BERNAMA
JOHOR BAHARU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pengurangan harga minyak akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Haji dan kali ini ia dijangka hanya melibatkan petrol sahaja.
Penurunan harga petrol itu, katanya tidak akan melebihi 15 sen.
"Kita sekarang berdepan dengan keadaan luar biasa di mana harga diesel di pasaran dunia adalah lebih tinggi daripada petrol dan sebab itu kerajaan masih memberi subsidi RM1.43 untuk harga diesel," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penutupan Seminar Pembangunan Perniagaan Bagi Peniaga dan Usahawan Kecil di sini semalam.
Dengan penurunan itu harga minyak petrol RON97 dijangka turun daripada RM2 kepada RM1.85 seliter manakala RON92 daripada RM1.90 kepada RM1.75 seliter.
Pada 17 Nov lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.
Bagaimanapun, Shahrir berkata keputusan mengenai mekanisme penetapan harga minyak tidak sempat dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang diadakan di Putrajaya hari ini kerana perbincangan lebih tertumpu kepada aspek keselamatan negara.
"Kita mungkin akan membincangkannya pada mesyuarat Exco selepas Hari Raya Haji nanti," katanya.
Kerajaan sekarang sedang menimbang sama ada memilih mekanisme penetapan harga minyak berasaskan harga lantai atau pengapungan terurus.
Mengenai rungutan pengguna berkaitan kedegilan peniaga menurunkan harga barang-barang walaupun harga minyak turun, beliau berkata pada masa sekarang peniaga khasnya yang menjual barang yang dikilangkan tidak dapat berbuat demikian.
"Mereka tidak dapat menurunkan harga barang yang dikilangkan pada masa sekarang kerana harga barangan terbabit adalah berasaskan harga tempahan sebelum pengumuman penurunan harga minyak," katanya.
Para peniaga, bagaimanapun memberi jaminan bahawa barang-barang yang dikilangkan akan lebih murah pada suku pertama tahun depan.
Katanya harga makanan di kedai-kedai makan masih mahal kerana harga ditentukan oleh permintaan yang tinggi.
"Pengguna masih lagi membeli makanan di kedai-kedai makan walaupun peniaga mengenakan harga yang tinggi," katanya.
HALAMAN SANTAI
Selasa, 2 Disember 2008
Isnin, 1 Disember 2008
Tawaran sertai PKR: Kata dua Jalil kepada Arif Shah
BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid meminta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, supaya tidak menjadikan dirinya dan Umno Permatang Pauh sebagai penyebab atau alasan untuk beliau menyertai pembangkang.
"Kalau rasa hendak meninggalkan parti ini, pergi sajalah. Jangan tuduh kami sebagai punca atau penyebabnya," katanya pada satu sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Arif Shah yang mendakwa kononnya beliau disisihkan oleh bahagian itu dan tidak diberi peranan sedangkan beliau adalah satusatunya wakil Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya umum dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Mac lepas.
Abdul Jalil, yang menewaskan Arif Shah bagi jawatan Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh dalam pemilihan barubaru ini, berkata bahawa tidak ada perbalahan antara beliau atau Umno bahagian itu dengan Arif Shah selama ini.
Katanya, jawatankuasa baru yang dipilih sedang mengatur langkah untuk memperkasakan parti berkenaan di Permatang Pauh dan bahagian itu sedang merangka strategi untuk membersihkannya daripada anggota parti yang menyokong pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu dan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos lepas.
Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Abdul Jalil dan Umno bahagian itu yang seolaholah hendak menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno dan dipelawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai parti itu.
"Bagi kita, tidak ada apaapa yang berlaku. Bahagian berjalan dengan baik dan semua orang bersemangat untuk bekerja sebagai satu pasukan demi masa depan parti dan Permatang Pauh. Kami bagaikan sebuah keluarga yang bahagia," kata Abdul Jalil.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Permatang Pauh, Ahmad Sahar Shuib berkata, Arif Shah perlu menghormati suara perwakilan yang telah mengekalkan Abdul Jalil sebagai ketua bahagian itu.
"Bukan kami yang menyisih beliau tetapi beliau yang perlu menyesuaikan diri dengan barisan kepimpinan baru ini," katanya.

Ketuanan Melayu: Soi Lek diberi notis guaman mohon maaf
BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diminta menuntut maaf secara terbuka kepada orang Melayu mengenai kenyataannya berhubung "ketuanan Melayu", yang didakwa "memfitnah dan berbaur hasutan" untuk membenci orang Melayu.
Dalam notis tuntutan yang dibuat oleh Tetuan Azam Aziz & Rose Maria, anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd Apis Md Johar, turut menuntut Chua menarik balik kenyataan itu yang dibuatnya dalam dalam ucapannya pada satu majlis Khamis lepas di Sunway Resort & Spa di Petaling Jaya, yang turut dimuatkan dalam laman webnya http://drchua9.blogspot.com itu dalam tempoh 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu.
Mohd Apis berkata, Dr. Chua juga perlu memuatkan permohonan maafnya itu dalam laman webnya dengan draf permohonan maaf itu perlu terlebih dahulu diluluskan oleh mereka.
Dr. Chua turut dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta sebagai "tanda bersalah dan insaf berhubung kenyataan itu" dan wang itu akan didermakan sepenuhnya kepada agensi amanah
Mohd Apis berkata, jika Dr. Chua enggan, cuai atau mengabaikan notis itu, pihaknya akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap pemimpin MCA itu, selain memohon injunksi bagi menghalang Dr. Chua daripada "terus menghina bangsa Melayu."
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili Mohd Apis, menyerahkan notis tuntutan guaman empat muka surat itu kepada wakil Dr. Chua iaitu Setiausaha Ketua Pentadbiran ibu pejabat MCA, Yap Chin Chin di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini petang ini.

Hutang kewarganegaraan perlu dibayar
Fahri Abdullah al-Masri
Akhir-akhir ini, ramai orang berbicara mengenai Ketuanan Melayu. Cara penolakan Ketuanan Melayu juga tidak sama. Misalnya, dalam kalangan Melayu sendiri, ada yang menolak Ketuanan Melayu kerana lafaz dan pengertian itu datangnya daripada Umno. Lazimnya, Ketuanan Melayu versi Umno ini ditolak oleh Pas, dengan menggunakan lafaz Ketuanan Islam.
Tapi, akhir-akhir ini suara yang menolak Ketuanan Melayu ini datangnya daripada parti komponen BN sendiri, iaitu MCA. Antara punca kenapa Umno tergugat ialah kerana sejak 50 tahun belakangan ini, tiada usaha tersusun untuk menerangkan hubungan asal-usul Ketuanan Melayu yang kuat bergantung kepada Islam.
Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya. Dan, dalam konteks negara Malaysia hari ini, orang Melayu itu beragama Islam. Itulah yang telah diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Maka, suka atau tidak, Ketuanan Melayu tetap wujud walaupun lafaz itu tidak disukai sesetengah pihak. Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini.
Soi Lek dan Mei Fun antara pihak yang paling ke depan dalam hal membantah Ketuanan Melayu ini. Soi Lek menolak hal ini kerana konsep ini seperti faham tuan-hamba walaupun sebenarnya hubungan Melayu dan bukan Melayu di negara ini bukannya seperti 'Master and Slave' dalam hubungan Bangsa Mesir purba yang memperhambakan Bani Israel suatu ketika dahulu.
Kemuncak kepada penolakan tuan-hamba (master and slave) ini bermula dengan konflik pergeseran antara Musa dan Fir'aun. Tapi, adakah hal semacam ini diperjelaskan oleh Umno kepada MCA?
Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah bangsa itu masih terperangkap dengan fahaman tuan-hamba (master and slave) ini ialah sikap menjadikan kaum wanita sebagai hamba kaum lelaki.
Tahap paling kronik ialah menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat kaum lelaki. Mungkin Soi Lek lebih faham dan sedar hal ini kerana beliau lebih berpengalaman sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan tidak lama dahulu.
Kewarganegaraan dan Ketuanan Melayu ada harganya
Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menyifatkan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambah beliau lagi, dalam negara ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
Jika Mei Fun memahami apakah maksud sumbangan dan jika beliau mentakrifkan sumbangan itu sebagai sesuatu yang berharga seperti wang, melalui cukai dan sebagainya, maka fahaman yang semacam ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya.
Sebagai yang termaklum, apabila bangsa Melayu memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu perlulah iktiraf Ketuanan Melayu, Keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara ini. Sekali lagi, Islam adalah kunci utama dalam penyelesaian hal ini.
Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja.
Dan, hal ini pun terjadi kerana kesan orang-orang Cina yang tidak suka negara mereka dilanggar oleh Jepun suatu ketika dahulu. Maka jumlah penolakan ke atas penjajahan ini, kaum Melayu yang lebih banyak berkorban berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah harga Ketuanan Melayu dan adakah mereka sanggup berkorban?
Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya.
Maka, orang bukan Melayu selama ini membayar cukai, menyumbang wang, melabur di dalam pembangunan di negara ini kerana melunaskan hutang kewarganegaraan mereka seperti yang diputuskan sejak lama dahulu.
Kewarganegaraan itu ada harganya dan wang yang dilaburkan selama ini cuma sekadar membayar kewarganegaraan tersebut. Inilah yang harus difahami oleh kaum bukan Melayu di negara ini.
Sementara bangsa Melayu membayar wang, cukai dan segala macam pelaburan di dalam negara ini adalah untuk membayar apa yang dinamakan sebagai ketuanan Melayu itu sendiri.
Islam menjelaskan hal ini sebagai berikut. Di dalam sebuah negara yang mana penduduknya memilih untuk tidak menganut agama Islam misalnya, para penduduknya tidak akan pernah dipaksa. Kemudiannya, negara itu diminta untuk terus berada di bawah naungan Islam, membayar ufti, sejumlah wang sebagai tanda ikatan antara mereka.
Dengan perjanjian dan akad itu, negara itu akan terus-menerus dilindungi oleh negara Islam jika negara bukan Islam di bawah naungan mereka yang telah membayar ufti itu diserang oleh sebuah kuasa lain.
Sepatutnya, hal fahaman yang semacam inilah yang cuba dibangkitkan oleh Umno (khasnya agamawan Umno) kepada ahli-ahli parti komponen mereka. Tetapi, akhirnya yang diasuh, dinilai, dipupuk, ditarbiyyah hanyalah perkongsian kuasa.
Agak pelik juga.. kuasa yang direbut-rebut selama ini akhirnya dikongsi pula. Jadi, ini fahaman yang rapuh dan mudah tertanggal daripada jiwa orang bukan Melayu khasnya rakan mereka sendiri daripada MCA.
Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu.
Dan wang, cukai selama ini yang kononnya untuk pembangunan negara ini sebenarnya adalah wang untuk melunaskan hutang piutang kewarganegaraan kepada orang Melayu sebagai tuan kepada negara ini.
Kita pun bukan suka sangat menulis mengikut rentak semacam ini. Dah lama juga kita pendam. Takut silap tafsiran, orang tuduh tulisan semacam ini sudah ada ciri-ciri perkauman pula. Tapi, jika orang sudah membeli, kita patutlah menjualnya dan orang telah memberi kita patutlah merasa.
Tapi, Umno yang diharapkan menjawab seperti ini, telah kering akliah dan kosong fikirannya, tidak tahu cara menjawab. Yang mereka tahu, tutuplah mulut kerana nanti akan jadi isu perkauman.
Demikian, jika sudah banyak makan rasuah, kerap berlibur dan berhibur, akal jadi mati berhujah untuk menjawab tohmahan rasoh (rakan yang sebenarnya musuh).

Dr Mohd Asri dipelawa menyertai Pemuda PAS
Saidah Hairan
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul menyertai PAS bagi memudahkan beliau melaksanakan misi dan visi menyebarluaskan ajaran Islam kepada masyarakat.
Harapan itu dinyatakan oleh Timbalan DPPP, Ustaz Nasharuddin At-Tantawi ekoran berakhirnya jawatan Mufti pada 30 November lalu yang diamanahkan kepada Dr Asri selama dua tahun.
Menurut beliau, sebelum ini Dr Asri pernah mencuba satu ruang bersama pihak kerajaan melalui Jabatan Mufti memainkan peranan membawa fahaman Islam kepada masyarakat.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan kekangan daripada pihak kerajaan apa yang dihasratkan itu tidak terlaksana.
"Kenapa Dr Asri tidak mencuba satu peluang bersama gerakan Islam (PAS) untuk memperjuangkan Islam. Mudah-mudahan beliau lebih berpeluang untuk melaksanakan misi dan visi membawa Islam kepada masyarakat," tegasnya.
Nasharuddin turut melahirkan kekecewaan kepada pihak Utusan Malaysia yang tidak membenarkan ruangan Mufti disambung oleh mufti lain sebaliknya diganti dengan Awang Selamat.
"Kenapa tidak dikekalkan ruangan itu untuk diisi dengan mufti lain. Sepatutnya pandangan mufti diletakkan diatas bukan hanya berdiam dan menanti atau melihat orang politik membuat keputusan negara," tegasnya.
Sepatutnya tambah beliau mufti perlu berperanan mendahului pandangan dan berani mengeluarkan pendapat berhubung dengan isu negara.
Walaupun Dr Asri gagal melaksanakan misi dan visinya, Nasharuddin tetap mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya membawa isu agama walaupun menimbulkan kontrversi.
Tambah beliau, tetapi sekurang-kurangnya ia mengundang dan menghidupkan perbahasan dikalangan tokoh-tokoh agama. _

Umno tidak mampu bertahan, biar ia reput
Hashim Abdullah
TEMERLOH - Talian hayat pemerintahan Umno sudah tidak mampu bertahan lama justeru Pakatan Rakyat perlu menunggu sedikit masa dengan persiapan untuk menguasai pemerintahan di Negara ini kata Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.
Menurut Ustaz Ahmad,sambutan masyarakat berbilang kaum terhadap PAS amat mengusarkan pemimpin Umno.
"Pertumbuhan kelab penyokong PAS macam cendawan sekarang membuktikan semakin ramai golongan bukan Islam menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Keadaan ini amat membimbangkan Umno.
"Umno pun kini tak ada kekuatan untuk perintah kerana mempunyai kelebihan kerusi Parlimen yang amat kecil di semenanjung. Mereka hanya bergantung atas kekuatan rakan Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak. Inilah talian hayat Umno saja lagi. Kita tak payah buat apa kita biar dia reput sendiri,"katanya dalam lawatan kerja ke negeri Pahang di program dialog bersama ahli kelab penyokong PAS, di Pusat pentadbiran PAS Kawasan Temerloh, Taman Temerloh Jaya, dekat sini, baru-baru ini.
Tambah Ustaz Ahmad Awang, kekangan ekonomi yang teruk akibat ketidak tentuan politik Negara semakin menyempitkan kehidupan rakyat dan ini menambah kegusaran pemimpin Umno.
"Ekonomi Negara begitu teruk kerana keadaan politik dalam Negara yang semakin kacau ditambah pula kejatuhan ekonomi dunia yang jatuh. Ini menjadikan kedudukan Umno sebagai kuasa pemerintahan tidak diyakini rakyat,"katanya. - mks. _

Lucut gelaran Datuk Seri Soi Lek, Mei Fun
SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menganggap tindakan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sangat biadab dan sengaja menghina institusi kesultanan Raja-Raja Melayu apabila secara terbuka menolak konsep ketuanan Melayu.
Dalam kenyataannya, Syed Ali berkata, Soi Lek sudah melampau dan jelas meniupkan api perkauman yang mana perbuatan tersebut tidak boleh dimaafkan.
“Malah tindakan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menyokong kenyataan Soi Lek, menampakkan mereka seperti berpakat untuk menguji tahap kesabaran orang Melayu,” katanya.
Syed Ali kesal kedua-dua pemimpin MCA itu sudah lupa asal usul mereka dan tidak tahu berterima kasih setelah menikmati pelbagai kemewahan termasuk diberikan kuasa politik.
“Saya mendesak supaya anugerah Datuk Seri yang dikurniakan oleh Raja Melayu kepada mereka ditarik balik kerana mereka sudah menghina Raja-Raja Melayu dan pemimpin UMNO.
“Kedua-duanya sudah melupai asal usul mereka, maka tiada faedahnya pelbagai gelaran dianugerahkan kepada mereka,” katanya.
Laporan akhbar Jumaat lalu, memetik kenyataan Soi Lek sebagai berkata konsep Ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.
Manakala semalam, Mei Fun menjelaskan bahawa di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
Menurut Syed Ali, pengertian Ketuanan Melayu adalah luas termasuk fungsi kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak negara dan tidak boleh dipertikaikan.
“Disebabkan semangat Ketuanan Melayu itulah, orang Melayu sanggup bermandi darah mempertahankan tanah airnya daripada dicengkam penjajah Inggeris dan ancaman komunis serta Bintang Tiga yang dianggotai orang Cina,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Ali mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat supaya mengambil tindakan tegas ke atas kedua-dua pemimpin tersebut kerana sikap mereka sudah melampau batasan dan tidak menghormati semangat setia kawan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga meminta kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat kenyataan Soi Lek daripada sudut undang-undang kerana secara jelas mempunyai unsur menghasut dan boleh memecah belahkan perpaduan rakyat.
“Sekarang jelas Soi Lek dan Mei Fun telah menghina Raja-Raja Melayu dan seluruh umat Melay8u, maka wajarkah kerajaan berdiam diri?
“Sekarang bukan masanya lagi untuk UMNO berlembut kononnya ingin menjaga perasaan rakan-rakan BN, kerana mereka khususnya MCA tidak pernah pun menghormati pemimpin Melayu,” katanya.
Kata Syed Ali, Soi Lek bersikap terlalu biadab dan oportunis dengan menyalakan api perkauman dan perlu bertanggungjawab di atas sikap celupar kerana inginkan populariti murahan.
“Orang Melayu sudah lama bersabar dengan perangai pemimpin MCA dan Soi Lek jangan cuba menjadi jaguh untuk menebus kesilapan lampau beliau yang pernah mencemarkan maruah BN berkaitan skandal seks,” katanya.

Bantuan bina rumah rakyat termiskin dinaik
BERNAMA
TUARAN - Kadar bantuan membina rumah rakyat termiskin di seluruh negara dinaikkan sehingga RM33,000 seunit di semenanjung dan RM40,000 seunit bagi Sabah dan Sarawak, berkuatkuasa serta merta.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata kenaikan kadar bantuan itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet 1 Oktober lepas.
Beliau berkata mengikut kadar baru itu, bantuan membina rumah dua bilik di semenanjung kini RM29,300 manakala rumah tiga bilik ialah sehingga RM33,000 berbanding kadar lama iaitu antara RM20,300 seunit dan RM22,300 seunit.
Bagi Sabah dan Sarawak, kadar baru bantuan bina rumah ialah RM33,000 seunit untuk rumah dua bilik dan RM40,000 seunit bagi rumah tiga bilik berbanding kadar lama iaitu RM22,300 hingga RM25,300 seunit, katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Mengkabung, dekat sini semalam.
Muhammad berkata kadar baru itu akan memberi peluang kepada keluarga miskin tegar yang belum memiliki rumah, ibu atau bapa tunggal yang ramai tanggungan serta mangsa bencana dari kalangan keluarga miskin tegar mendapat rumah baru yang lebih baik termasuk menggantikan rumah kayu yang usang dengan rumah batu atau separuh batu.
“Kenaikan bantuan itu membuktikan keprihatinan kerajaan untuk menyediakan persekitaran kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang belum atau tidak memiliki rumah,” katanya.
Beliau berkata, mesyuarat jemaah menteri juga meluluskan kadar baru bantuan baikpulih rumah sedia ada sehingga maksimum RM11,000 di semenanjung dan RM12,000 di Sabah dan Sarawak.
Jumlah itu meningkat antara 33 peratus hingga 37 peratus berbanding kadar lama iaitu antara RM8,000 seunit di semenanjung dan RM9,000 seunit di Sabah dan Sarawak, katanya.
Muhammad berkata kadar baru itu akan digunapakai untuk projek pembinaan rumah Program Bantuan Rumah di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat yang dilaksana kementerian itu.
Beliau berkata dengan kadar baru itu akan membantu menghapuskan sepenuhnya kadar kemiskinan tegar di luar bandar menjelang tahun 2010 dan mengurangkan kemiskinan negara dari 5.7 peratus (2004) kepada 2.8 peratus menjelang 2010.
Mengenai pembangunan Kampung Mengkabung, Muhammad berkata beliau meminta kementerian untuk menyediakan pelan pembangunan kawasan itu bagi memudahkan penyaluran peruntukan luar bandar untuk faedah penduduk.

Chow Kit diberi nafas baru
SINAR HARIAN ONLINE
KELAB SULTAN SULAIMAN – Chow Kit dan kawasan sekitarnya akan diberi nafas baru dalam usaha mengembalikan kawasan itu sebagai pusat tumpuan orang ramai, tempat membeli-belah dan juga destinasi pelancongan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata bagi merealisasi hasrat itu, kementerian itu telah melaksanakan Program Gerakan Tumpuan (PGT) di kawasan berkenaan dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh menjurus kepada kemasyhuran jenamanya.
“Chow Kit masyhur dengan pasar dan gerai-gerai yang menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai. Adalah menjadi hasrat kerajaan dan agensi di bawahnya mengembalikan kemasyhuran itu agar ia dan warganya tidak tercicir daripada arus pembangunan dan pembaharuan yang sedang dilaksanakan kerajaan,” katanya selepas merasmikan PGT Kawasan Chow Kit di sini, semalam.
Beliau berkata, semua pihak harus berganding bahu memberi tumpuan ke kawasan Chow Kit untuk melaksanakan aktiviti yang boleh menjurus kepada kemasyhuran jenamanya dan boleh dicapai jika faktor seperti kebersihan kawasan, keselamatan dan penjajaan teratur dititikberatkan.
“Kawasan ini wajar dinaiktarafkan dan dibangunkan infrastrukturnya. Tindakan penguatkuasaan bagi membendung Chow Kit daripada unsur jenayah, penagihan dadah, penjajaan tidak berlesen, pendatang asing tanpa izin, pengemis serta kutu rayau harus ditingkatkan,” katanya.
Beliau berharap pelaksanaan PGT di Chow Kit oleh semua agensi dan jabatan bertanggungjawab dalam bidang penguatkuasaan akan membendung kawasan itu daripada anasir jenayah.

Cadangan Muhyiddin perlu kajian mendalam...
Muda Mohd Noor
Pemimpin Umno bahagian memberi pandangan yang berbeza mengenai cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemilihan parti itu dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan yang menghadiri persidangan bahagian dan bukannya seperti sekarang yang terhad kepada 2,500 perwakilan di perhimpunan agung parti itu.
Ketua Umno bahagian Pendang, Datuk Rozai Shafian berkata, pemilihan di peringkat cawangan boleh dibuat apabila pengurusan dapat dipertingkatkan.
Pengurusan tersebut, menurutnya, termasuk rekod keahlian yang tersusun supaya tidak menimbulkan masalah apabila mengundi.
"Ini perkara utama yang perlu diselesaikan kerana dilaporkan ada yang dibuat secara tangkap muat sahaja.
"Ini perkara penting kerana yang hendak dipilih ialah pemimpin utama, termasuk presiden parti yang akan menjadi perdana menteri.
"Perjalanan mesyuarat juga perlu dipantau secara teliti bagi menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesahihan pengundi," katanya ketika diminta mengulas cadangan Muhyiddin yang juga naib presiden Umno itu.
Muhyiddin membuat cadangan tersebut selepas merasmikan bengkel pengurusan dan pentadbiran Pemuda Umno Pagoh Johor kelmarin untuk mengatasi salahlaku dan politik wang dalam parti itu.
Menurutnya, walaupun pun cadangannya itu memerlukan pindaan perlembagaan Umno, tetapi beliau yakin cara itu boleh menangani politik wang dalam parti.
Sistem pemilihan
Sementara itu, ketua Umno bahagian Wangsa Maju, Datuk Mohd Shafie Abdullah berkata, sistem pemilihan di peringkat cawangan hanya sesuai dilakukan di kawasan bandar.
Ini kerana, katanya, banyak ahli Umno di kawasan luar bandar tidak tahu apa-apa mengenai politik Umno.
"Berapa ramai yang benar-benar kenal dengan pemimpin mereka? Mereka tidak tahu siapa yang layak menjadi pemimpin.
"Akhirnya orang lain juga yang menentukan mereka, orang yang paling mudah mempengaruhi mereka ialah ketua cawangan," katanya.
Bagaimanapun, kata ketua Umno Wangsa Maju itu, kebaikan cara tersebut ialah lebih ramai ahli parti terbabit secara langsung dalam pemilihan pucuk pimpinan parti.
Manakala, Ketua Umno bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihak berkenaan perlu membuat kajian secara mendalam sebelum cadangan pemilihan peringkat cawangan dilaksanakan.
"Kena kaji dulu kerana ia bukan boleh dilaksanakan dengan mudah untuk menentukan ia menepati matlamatnya iaitu menghapuskan politik wang.
"Saya bimbang politik wang boleh merebak ke peringkat cawangan pula," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)