HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Mac 2012

Mengapa AirAsia untung, MAS gulung tikar?

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR,- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi mengelakkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terus mengalami kerugian.

Dalam laporan terbaru menunjukkan MAS mencatat kerugian untuk tahun 2011 sebanyak RM2.52 bilion.

“DPPM mempersoalkan mengapa syarikat tersebut mengalami kerugian begitu banyak untuk tahun lepas.

“Apakah ia berpunca dari kelemahan dari segi urus tadbir dan strategi perniagaan yang tidak berkesan?” tanya Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor .

Katanya, keadaan ekonomi global yang tidak berkembang dengan sihat tidak boleh dijadikan alasan mengapa MAS rugi kerana banyak lagi syarikat penerbangan negara serantau mencatat keuntungan yang baik.

Bagi DPPM, ujarnya MAS perlu dipulihkan bagi menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian.

Menurutnya lagi, MAS adalah sistem penerbangan utama negara, justeru ia tidak patut dibiarkan gulung tikar.

Katanuya, mungkin pihak pengurusan MAS belajar dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia yang terus cemerlang dengan keuntungan.

Beliau menambah, AirAsia yang baru ditubuhkan beberapa tahun lepas dan hanya mempunyai operasi perniagaan yang lebih kecil mampu membina empayar kejayaan mereka.

“Apakah rahsia kejayaan ini sehingga mampu melakar kejayaan bermakna sebaliknya MAS pula menanggung kerugian?” katanya.

Baginya, MAS adalah identiti penerbangan utama negara, kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia.

Justeru, ujarnya imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya.

“Tidak ada ertinya kehebatan lapangan terbang negara ini bertaraf dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sekiranya syarikat yang menguruskan sistem penerbangan utama negara pula gagal menempatkan kedudukannya,” ujarnya.

Rakyat Malaysia, kata beliau pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah.

“Apakah lagi kebanggaan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?” soalnya.-Harakahdaily

Malam muka Rosmah cair dan Palanivel menjadi menteri pertanian

Mathias Gomes, Malaysia Chronicle

Malam muka Rosmah cair dan Palanivel menjadi menteri pertanian


TV Astro Beyond saluran 222 telah menyiarkan secara langsung perayaan Pesta Ponggal yang tertunda di Papar walaupun pada zahirnya ia tidak nampak ada langsung intipati perayaan Ponggal pada suasana mahupun dihati mereka yang hadir.

Kenapa “kolaveri” pesta Ponggal dan kenapa MIC memperbodohkan PM Najib Razak serta isteri Dr Rosmah Mansur dan para menteri yang setia mengahdiri upacara itu yang antaranya ialah Koh Tsu Koon, Liow Tiong Lai dan Rais Yatim. Jawapannya adalah kerana PRU ke 13. Najib boleh saja memberitahu Palanival, ‘pergunakanlah saya tapi pastikan nanti kita mendapat undi mereka dan rampas Kapar dari Big Mike’. ( Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam)

Ia seperti menonton filem Tamil 'SIVAKASI' dimana protagonis membawa pelakon terkenal (Nayantara) untuk menari dan meraih undi daripada rakyat supaya mengundinya. Tapi, hero Vijay yang kakaknya calon pembangkang, mencuri tumpuan dihadapan mata protagonis itu sendiri. Saya hampir fikir Big Mike akan muncul tetapi tiada pula.

MIC dan Astro telah bersusah payah membawa penyanyi Koothu dan bintang filem Kollywood (Bollywood versi Tamil) untuk memeriahkan lagi majlis dengan menyanyikan lagu dan tarian “koothu” semata-mata kerana itu. Kumpulan Kilat Kapar telah dipergunakan sepenuhnya dalam majlis itu. Saya pasti jumlah yang besar juga telah dibelanja untuk artis yang hadir dan untuk mengadakan siaran secara langsung.

Muka Rosmah menjadi cair

Selama 3 jam, Najib dan Rosmah duduk dan menonton persembahan dengan bosan dan penat. Rakaman jarak dekat pada muka Rosmah menunjukkan wajahnya seakan cair. Kenapa ia berlaku saya sendiri pun tidak tahu. Namun ia agak aneh.

Kemuncak persembahan selain daripada “Koothu” adalah ucapan Najib dan seperti biasa, menyalurkan wang kepada sebuah kuil di Shah Alam dan sekolah Tamil di sekitar kawasan itu. Ini adalah caranya ‘trademarknya’ "lu tolong gua, gua tolong lu". Sebuah ucapan yang kita boleh agak, intipatinya, tiada apa-apa yang istimewa.

Palanivel juga memuji Najib dan Rosmah dan berkata harapan orang India dalam genggamannya. Dia kemudian tanpa segan silu meminta sokongan Najib. Tapi, ironinya, Palanivel, sebagai persiden MIC yang juga menteri pertanian meminta kaum India untuk menanam makanan sendiri dihadapan dan belakang rumah untuk menyara hidup. Saya fikir dia akan menyediakan tanah untuk pertanian bagi orang India. Malangnya, dia meminta mereka menjadi petani miskin.

Hormati dan beri layanan baik kepada orang Tamil Malaysia

Jadi, MIC fikir mereka hanya perlu mempersembahkan orang Tamil dengan artis Tamil dan kaum ini akan mengundi untuk mereka. Mentaliti murahan dalam layanan kelas kedua kepada orang Tamil begitu menjijikkan. Mereka sebenarnya bijak,, kuat berusaha dan amanah.

Apa yang anda perlukan lakukan untuk memenangi hati mereka adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda mengambil berat dan memberikan mereka layanan yang sama rata.

Beritahu mereka bahawa mereka adalah orang Malaysia dan kemudian dikenali melalui kaum sendiri sama ada Melayu, India, Cina, atau mana-mana bangsa yang lain. Barulah anda akan mendapat tempat dihati mereka. Layanilah mereka sebagai rakyat Malaysia. Seperti yang diucapkan Najib, "ONE MALAYSIA".Malaysia Chronicle

PAS, PKR: Pendedahan surat Dr M kepada PM Israel dedah niat untuk bekerjasama

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — PKR dan PAS hari ini berpendapat, tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis tiga surat kepada perdana menteri Israel yang telah didedahkan kepada umum jelas membuktikan sikap kepura-puraan beliau yang dilihat tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel, sedangkan secara senyap mengambil pendekatan berbeza terhadap pemimpin Zionis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail (gambar), kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara khas bersama The Wall Street Journal (WSJ), beliau menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan pemimpin Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara kedua-dua negara.

“Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

“Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN (Barisan Nasional) dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin, beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi,” katanya.

“Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat mewujudkan keamanan di Palestin ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut.”

Tambahnya, “Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan perdana menteri Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin”.

Menurut Saifuddin, sikap berkenaan diteruskan dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak yang menggunakan APCO sebagai perunding mereka, yang mana antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan, pendedahan surat-surat Dr Mahathir itu mengesakan kebenaran dakwaan Anwar sebelum ini dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini adalah benar.

“Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. PKR akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menuntut Dr Mahathir membuat penjelasan berhubung pendedahan tersebut supaya rakyat boleh faham, dan berlaku adil terhadap isu Israel negara haram itu.

“Sebelum ini kita menghadapi isu yang menyatakan Anwar mengiktiraf Israel, Tun (Mahathir) pula sudah keluarkan surat dengan jelas berkenaan hubungan Malaysia-Israel, walaupun tiada hubungan diplomatik, jadi PAS beri peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan supaya rakyat faham dan boleh menilai berkenaan perkara ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini juga menuntut penjelasan Dr Mahathir yang berselindung di sebalik menuntut keamanan di Timur Tengah, sedangkan pada 1997, beliau telah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia, yang mana Salahuddin telah dipenjarakan di Penjara Kajang kerana membantah kehadiran mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pula membuat pendirian berbeza apabila mengatakan Dr Mahathir tidak perlu membuat sebarang penjelasan kerana beliau akan melakukan lebih banyak penyelewengan fakta apabila penjelasan dibuat.

Sebaliknya, beliau menegaskan, surat-surat berkenaan dengan jelas telah menzahirkan keinginan Dr Mahathir untuk mengadakan hubungan dagang dengan Israel secara tidak rasmi.

“Surat ini tidak mengejutkan saya,” katanya. “Jelas sudah terbukti Dr Mahathir sudah menzahirkan komitmen secara terbuka untuk mengadakan hubungan diplomatik dan dagangan apabila mengeluarkan surat-surat berkenaan.

“Tun menjanjikan akan mengadakan hubungan dengan Israel sekiranya mereka memberikan kebebasan kepada Palestin, jadi beliau seharusnya menjadi orang terakhir yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Anwar dalam WSJ,” tegasnya yang melihat tindakan mengutus surat itu satu langkah yang “proaktif” diambil Dr Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel.

NGO Islam khuatir penyertaan M'sia di Geneva

MALAYSIA KINI

Sekumpulan NGO Islam hari ini menyatakan kekhuatiran mereka terhadap penyertaan Malaysia dalam persidangan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Mac ini.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, kebimbangan itu berdasarkan lobi aktivis lesbian, gay, dwiseks dan transeksual (LGBT) supaya Malaysia tunduk kepada undang-undang dan standard antarabangsa dalam isu itu.

"Pembela mendesak pihak kerajaan Malaysia agar meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Revolusi PPB tersebut," kata Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahya, merujuk kepada resolusi 17 Jun 2011.

Resolusi itu antaranya berkenaan pencabulan hak asasi manusia bersandarkan orientasi seksual dan identiti jantina yang disokong 23 negara.

Berhubung isu kebebasan beragama pula, PEMBELA menuntut semua pihak menghormati kedaulatan sistem perundangan negara yang memutuskan hak kebebasan beragama tidak termasuk tindakan murtad untuk umat Islam.

"Justeru, sebarang usaha untuk memburukkan rekod toleransi beragama di negara ini adalah pengkhianatan terhadap negara dan perlu dibanteras hingga ke akar umbi," katanya.

VIDEO | 10.52 mins

Kabinet setuju pulang sisa nadir bumi ke Australia

MALAYSIA KINI
Walaupun ditolak kerajaan Australia, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia.

Kerajaan akan menulis surat kepada kerajaan Australia tidak lama lagi untuk menyampaikan pendirian tersebut, katanya kepada akhbar Cina hari ini selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.

anti lynas bukit perlindung solidarity walk 260611 anti lynas bannerMenurut News Oriental Daily, Liow berkata, kerajaan hanya akan memberikan lesen operasi kepada Lynas jika ia memenuhi kriteria tersebut.

"Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi)," Liow dipetik sebagai berkata.

Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.

April lepas, Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain.

Hasan Ali: Golongan 'parasit' mahu jatuhkan MB Kedah

MALAYSIA KINI

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa golongan 'parasit' yang menguasai parti itu sudah menjatuhkannya dan sekarang mereka hendak menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"...dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.

Beliau berharap anggota dan penyokong PAS sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu.

Katanya, PAS sudah hilang halatuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"PAS sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya.

Hasan yang dipecat daripada PAS, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis. Bernama

Pemuda PAS: MAS perlu diselamatkan

MALAYSIA KINI

Pemuda PAS berkata Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mesti diselamatkan daripada terus mengalami kerugian dan sebagai sistem penerbangan utama negara, ia tidak patut dibiarkan gulung tikar.

Ketua penerangannya dewan itu Riduan Mohd Nor berkata, MAS mungkin patut belajar dengan syarikat penerbangan lain seperti AirAsia yang jauh lebih muda tetapi mampu membina empayar sendiri.

"Kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia. Imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas bagaimanapun MAS akan diselamatkan.

MAS semalam mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya.

malaysia airline mas aircraftDalam kenyataannya hari ini, Pemuda PAS turut mempersoalkan kerugian besar itu dan membangkitkan sama ada ia berpunca dari kelemahan urus tadbir atau strategi perniagaan yang tidak berkesan.

"Keadaan ekonomi global yang tidak berkembang dengan sihat tidak boleh dijadikan alasan mengapa MAS rugi kerana banyak lagi syarikat penerbangan negara serantau mencatat keuntungan yang baik," kata Riduan.

Dengan sinis, Riduan berkata, tiada ertinya mempunyai lapangan terbang bertaraf dunia tetapi syarikat penerbangannya gagal menempatkan diri.

"Rakyat Malaysia pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah.

"Apakah lagi kebanggan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?" soalnya.

AS lebih suka Anwar dari Najib, kata Chandra

MALAYSIA KINI

Bekas pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata Amerika Syarikat kini lebih cenderung menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

lebanon forum 050906 chandra madChandra (foto) berkata, keadaan itu berlaku walaupun Najib telah berusaha memperbaiki imej Malaysia di kaca mata AS, malah turut menggunakan khidmat firma perhubungan awam Apco untuk tujuan itu.

"Hubungan peribadi Najib dengan Presiden AS, Barack Obama sepatutnya 'cemerlang', tapi amat sukar difahami apabila kuasa yang membentuk sikap Washington terhadap politik Malaysia dan pemimpin politiknya mungkin lebih menyukai Anwar berbanding Najib atas beberapa sebab," tulisan itu dipetik.

Dalam tulisannya di Malaysiakini hari ini, Chandra berkata salah satu sebab utama ialah "hubungan intim" Anwar dengan jaringan pelobi berpengaruh yang disifatkannya sebagai "deep state" dalam sistem negara AS.

Sedangkan, Najib mungkin hanya mempunyai hubungan secara formal dengan pemimpin dan negara itu, kata Chandra lagi dalam tulisan yang turut mempersoal tumpuan AS dalam "perubahan rejim."

Persoalan itu ditimbulkan dalam satu tulisan blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya Malaysia turut menjadi sasaran "perubahan rejim" AS, tulisnya.

Chandra juga menyebut, Calon AS untuk mengetuai rejim baru yang menyokong dasar AS itu tidak lain daripada Anwar.Chandra turut mengaitkan Anwar dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan juga jawatan Anwar di Foundation for the Future – pertubuhan yang didakwa ditubuhkan untuk mengukuhkan hegemoni AS-Israel di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.

Turut dikaitkannya ialah hubungan Anwar dengan bekas naib presiden negara itu, Al Gore yang antara lainnya turut menulis bersama Wolfowitz di akhbar The Washington Post untuk menuntut supaya kerajaan Malaysia bertindak dengan "cerdik" dalam kes Liwat II yang dihadapi Anwar.

Nazri Aziz tuduh Anwar macam Iblis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

NONE"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

"Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."

'Isu pemimpin non-Muslim boleh timbul gelisah PAS'

Abdul Rahim Sabri
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata "tidak wajar dibangkitkan" isu kesediaan parti itu melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan Islam ke jawatan kanan dalam parti itu ketika pilihan raya umum semakin hampir.

Bahkan ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, PAS juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut seperti yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu wacana di Shah Alam baru-baru ini.

NONESehubungan itu, Mahfuz berpendapat kenyataan rakannya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat itu sebagai "pandangan peribadi" dan "tidak boleh disamakan" dengan apa yang berlaku seperti Ikhwan Muslimin di Mesir.

"Saya katakan pendapat sebegitu, (kerana ia) boleh menimbulkan kegelisahan orang Melayu dan Islam kepada PAS sendiri.

"Dan keyakinan mereka sendiri terhadap kemampuan dan keupayaan PAS, untuk menjaga orang Melayu dan Islam itu, mungkin juga akan terjejas," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena mengulas kenyataan Dr Dzulkefly yang dilapor berkata PAS bersedia melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan kanan di parti berkenaan.

'Ikhwan dan PAS berbeza'

Perkara itu ditimbulkan oleh moderator wacana itu Dr Maszlee Malik yang bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Ikhwan Muslimin dan Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden.

NONEDalam sidang media kemudiannya, Dr Dzulkefly (kiri) menjelaskan ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa dan buat masa ini mungkin belum sampai masanya untuk PAS berbuat demikian serta perlu dibincangkan dalam muktamar jika dibangkitkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena menganggap PAS dan Ikhwan Muslimin di Mesir "tidak mempunyai persamaan".

"Ikhwan (Muslimin) badan induknya, (dan ada) sebagai parti politik, ianya satu yang berbeza. Di sini PAS itulah induknya, dia juga parti politik. Jadi tidak ada persamaan," katanya.

Sementara itu, Dr Dzul dalam blognya semalam turut membuat penjelasan berhubung kenyataannya dalam wacana yang bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" baru-baru ini.