HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Julai 2013

Pas pecat ahli terlibat kegiatan Syiah


ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.

Menurutnya, golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka.

Kerajaan teliti tambahan agihan BR1M


Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti penambahan wang agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM500 kepada RM1,200 bagi tempoh lima tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut akan dibentang dalam Bajet 2014 Oktober depan.

Menurutnya, penambahan tersebut turut diberikan kepada golongan bujang yang bakal menerima RM600 berbanding sebelum ini RM250.

"Kerajaan prihatin dalam usaha meringankan beban perbelanjaan harian isi rumah.

"Kini, ia akan dikaji lebih terperinci agihan sepanjang tahun serta mengambil kira unjuran kedudukan kewangan semasa negara," katanya yang menjawab soalan ahli Parlimen Oscar Ling Chai Yew (Sibu-BN) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan berhasrat untuk menstruktur subsidi yang diberikan.

Menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong-BN),  Ahmad berkata,kerajaan tidak mempunyai masalah untuk melunaskan janji kerana ia bukan dibuat serentak.

"Selain BR1M, banyak subsidi lain yang diberikan termasuk beras hancur, minyak masak, tepung, gula dan petrol.

"Pesawah juga diberikan subsidi iaitu baja, benih, kesihatan dan pendidikan menjadikan jumlah subsidi RM33 bilion setahun," katanya.

BR1M 2.0 menyaksikan seramai 6.8 juta penerima iaitu 88.1 peratus daripada jumlah yang memohon.

Kerajaan juga sudah memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion dan Selangor merupakan negeri tertinggi penerima BR1M 2.0.

Negara Paling Selamat: Rumah Khairy Dimasuki Perompak, Kerugian RM24,000


Tiga penjenayah rompak rumah menteri di Damansara

KELAB GREENBOC

Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata, ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka,” katanya di sini, hari ini.

Ku berkata, pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri. Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama


KJ’s house burgled


Burglars ransacked the bungalow of Sports Minister Khairy Jamaluddin in Bukit Damansara yesterday evening and escaped with valuables worth RM24,000.

Among the items taken during the theft, which was a quick job, were watches and a laptop.

At the time of the incident, only the maid was at home.

Sources said the burglars scaled the wall to get into the compound and easily gained access into the bungalow.

The maid, who was in the kitchen, only realised that the bungalow was broken into when she noticed the front door was wide open.

She could only watch as the four burglars ransacked the master bedroom and left minutes later.

Calls and text messages to Khairy's handphone from The Malaysian Insider were not answered.

Khairy is among several prominent figures whose houses have been broken into in the past two months.

In May, the house of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's sister in Petaling Jaya was broken into. Losses were estimated at RM300,000.

A few days later, a younger sister of Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar and her family were robbed at their home in Mantin, Negeri Sembilan. The robbers escaped with RM5,000 in cash and valuables.
-TMI

Ulasan GB

Rumah menteri kena rompak satu hal. anehnya, agensi berita pro-UMNO, BERNAMA enggan untuk mendedahkan siapa menteri berkenaan.

Hanya akhbar online The Malaysian Insider melaporkan rumah bangalow Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah dipecahmasuk oleh perompak.

Masihkah menteri KDN boleh mendabik dada menyatakan negara kita paling selamat?

Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Petikan ulasan GB yang lalu

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.


Anggota polis nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat parti politik pembangkang dengan segala kekuatan FRU, CID, SB dan sebagainya ditambah untuk mengekang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kerajaan UMNO BN yang dah nak tumbang.

Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.

Kita bukan nak mentertawakan polis apabila rumah anggotanya dipecah masuk, tetapi kita ingin mengingatkan polis supaya berkhidmat untuk rakyat dan negara bukan untuk UMNO BN yang kini nazak cuba mempertahankan kuasa.

SPRM akan siasat SPR berhubung kemelut dakwat kekal

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.

Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei.

Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.

SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.

Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.

Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis.

Awang Selamat desak Tony Pua untuk berhijrah jika tidak gembira


THE MALAYSIAN INSIDER
 
Setiap kali berlakunya perbincangan di Malaysia yang tidak menggembirakan media milik Umno, ia akan berakhir dengan: berhijrahlah ke Taiwan, Hong Kong, China, India jika tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Malaysia.
Sasaran terbaru adalah ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua.

Awang Selamat, nama samaran bagi pengarang Mingguan Malaysia edisi Ahad Utusan Malaysia telah menyertai kontroversi Jonker Walk di Melaka.
Akhbar tersebut menuduh media Cina dan badan bukan kerajaan salah tafsir apa yang ingin dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron. Mereka mengatakan Idris tidak pernah mengarahkan jalan itu ditutup kepada trafik.

Ketua Menteri Melaka itu juga menafikan peniaga-peniaga di Jonker Walk diarahkan untuk menghentikan operasi.

Ahli-ahli politik DAP dan MCA mengecam langkah untuk menutup jalan itu dan menghalang peniaga untuk membuka kedai mempercayai ini adalah balasan kepada masyarakat Cina kerana mengundi pembangkang.

Pua turut menyelar Idris kerana kenyataannya yang berbeza-beza mengatakan beliau mempunyai memo dikeluarkan oleh Datuk Bandar – dihantar kepada peniaga di Jonker Walk mengatakan mereka tidak boleh mendirikan gerai sepanjang jalan itu.

Awang Selamat menyerang kembali Pua. Awang Selamat mengatakan ahli Parlimen DAP itu dalam memperjuangkan peniaga Jonker Walk telah mmenyinggung hati umat Islam apabila mencadangkan Pasar Ramadan ditutup kerana menyesakkan lalu lintas.

 “Beliau mencadangkan pasar Ramadan turut ditutup kerana didakwanya menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tony juga mungkin mengambil mudah kesabaran orang Islam, yang ada batasnya.

Nasihat Awang, jika beliau tidak suka dengan suasana dan kewujudan pasar Ramadan di negara ini, elok sahaja beliau berhijrah ke Taiwan atau Hong Kong,” kata penulis itu.

Mingguan Malaysia dilihat menggunakan komen Pua yang diberikan kepada pemberita di lobi Parlimen di luar konteks.

Beliau berkata jika kesesakan lalu lintas dijadikan rasional penutupan Jonker Walk, maka pasar malam, pasar tani dan pasar Ramadan di seluruh negara perlu ditutup kerana turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Utusan Malaysia dan edisi Ahadnya, Mingguan Malaysia, pada masa lalu juga pernah menggesa pemimpin parti pembangkang dan aktivis Bersih untuk meninggalkan negara ini kerana menentang penipuan pilihan raya dan isu-isu panas lain.

PRK Besut Medan Ujian Pertama Buat Pas dan UBN

MSO

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Besut Terengganu kalau boleh dielakkan rasanya semua pihak mahu mengelakkannya. Lengguh dan letik semasa menghadapi pilihan raya umum lalu masih belum reda lagi. Tetapi kerana ia tidak dapat dielakkan hendak tidak hendak terpaksa dihadapi juga.

Namun bagi hantu politik mereka tidak merasa akan keletihan itu. Kekosongan mana-mana kerusi sesuatu yang dinanti-nantikan, konon kekosongan itu boleh dijadikan untuk menguji kekuatan parti masing-masing.

Sebaliknya juga bagi parti politik pilihan raya kecil pertama itu sesuatu yang membimbangkan. Terutamanya pihak UBN kerana pilihan raya itu amat mencemaskan mereka. Pilihan raya itu akan memberi natijah tersendiri kalau tiba-tiba UBN kalah. Kekalahan boleh menyebabkan berlaku sesuatu yang diluar dugaan di Terengganu.

Kekalahan UBN menjadikan kedudukan kerusi seimbang di antara UBN dengan Pas 16 - 16. Dengan kedudukan ini menyebabkan tidak ada siapa yang mendapat kelebihan kerusi dan berhak untuk menubuh kerajaan. Kerajaan sedia ada (UBN) bermasalah dan tidak dapat berfugsi lagi. Salah satu jalan terbaik atau kemungkinan diambil ialah Dun Terengganu dibubarkan.

Tertakdir berlaku demikian, kedudukan kerusi sama 16:16 - kalau ingin kepada keharmonian, menjimatkan wang rakyat, boleh dibentuk hanya dengan mewujudkan kerajaan bersama antara kedua-dua parti berkenaan.

Erti akan wujud kerajaan bersama di Terengganu. Untuk tujuan ini bolehlah jawatan MB digilir-gilirkan, dua tahun setengah seorang di antara Pas dengan UBN. Itu idealisnya. Tetapi Pas sebagai sebuah parti yang ghairah untuk mengganti Umno tidak mungkin akan bersedia. Pas akan merasakan lebih baik untuk diadakan pilihan raya semula. Kalau pun Pas Terengganu bersetuju atas 'maslahat' tertentu namun Pas Pusat akan menenangnya.

Situasi itulah maka menjadikan pilihan raya kecil Kuala Besut ini penting. Sebab itu saya katakan kalau ia boleh dielakkan, atau dibayar berapa sekali pun Umno Terengganu sanggup berbuat demikian. Kerana kalau bertanding ia belum tentu dapat meraih kemenangan dan UBN boleh meneruskan kerajaan yang sedia ada.

Pilihan raya kecil itu akan memberi signifiken kepada Umno dan Pas. Ia menjadi indikator kepada kedua-dua parti selepas berlangsungnya pilihan raya umum. Apakah perkembangan selepas pilihan raya umum berubah atau tidak? Pilihan raya itu akan memberi jawaban.

Wujud beberapa perkembangan selepas pilihan raya umum lalu, sangat diperhatikan oleh orang ramai bagaimana keputusan pilihan raya itu nanti. Pihak Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan pilihan raya lalu atas alasan ianya dilakukan dalam keadaan tidak bersih, kotor dan penuh penyelewengan. Maka gerakan himpunan Black505 dilancarkan untuk menyatakan manifestasi itu. Kemuncak himpunan itu ialah di Padang Merbok dua minggu lepas.

Apakah perkembangan selepas pilihan raya itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat? Apakah rakyat khasnya di Besut menilai semua itu atau mereka tidak sedikitpun mengambil peduli. Memandangkan imbasan-imbasan (flash) mengutuk SPR berkenaan bersifat nasional saya tidak merasakan soal-soal tuntutan itu menjadi perhatian rakyat di Besut.

Dalam perhatian saya Black505 tidak memberi kesan besar kepada pilihan raya kecil di Besut itu, jauh sekali untuk mengharapkan pengundi di Besut akan membuat ralat besar ekoran kononnya berlaku penyelewengan dilakukan SPR berkenaan. Bagi rakyat Besut mereka mungkin pun tidak merasakan sedikitpun SPR bersalah.

Seperkara lagi bila bercakap soal pilihan raya kecil itu subjek tidak kurang peting ialah calon. Calon yang bakal diturunkan kedua-dua parti menjadi penentu. Kredibiliti calon menguasai 30% peluang kepada parti. Kemenangan UBN menerusi Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar baru-baru ini ialah kerana keistimewaan yang ada kepadanya. Beliau merupakan anak tempatan Pulau Perhentian yang suka bergelombangan dengan rakyat. Allahyarham juga mempunyai keperibadian yang baik dan disenangi orang bawahan.

Kelemahan yang ada kepada calon Pas, Nafisah Ismail ialah dia seorang perempuan dan kedua dia tidak dilihat tokoh yang mengauli rakyat. Sosio budaya di Besut berbeza dengan kawasan hampir pekan atau bandar. Maka ia memerlukan seorang calon yang bergaul dengan mereka. Dalam istilah lain calon-calon yang tidak berpijak di bumi akan ditolak.

Perbezaan gender juga menjadi persoalan baru-baru ini di mana masyarakat di Besut tidak begitu yakin dengan calon Pas seorang muslimat. Walaupun penampilan dan peranan wanita kini hampir sama dengan kaum lelaki, tetapi persepsi bahawa wanita itu tetap berada di bawah masih diterima.

Jadi dalam ulasan saya berhubung pilihan raya kecil Besut ini Pas sekiranya mahu menang atau setidak-tidaknya memberi tentangan kepada UBN sila kemukakan calon yang berpijak di bumi, seorang yang bergual dengan rakyat dan boleh bercerita mengenai ikan dan laut, pukat atau perahu. Calon-calomn branded dari atas kayangan rasnaya tidak sesuai. Kehebatan mereka dalam bidang mereka duduki baik agama atau perniagaan tidak banyak membantu.

Rasanya untuk pilihan raya Besut ini tidak sesuai kalau Pas meletakkan calon yang gah dengan nama atau profesyennya. Begitgu juga calon dari luar Besut tidak membantu. Pas harus cari anak tempat biarpun beliau itu bukan berkelulusan tinggi, atau berjebang lebat dan pandai membaca hadith dan ayat-ayat Quran.

Barang kali cukup kalau dia seorang juragan atau taukeh ikan di Kuala Besut. Apa yang perlu disedari masyarakat di pesisir pantai begitu suka kepada orang yang sehidup semati ataupun mudah ditemui. Kalau pun calon itu terkenal dan gah namanya di Kuala Lumpur ia tidak bererti kepada mereka.

Mungkin kriteria calons begini sedang diperhatikan oleh pucuk pimpin Pas Terengganu untuk diletak pada pilihan kecil Besut yang dijangka akan dilangsung bulan Ramdhan ini.

Setelah Rumah Sendiri DiRompak, Baru Akui Jenayah Negara Serius

 Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/jenayah%20merosot.jpgSetelah rumah sendiri dirompak, barulah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui dan menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, sesuatu yang nyata dan bukan hanya persepsi semata-mata.

“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.......masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya semalam.

Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu juga mengesahkan kejadian rompakan juga berlaku di kediaman ibunya pada hari Sabtu 27 Jun lalu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya, Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM  (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.

Pada 13 Januari 2013, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan indeks jenayah menurun tetapi persepsi kebimbangan tentang peningkatan jenayah mungkin timbul disebabkan laporan media massa itu yang sering mengetengahkan berita jenayah sebagai tatapan utama kepada pembaca.

"Indeks jenayah negara berjaya mencatat penurunan memberangsangkan tetapi persepsi orang ramai tentang keadaan jenayah masih sukar untuk ditukar.

"Apabila berita jenayah mendominasi setiap laporan berita, keyakinan orang ramai tentang keberkesanan pelaksanaan mengurangkan jenayah juga akan terhakis. Disebabkan itu mereka percaya jenayah di dalam negara ini berada di tahap yang membimbangkan," kata beliau.

Rumah dirompak, KJ anggap jenayah negara serius


Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
 
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan  di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

“Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM  (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.

Malaysia ke arah jadikan dadah bukan bahan jenayah

SINAR HARIAN
Nancy Shukri
Nancy Shukri
 
KUALA LUMPUR - Malaysia sedang bertindak ke arah menjadikan dadah bukan sebagai bahan jenayah agar lebih mudah dan terbuka buat penagih dadah mendapatkan rawatan dan pemulihan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata dasar kerajaan kini beranjak lebih kepada merawat pengguna dadah daripada mendakwa mereka.

Beliau berkata hasrat Asean untuk menjadi rantau bebas dadah menjelang 2015 tidak begitu realistik tetapi mengambil perhatian bahawa perubahan pendekatan pihak berkuasa dapat mengurangkan bilangan penagaih dadah. 

"Tidak wujud perkara seperti bebas dadah tetapi kita boleh mengawalnya dengan mengubah atau menganjak dasar kita.

"Daripada melihat penagih dadah sebagai penjenayah kita perlu melihat mereka sebagai pesakit. Daripada menghantar mereka ke penjara, kita bawa mereka ke klinik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Panel Peringkat Tinggi mengenai Dasar Dadah dan Kesihatan Umum anjuran Suruhanjaya Global mengenai Dadah, di sini hari ini.

Mesyuarat itu diadakan bersempena Persidangan Persatuan AIDS Antarabangsa ke-7 2013 di sini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menyemak semula undang-undang berhubung dadah di negara ini, termasuk Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan). 

"Jawatankuasa Rombakan Undang-undang kini dalam proses perbincangan bagi meminda peruntukan berhubung penahanan selama 14 hari seseorang yang disyaki penagih dadah bagi tujuan menjalani ujian.

"Ini untuk memudahkan yang 14 hari itu tidak lagi 14 hari selain mengenai ujian air kencing," katanya. - Bernama

MB Selangor: Daftar kahwin dapat insentif

SINAR HARIAN
Abdul Khalid Ibrahim
Berdasarkan tanda aras dan pencapaian 2008-2013 Khalid mahu mandat Pakatan Rakyat Selangor dikekalkan. - Foto Sinar Harian oleh Foto AZMI ARYANTO
 
SHAH ALAM - Anak Selangor atau pemastautin di negeri ini selama 15 tahun yang melangsungkan perkahwinan tahun ini digesa mendaftar perkahwinan di 56 pusat khidmat masyarakat seluruh Selangor untuk menerima insentif perkahwinan belia.

Menggesa demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian insentif RM200 seorang itu adalah untuk pasangan berumur 35 tahun ke bawah.

Mereka diminta mendaftarkan nama di pusat khidmat masyarakat masing-masing selepas tiga bulan bernikah bagi yang beragama Islam, atau bagi bukan Islam, perkahwinan mereka didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

"Dengan mendaftar, pihak kerajaan negeri mempunyai maklumat bagi memberi bantuan tambahan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) jika mereka mendapat anak, dan mengenal pasti calon-calon yang layak menerima perumahan mampu milik yang bakal dibangunkan kerajaan negeri, " kata Abdul Khalid selepas menyampaikan insentif itu kepada lebih 100 pasangan di sini, hari ini.

Buat masa ini, katanya, hanya 170 pasangan telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan kemudahan itu.

Abdul Khalid berkata pemberian insentif bagi fasa pertama adalah sebanyak RM400 setiap pasangan dan akan dinaikkan kepada RM500 pada masa akan datang.

Beliau berkata bagi pasangan beragama Islam, pemberian insentif itu akan dilaksanakan menerusi simpanan di Lembaga Tabung Haji manakala bagi bukan Islam menerusi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

"Walaupun jumlah RM200 itu kecil bagi sesetengah individu tetapi ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pengantin baru dan pemberian menerusi bentuk simpanan itu akan dapat mendidik mereka menabung untuk masa hadapan mereka dan anak-anak," katanya.

Abdul Khalid berkata setiap tahun Selangor mencatatkan lebih 25,000 pasangan yang berkahwin dengan 18,000 daripadanya pasangan beragama Islam dan selebihnya bukan Islam. - Bernama