kuning. Kawan-kawan yang ada baju atau tudung kuning lebih, boleh pinjamkan kepada yang tiada.

Para dermawan pada masa inilah boleh menderma dengan menaja bas, duit tol/minyak/sewa bas. Dermawan yang berada sekitar KL bila lagi hendak kenduri.

Masak dan sediakan sarapan pagi pada 10 Nov serta makan malam 9 Nov/10Nov.

Mungkin kali ini kita 'korban' untuk Himpunan AMAN Rakyat ini, apatah lagi korban sempena Raya Haji bukan wajib tapi sunat.

Membantu dan menyumbang untuk menegakkan keadilan dan membantah kezaliman serta mencegah penipuan adalah wajib.

Ayuh, jadilah tuan rumah yang baik yang memuliakan tetamu seperti sunnah Rasulullah s.a.w.

Jangan pula orang dekat/setempat tidak bersama-sama berhimpun. Itu sudah memang wajib kerana wajib akur arahan Presiden jika anda ahli dan penyokong PAS.

Wajib juga bagi semua yang mahukan keadilan dan benci kemungkaran, benci penipuan benci rasuah; tidak kira ahli Parti atau tidak .

Salam perjuangan, JANGAN TAKUT JANGAN BIMBANG. Kita jumpa 10 Nov nanti.

Dr Lo'lo' bt Hj Mohamad Ghazali
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat

Rabu, 7 November 2007

Selepas 50 tahun, Umno masih gagal perkasakan Melayu - Zainal Kling

Intan Abdullah

KUALA LUMPUR (Hrkh) - Setelah 50 tahun memerintah negara, Umno masih belum berjaya memperkasakan orang Melayu sebagai bangsa dominan dari sudut ekonomi dan politik.

Dalam satu rancangan yang disiarkan oleh TV9 malam tadi, Pensyarah di Jabatan Antropologi, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya, Dato' Dr Zainal Kling berkata, setakat ini Umno hanya meluaskan monopoli mereka ke peringkat kelas menengah sahaja yang merupakan sebahagian kecil daripada bangsa Melayu

"Sedangkan terdapat 60 peratus lagi orang Melayu yang tinggal di luar bandar tidak dapat menikmati hasil pembangunan mewah yang dibuat oleh kerajaan," ujarnya ketika ditanya oleh perantara rancangan Hujah, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof.

Menurutnya, ini adalah kerana kerancakan aktiviti pembangunan yang dijalankan hanya bertumpu kepada masyarakat yang berada di bandar sahaja.

Walhal ujarnya, masih ramai lagi di kalangan orang Melayu yang perlu dibangunkan ekonomi dan taraf hidup yang selesa tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

"Masyarakat yang berada di luar bandar juga mahu menikmati kemajuan, mereka mahu pusat kesihatan kecil diwujudkan di tempat mereka," tegas beliau yang juga merupakan pemerhati politik tanah air.

Zainal berpendapat bahawa orang Melayu masih terkebelakang jika sekiranya budaya demokrasi masih tidak wujud di dalam Umno.

"Ini tidak, kalau kita tegur pemimpin, dilabelkan sebagai pembangkang, dikenakan tindakan tatatertib, dibuang parti dan sebagainya. Di mana demokrasi parti kita?"

Beliau menunjukkan bahawa walaupun memerintah negara selama 50 tahun, Umno masih gagal membawa kemajuan ekonomi kepada Malaysia, khususnya orang Melayu

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata dengan tema 'mengangkasakan tamadun bangsa', Umno sebenarnya hanya berjaya mengangkasakan harga barang sahaja.

Hal ini terbukti dengan peningkatan harga barangan yang mendadak di pasaran dalam tempoh terdekat.

Apa yang jelas, Zainal mengakui bahawa demokrasi dalam Umno masih lagi terkongkong yang akhirnya akan menatijahkan perkembangan Umno yang tidak demokratik.

Beliau mengakhiri temubual rancangan tersebut dengan menyatakan harapan kepada pertubuhan Melayu itu, supaya perancangan kemajuan yang diatur untuk menjadikan agenda memperkasakan melayu tidak mengetepikan nasib sebenar sebahagian besar golongan melayu yang tinggal di luar bandar untuk mengecapi nikmat kemajuan yang telah lama dinikmati oleh rakyat di bandar. - mr

Kes demam denggi meningkat sehingga 33,207 kes

KUALA LUMPUR: Sejumlah 33,207 kes demam denggi dilaporkan sehingga 18 Ogos tahun ini berbanding 22,511 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 10,696 kes atau 47.5 peratus.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata walaupun terdapat peningkatan kes di negara ini, keadaannya masih terkawal dan tidak dikategorikan sebagai cemas.

"Peningkatan kes ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan terdapat juga peningkatan kes denggi ini di negara-negara rantau Asia Tenggara yang lain," katanya ketika menjawab soalan M. Kulasegaran (DAPIpoh Barat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dr Chua berkata sehingga 14 Julai tahun ini, negaranegara yang mencatatkan peningkatan kes denggi adalah Singapura iaitu sebanyak 126 peratus, diikuti Thailand (36 peratus), Vietnam (26) dan Kemboja (22) peratus.

Katanya susulan daripada peningkatan kes denggi ini jumlah kematian yang disebabkan oleh penyakit itu turut meningkat.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 74 kes kematian telah dilaporkan berbanding 59 kes kematian pada tempoh yang sama pada tahun lepas.

"Punca utama kes demam denggi ini meningkat ialah proses urbanisasi yang tidak dirancang dengan teliti, serta kurangnya kerjasama daripada masyarakat untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyumbang kepada peningkatan nyamuk aedes dan jangkitan virus denggi," katanya.

Dr Chua berkata antara premis yang telah dikenalpasti positif ialah rumah kediaman yang merupakan kawasan majoriti penemuan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes.

"Pada 12 hingga 18 Ogos tahun ini sebanyak 713 buah premis didapati positif untuk pembiakan aedes dan daripada jumlah itu sebanyak 621 buah atau 87 peratus merupakan premis kediaman," katanya.

Katanya senario yang sama juga berlaku pada minggu sebelumnya dan keadaan ini disebabkan kurangnya penglibatan masyarakat dalam aktiviti pengurangan pembiakan jentik-jentik. BERNAMA

Lagi kes rasuah babitkan pemimpin Umno di Melaka

Zaili Muhammad

MELAKA (Hrkh) - Rakyat pelik, di sebalik retorik ucapan Islam Hadhari, perjuangan Agenda Melayu berdegar-degar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semakin banyak kes rasuah membabitkan pemimpin Umno didedahkan.

Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) mengesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dengan segera tuduhan rasuah yang melibatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Dato, Abdul Aziz Abdul Ghani dan seorang pemaju bagi permohonan mendapatkan tanah seluas 30.71 ekar di Mukim Merlimau, Jasin, untuk projek perumahan.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh pemaju Asas Fleksi Sdn Bhd, Lui Tong Lam, pada 30 Oktober lalu, beliau mendakwa 'menyumbang' RM130,000 termasuk RM50,000 untuk tabung politik Umno bahagian Jasin dan RM80,000 untuk Umno Melaka pada Mac 2003 berhubung permohonan tanah di atas.

Menurut Ketua DPPNM, Ustaz Kamaruddin Sidek, bahawa kita menuntut BPR menyiasat dengan segera berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pemaju tersebut kerana ianya berunsurkan rasuah.

"Kita juga minta Umno bahagian Jasin dan Umno Melaka bangun menjelaskan perkara sebenar bagi melindungi maruah mereka berkenaan tuduhan tersebut samada ianya benar atau tidak mereka menerima wang itu.

"Sedangkan cubaan memberi rasuah kepada Tuan Guru Nik Aziz BPR dengan segera boleh siasat kenapa kes yang melibatkan bekas Adun dan Umno Melaka ini tidak diambil tindakan sewajarnya," kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa kepimpinan Umno semua peringkat di bawah Ali Rustam bermasalah dan kita harap bekas Adun ini boleh bekerjasama dengan BPR sebagaimana yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

DPPNM bercadang akan membuat laporan kepada BPR dalam masa terdekat bagi melaksanakan tanggungjawab sosial untuk membanteras rasuah hingga ke akar umbi seperti yang selalu diwar-warkan oleh PM.

Sebelum ini, Lui mendakwa Abdul Aziz berjanji boleh membantu mendapatkan kelulusan Majlis Daerah Jasin (MDJ) dengan syarat membuat sumbangan tersebut dan tidak lama kemudian, MDJ meluluskan permohonan tersebut.

Beliau membuat laporan tersebut kerana merasakan dirinya telah ditipu dan tidak mahu ada pihak yang menuduh syarikatnya terlibat dengan rasuah.

Abdul Aziz pula mengaku menerima wang sumbangan Lui bagi pihak Umno dan dibelanjakan oleh Umno bahagian untuk pelbagai keperluan, termasuk mengadakan mesyuarat dan bantuan kepada penduduk kampung. - mr

Isnin, 5 November 2007

Perhimpunan Agung Umno 2007: Umno terpaksa 'rasuah' RM5.25 juta, tarik ahli daftar SPR?

Azamin Amin


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Betapa gersang,untuk menarik sokongan ahlinya Umno dilihat terpaksa mengumpan hadiah berjumlah RM5.25 juta supaya ahlinya mendaftar sebagai pemilih dan pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini terpaksa dilakukan berikutan rekod sejumlah hampir 4 juta rakyat Malaysia termasuk ahli Umno yang masih gagal mendaftar sebagai pemilih dan pengundi bagi pilihan raya akan datang malah kempen-kempen yang dilakukan oleh SPR sebelum ini ternyata gagal.

Kempen 'umpan dan rasuah' ini dilihat sebagai satu kaedah pembaziran wang ahli Umno memandangkan usaha mendaftar diri ini merupakan satu tanggungjawab warga negara Malaysia bukannya peraduan mahu permaianan yang boleh ditawarkan hadiah yang melimpah ruah.

Biarpun persoalan daripada mana sumber jutaan wang ringgit itu diperolehi boleh dijawab namun sebaiknya wang tersebut adalah lebih mulia disalurkan kepada yang memerlukan seperti membantu golongan susah, miskin dan tertindas, mangsa banjir, anak yatim berbanding memberi hadiah kepada ahli yang 'tidak bertanggungjawab' kerana sebelum ini gagal mendaftar sebagai pemilih.

"Presiden Umno dan Timbalannya sendiri pernah menasihati rakyat supaya berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat, tiba-tiba Umno sendiri secara boros membelanjakan jutaan wang ringgit untuk menarik ahlinya yang 'liat' mendaftar.

"Secara tak langsung tonjolkan ahli-ahlinya yang tidak ada kesedaran dan tanggunjawab sehingga kini gagal mendaftar sebagai pemilih." kata seorang pemerhati politik.

"Tawaran ini benar-benar mencemar Perhimpunan Agung Umno kali ini kerana disifatkan sebagai simbol 'keangkuhan' untuk menunjuk kepada rakyat bahawa Umno miliki jutaan wang ringgit dan kaya raya berbanding ramai lagi rakyat yang papa," katanya yang tidak puas hati dengan berita yang dilaporkan hari ini.

Sebelum ini pernah dilaporkan 'umpan' yang seumpama itu dan tidak berfaedah pernah dibatalkan serta ditarik balik iaitu isu hadiah lumayan kereta Perodua MyVi kepada rakyat Malaysia yang mahu menukar kad pengenalan baru.

Ianya kemudian menjadi topik panas apabila Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad membuat pengumuman menarik balik peraduan cabutan bertuah 'Jom Tukar dan Menang' itu.

Beliau menyifatkan langkah memberi ganjaran kepada rakyat untuk menukar dokumen penting MyKad sebagai "sesuatu yang bodoh dan mengarut" dan mahu semua hadiah termasuk kereta berkenaan didermakan kepada rumah anak yatim.

Ramai pihak yang menyokong tindakan Radzi membatalkan ganjaran ini kerana memperbaharui MyKad adalah tanggungjawab dan wajib atas semua rakyat maka tidak perlulah memikat orang ramai dengan menawarkan hadiah lumayan.

Menteri akhirnya sepakat menyumbangkan baki hadiah termasuk Perodua MyVi bernilai RM50,000 kepada rumah anak yatim.

Tindakan ini sewajarnya dijadikan tauladan oleh Umno supaya tidak melakukan pemborosan secara buta tuli, bermegah-megah dengan harta yang dimliki dan menarik ahli dengan cara membazirkan wang parti.

Agensi berita hari ini melaporkan bahawa ahli Umno yang mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendapat kad keahlian secara percuma pada Perhimpunan Agung Umno 2007 dan berpeluang merebut hadiah bernilai RM5.25 juta, kata Setiausaha Kerja Umno, Dato' Husainay Hashim.

"Ahli-ahli yang mempunyai kad ini membolehkan mereka mendapat rebat tunai contohnya jika mereka adalah pelanggan Astro dan pelanggan talian Maxis," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - mr

Ahad, 4 November 2007

Senarai ahli Umno yang dikenakan tindakan disiplin tahun 2006/2007


KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Malaysia, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak melibatkan diri dalam politik wang dan kesalahan yang melanggar Tataetika parti kerana ia hanya akan memberi kesan negatif kepada UMNO dan ahli-ahli keseluruhannya.

Beliau menyatakan bahawa penglibatan ahli-ahli UMNO dalam politik wang demi untuk mendapatkan pangkat adalah sesuatu yang tidak sihat dan membahayakan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti pada masa akan datang.

“Mesej dari Presiden, Timbalan Presiden, dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sendiri jelas bahawa kita mahukan setiap ahli UMNO benar-benar ikhlas untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara,” kata beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut menngingatkan para pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan supaya tidak menyenaraikan calon pilihan masing-masing untuk memenuhi jawatan tertentu semasa pemilihan parti kerana ia melanggar tataetika ahli UMNO.

‘‘Sesiapa yang berkuasa atau berpengaruh dalam parti tidak boleh memberi sokongan atau kelebihan kepada orang yang dipilih, itu salah dan kita akan hentikan perbuatan sedemikian, lembaga tidak teragak-agak mengambil tindakan."

Beliau berkata demikian semasa sidang media Lembaga Disiplin UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Menurut beliau lagi, Lembaga Disiplin UMNO melaksanakan tugas sepanjang masa dan bertindak ke atas kes-kes yang dilaporkan serta menangani setiap kes yang disabitkan dengan tegas dan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Jika ada prima facie, setiap aduan yang diterima sama ada melibatkan kesalahan melibatkan wang, penyalahgunaan kuasa, atau didapati terdapat unsur fitnah, maka tindakan akan diambil,” jelas beliau lagi.

Dalam sidang media tersebut, beliau telah membentangkan laporan tahunan Lembaga Disiplin UMNO bagi tahun 2006/2007.

Turut serta ialah Datuk Alias Md. Ali selaku Ahli Jawatankuasa yang turut sama terlibat dalam penyiasatan melibatkan kes-kes aduan yang ditangani.

“Dengan adanya ad-hoc panel penyiasatan dalam anggota tersebut maka hal-hal remeh-temeh dapat dikurangkan dan kes yang benar-benar perlu sahaja akan dibawa ke tribunal.”

Berikut adalah senarai laporan yang dibentangkan oleh Lembaga Disiplin UMNO bagi tahun 2006/2007.

SENARAI AHLI UMNO YANG DIKENAKAN HUKUMAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN BAGI TAHUN 2006 / 2007


1. Tuan Haji Abd. Mukhti bin Abd. Rahman
(Ketua Cawangan) Gopeng
Perkara 2.2 Tataetika Ahli UMNO
Bersalah – Diberi amaran (rayuan diterima Majlis Tertinggi Pada 28 Ogos 2007)

2. En. Abdul Rahin bin Othman
(Ketua Cawangan) Langkawi
Fasal 6.1.5 di baca bersama Fasal 20.8 (b)dan Fasal 20.8 (c) Perlembagaan UMNO
Bersalah – Diberi amaran berkuat kuasa pada 25 Oktober 2007

3. En. Zamri bin Abdullah
(Ketua Pemuda Bahagian) Sungai Siput Fasal 20.8 (f) dan (g) Perlembagaan UMNO
dibaca bersama dengan Perkara 1.1.6 dan 1.1.7 Tataetika Ahli UMNO
Bersalah – Digantung keahlian mengikut Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh 3 tahun bermula 2 Ogos 2007

4. Abd. Zarin bin Mohd. Yasin
(Bekas Setiausaha Bahagian) Bandar Tun Razak
Fasal 20.8 (f) dan (g) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 1.1.6 dan 1.1.7 Tataetika Ahli UMNO
Bersalah – Dipecat daripada keahlian UMNO mengikut Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO berkuat kuasa 28 September 2006

5. Abd. Rahman bin Umar
(Timbalan Ketua Cawangan) Kuala Selangor
Fasal 6.1.5 di baca bersama Fasal 20.8 (b)dan Fasal 20.8 (c) Perlembagaan UMNO
Bersalah – Dipecat daripada keahlian UMNO mengikut Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO berkuat kuasa 24 September 2007

6. Mustapha bin Mohd. Talib
(Ahli Biasa) Kuala Selangor
Fasal 6.1.5 di baca bersama Fasal 20.8 (b)dan Fasal 20.8 (c) Perlembagaan UMNO
Bersalah – Dipecat daripada keahlian UMNO mengikut Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO berkuat kuasa 24 September 2007

7. Azmi bin Muhamad
(Ahli Biasa) Kuala Selangor
Fasal 6.1.5 di baca bersama Fasal 20.8 (b) dan Fasal 20.8 (c) Perlembagaan UMNO
Bersalah – Dipecat daripada keahlian UMNO mengikut Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO berkuat kuasa 24 September 2007

8. Jumawi bin Tumar
(Ahli Biasa) Kuala Selangor
Fasal 6.1.5 di baca bersama Fasal 20.8 (b)dan Fasal 20.8 (c) Perlembagaan UMNO
Bersalah – Dipecat daripada keahlian UMNO mengikut Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO berkuat kuasa 24 September 2007


KES YANG DISIASAT DAN DIDENGAR OLEH LEMBAGA DISIPLIN TAHUN 2006 / 2007

JUMLAH KES YANG DITERIMA 89 KES
JUMLAH KES YANG DISIASAT OLEH PANEL PENYIASATAN 57 KES
JUMLAH KES YANG DIBICARAKAN OLEH TRIBUNAL 44 KES
JUMLAH KES YANG DIDENGAR OLEH PANEL RAYUAN 1 KES
JUMLAH KES DIKATEGORIKAN TIADA TINDAKAN LANJUT 32 KES


STATISTIK JUMLAH AHLI YANG DIDAPATI BERSALAH ATAS KESALAHAN TATAETIKA AHLI UMNO TAHUN 2006/2007

JUMLAH AHLI YANG DIPECAT KEAHLIAN 5 ORANG
JUMLAH AHLI YANG DIGANTUNG KEAHLIAN 1 ORANG
JUMLAH AHLI YANG DIBERI AMARAN 2 ORANG


ADUAN MENGIKUT BAHAGIAN YANG DISIASAT DAN KATEGORI TIADA TINDAKAN LANJUT TAHUN 2006/2007

SIASATAN
BIL BAHAGIAN KES
1. Gopeng 1
2. Bandar Tun Razak 2
3. Baling 2
4. Bukit Gelugor 1
5. Sungai Siput 1
6. Kubang Pasu 1
7. Sik 2
8. Jelutong 2
9. Cheras 1
10. Kuala Selangor 1
11. Paya Besar 1
12. Kuala Kangsar 1
13. Bakri 27
14. Langkawi 1
15. Padang Besar 10
16. Tanjong Piai 3
JUMLAH KES 57


NO FURTHER ACTION (NFA)
BIL BAHAGIAN KES
1. Pontian 1
2. Pengkalan Chepa 2
3. Gopeng 1
4. Tuaran 1
5. Tanah Merah 3
6. Batu Pahat 4
7. Kubang Pasu 1
8. Baling 1
9. Balik Pulau 1
10. Badan Perh.UMNO Pahang 1
11. Cheras 1
12. Ipoh Barat 1
13. Lembah Pantai 1
14. Mersing 1
15. Kuala Selangor 1
16. Bdr Tun Razak 1
17. Jelutong 2
18. Cheras 1
19. Hulu Selangor 1
20. Bagan Serai 2
21. Padang Besar 1
22. Semporna 1
23. Seputeh 2
JUMLAH KES 32

Sumber: Umno Online

Hutang RM655 juta, tetapi Johor tidak mungkin muflis

JOHOR BAHARU: Bebanan hutang kerajaan negeri Johor akan kurang apabila kerajaan pusat mengambil alih Syarikat Air Johor (SAJ) tidak lama lagi, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini.

"Sekarang ini, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengambil alih pengurusan air jadi segala tanggungan itu akan diambil alih. Jadi apabila ini dilakukan dalam masa terdekat ini, bebanan (hutang) kerajaan negeri akan kurang," katanya.

Kerajaan Johor berhutang RM655.88 juta daripada kerajaan pusat di mana 92.68 peratus daripadanya merupakan pinjaman dari kerajaan pusat untuk membiayai bekalan air ke luar bandar oleh SAJ.

Sebanyak RM87.7 juta dipinjamkan kepada Johor Corporation (JCorp), manakala RM100 juta dipinjamkan kepada kerajaan negeri untuk membina rumah kos murah.

Ambrin menolak pendapat yang menyatakan jumlah hutang yang banyak itu akan membuatkan kerajaan negeri muflis.

"Sangat sukar untuk kerajaan negeri muflis sebab ia mempunyai banyak aset dan hartanah," katanya kepada pemberita di sini selepas majlis perasmian Hari Audit Se-Malaysia oleh Speaker Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan di sini.

Bulan lepas, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata selain dari dibelanjakan untuk bekalan air luar bandar, pinjaman juga dibuat untuk membina loji air baru di Semanggar di Johor Baharu yang menelan belanja RM300 juta.

Dengan pembinaan loji air itu, katanya Johor tidak lagi bergantung kepada bekalan air bersih yang diproses oleh Singapura untuk pengguna air di negeri itu.

Abdul Ghani berkata SAJ akan diambil alih oleh sebuah syarikat pengurusan air yang ditubuhkan Kerajaan Pusat dalam tempoh setahun lagi. BERNAMA

Jumaat, 2 November 2007

Mafrel: Kemas kini daftar pemilih tidak lengkap
Oleh FATHI ARIS OMAR

PETALING JAYA: Sebuah badan bebas pemantau pilihan raya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hasil kemas kini maklumat pemilih antara suruhanjaya itu dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dijalankan bulan lalu.

Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) juga tidak yakin maklumat dalam talian antara suruhanjaya dengan jabatan itu kerana data-data JPN didakwa tidak sepenuhnya lengkap.

"Dalam pengetahuan Mafrel, rekod JPN belum lengkap kerana proses kemasukan data jabatan itu masih berterusan," kata pengerusinya Abd Malek Hussin kepada mStar Online hari ini.

"Dengan itu dipercayai rekod semakan SPR yang diintegrasikan dengan JPN hanya berdasarkan info terkini (jabatan itu). Tetapi belum mengambil kira rekod-rekod yang belum dimasukkan."

Beliau diminta mengulas gerakan SPR mencari 22,433 pemilih yang berdaftar sekitar tahun 1950-an dan 1960-an yang masih menggunakan nombor kad pengenalan lama selama sebulan pada September.

Ogos lalu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata langkah suruhanjaya itu dibuat kerana nama dan nombor kad pengenalan pemilih berkenaan tidak terdapat di dalam rekod JPN.

"Oleh itu, status dan kelayakan mereka tidak dapat dipastikan. Mereka itu didaftarkan dalam tahun 1950-an dan 1960-an. Mereka juga mungkin ada atau telah meninggal dunia," beliau dipetik sebagai berkata.

Abdul Rashid berkata pengesanan itu dibuat sejak SPR memulakan sistem hubungan data antara agensi (ALIS) sejak Julai 2002 untuk menyemak secara dalam talian dengan JPN bagi menentukan atau mengesahkan setiap pemilih berdaftar.

Mafrel juga meminta SPR mengulas laporan dan syor-syor badan itu yang dikirim selepas pilihan raya kecil Machap, Melaka dan Ijok, Selangor untuk penambahbaikan lagi proses dan pelaksanaan memandangkan pilihan raya umum ke-12 dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam laporan Mafrel, SPR disaran memastikan daftar pemilih mengandungi maklumat sahih mengenai identiti pemilih, termasuk butiran lengkap nombor rumah dan alamat sebenar pemilih untuk meningkatkan keyakinan awam mengenai peranan SPR.

Menurut Abd Malek, Mafrel dijadual mengadakan pertemuan dengan suruhanjaya itu bulan lepas tetapi tidak dapat diadakan atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan.

Selain membahaskan syor-syor Mafrel, pertemuan itu bertujuan membincangkan proses permohonan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai pemerhati sah dalam pilihan raya umum nanti.

NGO itu dalam laporannya turut mencadangkan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 untuk memasukkan peruntukan khas tentang tatacara pemerhatian pilihan raya oleh mana-mana badan pemerhati pilihan raya agar tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu dan dilindungi oleh undang-undang negara.

Laporan pemantauan Mafrel dan cadangan perlu antara syarat SPR sewaktu meluluskan permohonan badan itu.

Abd Malek berkata Mafrel akan memantau 20 kawasan parlimen dalam pilihan raya ke-12, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kawasan-kawasan tersebut dipilih berdasarkan kemungkinan wujudnya masalah-masalah pengundi hantu, pembelian undi dan keganasan antara penyokong bagi kawasan yang menyaksikan persaingan sengit.

SPR buat pertama kali mengizinkan secara rasmi pemantauan Mafrel di Machap pada April lalu sejak badan bebas itu ditubuhkan menjelang pilihan raya umum 2004.

Khamis, 1 November 2007

Melayu ke angkasa sebab bantuan kerajaan...


Oleh : alhusseyn51

Era Pelancungan Baru.

Penerokaan angkasa lepas mula menjadi satu daya tarikan pelancugan yang memakan belanja yang agak mahal. Antaranya ialah Space Adventures, Ltd – adalah sebuah syarikat yang mengendalikan pelancungan angkasa lepas bekerjasama dengan Federal Space Agency of the Russian Federation (FSA).

Tidak dinafikan , bahawa ini adalah satu cara perniagaan yang sangat menguntungkan ; pelancungan keangkasa lepas.DiSingapura ; mereka sedang berura-ura untuk menubuhkan ‘Spaceport’ yang akan menelan belanja hampir 115-juta dollar US.Syarikat tersebut telah mengenal pasti beberapa orang yang berminat untuk menjadi ‘Pengembara Angkasa Lepas’ termasuk dari Jepun , China dan Malaysia.Lihat sini

Apa? Dari Malaysia? Agak-agaknya siapalah orangnya? Tentu sekali bukan keturunan Melayu; kerana tanpa bantuan kerajaan sebagaimana Shekh Muszaphar, takkan Melayu sampai ke Bulan !

Ya, betul ! Melayu tidak akan sampai kepuncak Everest tanpa bantuan kerajaan.Melayu tidak akan belayar keliling dunia tanpa bantuan kerajaan.Malah menyeberangi selat Inggeris atau mengelilingi dunia dengan basikal pun perlu dibantu oleh kerajaan.Dan kerajaan memang kemaruk mahukan dunia kenal akan 'Malaysia Boleh'.Padahalnya Malaysia sangat terkenal sebagai negara yang kuat rasuah dan penyalah gunaan dana rakyat.Laporan Akauntan Negara yang baru lalu cukup kuat untuk dijadikan bukti.Elok sangatlah hantar ke bulan para penyangak rasuah itu semua dan tinggalkan terus disana!

Kalaulah anda sekaya Ananda Krisnan,misalnya,barulah boleh anda meninjau disini untuk melancung ke Angkasa lepas nanti.Tapi kalau setakad sedang menunggu duit 2.5 juta macam Malik Hussein tu , tak usah mimpilah!Ingat kerajaan mudah nak bagi ke? Tambah pula kepada golongan reformasi macam Malik tu! Dan tentu yang lain-lain mangsa ISA akan tuntut; berapa juta kerajaan nak keluarkan belanja? Habis semua duit nanti dan tak dapat nak jalankan koridor sana , koridor sini!Lehlehnya jadi tidor sana, tidor sini!

Oleh kerana memerlukan belanja yang besar, maka hanya mereka yang kaya raya sahaja yang berpeluang untuk melancung ke angkasa luar . Selain itu, latar belakang mereka memang ada kaitan dengan sains . Anda lihatlah sendiri biografi mereka dari segi tahap akademik dan juga dari kemampuan dana mereka.

Senarai Pelancung Angkasa Lepas.

Orang pertama : Tito (Dennis Anthony). Warga Amerika Syarikat . Kapal angkasa : Soyuz TM-32. pada tahun 2001.

Biografi : Bachelor of Science in Astronautics and Aeronautics from New York University, 1962; master of science in engineering from Rensselaer Polytechnic Institute, 1964; one honorary doctorate; former scientist at the NASA's Jet Propulsion Laboratory; in 1972 he founded Wilshire Associates, a investment management firm, Santa Monica, California. Dia terpaksa membayar 20 juta Dollar untuk kos pelancungan tersebut .

Orang ke-2 : Mark Richard “ Buranov” . Warga Republik Afrika Selatan . Kapal angkasa : Soyuz TM-34 pada tahun 2002.

Biografi : Seorang multi-jutawan dalam urusniaga sains komputer dan juru runding syarikat Thawte Consulting; tinggal dikota London sejak 2001.

Orang ke-3: Olsen (Gregory Hammond "Greg"). Warga Amerika .Kapal angkasa : Soyuz TMA-7 pada tahun 2005.

Biografi: Bachelor of Science in physics from the Fairleigh Dickinson University, New Jersey, 1966; bachelor of science degree in electrical engineering and electronics from the Fairleigh Dickinson University, New Jersey, 1968; Master of Science in physics (magna cum laude) from Fairleigh Dickinson University, 1968; Ph.D. in materials science from the University of Virginia, 1971; holds 12 U.S. patents; from 1971 to 1972 he worked at the South Africa Port Elizabeth University as the invited scientist; from 1972 to 1983 he worked at the RCA company laboratory (Sarnoff Research Center); in 1984 he founded EPITAXX Inc. which produced fiber-optic sensors and radiators; since 1991 chairman of the Board of Directors and co-founder of Sensors Unlimited Inc.; hobbies: Country music and golf.

Orang ke-4 : Pontes (Marcos Cesar). Warga :Brazil. Kapal angkasa Soyus TMA-8 pada tahun 2006.

Biografi
: Bachelor of science in aeronautical technology from the Brazil Air Force Academy, Pirassonunga, Sao Paulo, 1984; bachelor of science in aeronautical engineering from the Instituto Tecnologico de Aeronautica, Sao Jose dos Campos, Sao Paulo, 1993; master of science in systems engineering from the Naval Postgraduate School, Monterey, California, 1998; Lieutenant Colonel, Brazil Air Force Reserve; test pilot; hobbies: Weightlifting, soccer, guitar and piano, sketching, watercolor painting.

Orang ke-5 : Anousheh Ansari. Warga Amerika.Kapal angkasa : Soyus TMA-9 pada tahun 2006.

Biografi : 1984 emigerated to USA..Bachelor of Science in electrical engineering and computer sciences from George Mason University, 1988; Master of Science from George Washington University, 1991. She was co-founder and CEO of Telecom Technologies Inc. (TTI). Along with her brother-in-law Amir Ansari, she set up the X-Prize through their joint multi-million dollar contribution on May 5, 2004. The $10m prize was won by Burt Rutan's SpaceShipOne in 2004. She is also co-founder of Prodea, which signed a deal with Space Adventures, Ltd - a space tourism company that works with the Federal Space Agency of the Russian Federation (FSA). Was scheduled as double for Daisuke Enomoto for the mission Soyuz TMA-9; since he was medically grounded on 21.08.2006 she was assigned to the flight crew. Hobbies: space activities, listen to likes to music, hiking, basketball.

Orang ke-6 : Simonyi ( Charles Karoly ) Warga Amerika . Kapal angkasa : Soyuz TMA-10 pada awal tahun 2007.

Biografi : Born as Simonyi Károly; Computer software developer; Bachelor of Science in Engineering Mathematics, specializing in Mathematics and Statistics, from the University of California, Berkeley, 1972; Ph.D. in computer science from Stanford University; he continued to Stanford University for graduate studies and was then hired by Xerox PARC; 1981 he turned over to Microsoft and was involved in the development of "Word", "Excel" and "Multiplan"; since 2002 he has his own firm "Intentional Software Corporation".

Yang terbaru , pada 10/10/2007 , barulah warga Malaysia bernama Shekh Muszaphar dinobatkan sebagai ‘spaceflight participant’ yang ke – 7.

Biografi : Master of science degree in Orthopaedic Surgery at University Kebangsaan Malaysia; currently Orthopedist at University Kebangsaan Malaysia Hospital in Kuala Lumpur; hobbies: yoga, meditation, swimming and gymnastics; selected for the Program Angkasawan Negara by the Malaysian National Space Agency (ANGKASA); one of two finalists for training in Russia; first Malaysian astronaut in space.

SPP / UKP

Istilah yang digunakan bagi pelancung ke luar angkasa disebut sebagai ‘spaceflight participant’ dan dalam bahasa Russianya pula disebut sebagai Uchastnik Kosmicheskogo Polyota (UKP) - Participant of spaceship.

Tanpa mengira warga dari negara mana pun , samada Amerika , Perancis , Brazil atau Rusia sendiri , mereka yang pergi dengan membayar kos tambang yang dikenakan , mereka secara resminya adalah disenaraikan sebagai ‘spaceflight participant’

Kalau kita perhatikan pula peserta dari negara Jepun , ada terdapat 3 orang yang telah pergi ke angkasa lepas untuk membuat kajian saintifik. Dan mereka tidak pula di label sebagai ‘space flight participant’ sepertimana mereka yang pergi dengan kapal angkasa Rusia Soyuz.. Mereka di kenali sebagai : Payload Specialist. Lihatlah senarai peserta dari Jepun yang masing-masing dengan kepakaran sains dan masing-masing telah pergi dua kali.Tak heboh pun!

Pengembaraan Saintis Jepun.

Malaysia akan mengiktiraf Shekh Muszaphar sebagai seorang saintis sekembalinya dari angkasa lepas nanti.Berbanding dengan orang Jepun, mereka yang pergi ke angkasa lepas untuk membuat kajian adalah terdiri daripada para saintis yang berpengalaman.Lihatlah biografi mereka seterusnya :

Mamoru Mohri Japan . - 1. STS-47 - Payload Specialist (12.09. - 20.09.1992). 2. STS-99 Mission Specialist (11.02. - 22.02.2000).

Biografi : Bachelor and master of science in chemistry from Hokkaido University, 1970 and 1972 respectively; Ph.D. in chemistry from Flinders University of South Australia, 1976; associate professor in the faculty of Hokkaido University, Department of Nuclear Engineering; general manager of the NASDA Astronaut Office; hobbies: Skiing, tennis, scuba diving, baseball, ice skating, squash, aerobics, visiting museums of arts, flying; since 1996 NASA astronaut (MSP); since his retirement from NASDA and NASA Director National Science Museum, Japan.

Chiaki Mukai Japan . 1. STS-65 - Payload Specialist (08.07. - 23.07.1994) 2. STS-95 - Payload Specialist (29.10. - 07.11.1998)

Biografi : Maiden name: Naito; Doctorate in medicine from Keio University School of Medicine, 1977; Ph.D. in physiology from the same institution, 1988; assistant professor of the Department of Cardiovascular Surgery, Keio University; hobbies: Skiing, bass fishing, scuba diving, tennis, golf, photography, travelling, American Literature.

oichi Wakata – Japan -1. STS-72 – Mission Specialist (11.01. - 20.01.1996) 2. STS-92 Mission Specialist (11.10. - 24.10.2000).

Biografi :Bachelor of science in aeronautical engineering, 1987 and master of science in applied mechancis, 1989, both fom Kyushu University; doctorate in aerospace engineering from Kyushu University, 2004; joined Engineering Department of Japan Airline (JAL); hobbies: hang-gliding, baseball, tennis, snow-skiing.

Kemaruk dengan pengiktirafan

Malaysia dilihat begitu kepingin untuk mendapatkan pengiktirafan supaya Shekh Muszaphar dan Faiz Khaleed diiktiraf sebagai Astronauts ; tetapi tidak mendapat restu dari NASA.

Pihak Rusia tentunya dengan berbesar hati , tidak mahu memperkecilkan hati pelanggan Jet Sukhoi nya , lalu bersetuju memberikan gelaran ‘Cosmonauts’ kepada kedua mereka.

Walau bagaimana pun,nama mereka berdua ini tetap tersenarai sebagai ‘Space Travellers’ dalam laman Spacefacts.

Nama Shekh Muszafar dan lain-lain pengembara Angkasa lepas boleh dilihat di – Space Travellers

Nama – nama Astronauts Nama-nama Cosmonauts
Nama-nama Taikonauts

Besuk , Ahad 20 Oktober 2007 , Selamatlah pulang wahai Angka Sawan Malaysia. Entah berapa 'angka' jutaan ringgit kita habiskan untuk menaikan 'sawan' keatas rakyat Malaysia.Siaran langsung perbualan dari luar angkasa tu siapa pula yang menajanya? Semua tu menelan duit.Memang kita patut naik 'sawan' dibuatnya!

dari : http://alhusseyn51.blogspot.com/