HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Mac 2014

Saya bertanding jawatan PKR untuk baiki asas parti, kata Khalid

OLEH DIYANA IBRAHIM


Khalid merasakan masih ada yang perlu diperbaiki dalam parti bagi memastikan ia terus kukuh dan relevan kepada ahli. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Khalid merasakan masih ada yang perlu diperbaiki dalam parti bagi memastikan ia terus kukuh dan relevan kepada ahli. - Gambar The Malaysian Insider,


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid menyifatkan keputusannya merebut jawatan kedua tertinggi dalam kepimpinan PKR sebagai satu tanggungjawab untuk memperbaiki asas parti, sambil menyifatkan wujudnya beberapa kelemahan dalam parti.

Katanya, biarpun semangat perjuangan parti itu dilihat berkobar-kobar, sebenarnya ia mempunyai kelemahan dari segi pelaksanaan.

"Dari segi pelaksanaan, nampaknya ada yang tidak betul, ada yang betul, ada yang tahu dan tidak tahu, ada yang indah dan tidak indah," kata Khalid, yang mengesahkan semalam akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR, yang kini disandang seterunya Azmin Ali.

Katanya, beliau lebih senang apabila perjuangan yang bakal dilalui bersama parti itu ditunjangi dasar kesaksamaan dan keadilan yang lebih baik.

"Peranan saya adalah untuk menambah baik keadaan dan apabila ia sudah berubah maka saya perlu memberi peluang kepada semua ahli untuk mempimpin parti ini pada masa hadapan," katanya dalam majlis "Malam Bertaut Kasih" di kediamannya, malam tadi.

Program tersebut disertai kira-kira 200 penyokong Khalid dan pegawai negeri, termasuk Senator Syed Shahrir Syed Mohamad; pakar perlembagaan, Dr Abd Aziz Bari; calon ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Nazree Yunos; serta bekas pengerusi, PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub.

Terdahulu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan nombor dua PKR itu, mengesahkan spekulasi sebelum ini.

"Saya menawarkan diri untuk menerima tawaran saudara bertanding sebagai timbalan presiden PKR," katanya disambut tepukan.

Dalam ucapannya, Khalid meminta penyokong tidak terlalu teruja dengan keputusannya, sebaliknya menumpukan usaha memenangkan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

"Dalam usaha menubuhkan satu pasukan, kita perlu mengambil kira keadaan dengan menjaga supaya  rumah kita tidak runtuh dan keadaan meruncing.

"Jadi saya ada permintaan kerana ia boleh menjadi detik kejatuhan dalam parti dan tidak guna memperjuangkan sekiranya kita sendiri tidak boleh mempertahankan kemenangan PRK Kajang.

"Parti ini mempunyai kekuatan dan kesaksamaanya. Maka saya minta dalam tempoh sebulan, biarpun rakan saya suka nak berkempen, tapi jangan lupa akan agenda utama kita dan tidak mahu sekiranya ia menjejaskan usaha memenangi PRK," katanya.

Tambahnya, kemenangan di Kajang kelak mengukuhkan lagi parti untuk bersaing bukan sahaja dengan Barisan Nasional (BN), tetapi juga dengan parti Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.

Malam tadi, ucapan bekas tokoh perniagaan yang dilantik memimpin Selangor sejak kemenangan PR di negeri itu pada 2008, berbeza jauh daripada kritikan ahli pimpinan parti yang menyifatkannya tidak mesra politik.

"Saya menerima banyak kebaikan daripada PKR namun ia bukan kerana atas dananya atau harta namun kerana ruang dan peluang yang diberikan.

"Wujudnya parti kita adalah untuk memperjuangkan bersama saya menerima amanah tuan dan puan supaya mengurus dengan tertib, supaya berkerja dengan lebih bertanggungjawab, bersih daripada rasuah, supaya kita rasa megah mengetuai negeri dihormati dan disegani semua pihak serta dapat menjaga kepentingan ahli parti dan PR," katanya.

Khalid dan Azmin dilihat tidak sebulu dan bersaing antara satu sama lain, dan perkelahian mereka diburukkan lagi dengan pemecatan Azmin daripada anak syarikat negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Pastikan Anwar menang di Kajang sebelum tumpu pemilihan PKR, kata Azmin

OLEH MD IZWAN

Azmin (kiri) bersalaman dengan Khalid (kanan) sambil diperhatikan oleh Anwar dalam suatu majlis. - Gambar fail. Azmin (kiri) bersalaman dengan Khalid (kanan) sambil diperhatikan oleh Anwar dalam suatu majlis. - Gambar fail.


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarnya tetapi berkata, misi memastikan kemenangan parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang dan seterusnya pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru, perlu berjaya terlebih dahulu.

"Bagi saya, tumpuan hari ini ialah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang. Itu fokus saya bagi memastikan PR yang diwakili Datuk Seri Anwar bukan sekadar menang biasa tetapi kita akan berusaha memastikan beliau menang dengan cukup menyakinkan.

"Harapan kita menang dengan majoriti lebih besar, tetapi kita kena berusaha ke arah itu," kata Azmin kepada The Malaysian Insider.

Azmin berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, sesiapa pun boleh bertanding untuk apa-apa jawatan.

"Tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kita mesti tahu keutamaan dalam melaksanakan tugas parti," kata Azmin mengulas pengumuman Khalid semalam yang mengumumkan hasratnya mencabar Azmin.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut dilihat tidak sebulu dan bersaing antara satu sama lain. Pertelingkahan mereka diburukkan lagi dengan pemecatan Azmin daripada anak syarikat negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Anwar diberitakan bakal menggantikan Khalid sebagai menteri besar jika menang di Kajang, walaupun Khalid menafikannya.

Pada masa sama, Khalid menawarkan dirinya sebagai pengarah jentera PKR di Kajang, tugas yang menjadi tanggungjawab Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor. Ia dilihat sebagai usaha Khalid menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berwibawa dan mendapatkan pengaruh, menjelang pemilihan parti.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa permintaan dilantik pengarah pilihan raya di Kajang dibuat sendiri oleh Khalid kepada Anwar, sebagai perjanjian melepaskan jawatan menteri besar.

Azmin menerima secara terbuka pengumuman Khalid untuk mencabar jawatannya. - Gambar fail.Azmin menerima secara terbuka pengumuman Khalid untuk mencabar jawatannya. - Gambar fail."Bagi saya, itu penghinaan kepada kekuatan minda anggota parti PKR yang sebenarnya menilai bukan di saat-saat akhir, tetapi menilai prestasi kerja seseorang itu dalam tempoh yang diberikan amanah sebelum ini," kata Azmin yang merujuk kepada Khalid.

Azmin mengingatkan Khalid supaya tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pengarah PRK dan memastikan kemenangan Anwar sebagai calon mewakili PR.

Azmin juga menggesa semua pemimpin PKR dan penyokong tidak terlalu sibuk melobi semasa PRK Kajang semata-mata untuk mendapatkan pengaruh dalam pemilihan parti.

"Bagi saya pemilihan ini bukan untuk bersaing atau bertembung, tetapi menawarkan khidmat bakti kita kepada parti dan perjuangan itu ada keutamaannya.

Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan kemungkinan Khalid bertanding dalam jawatan nombor dua PKR dengan sokongan Anwar, sebagai ganjaran melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor.

"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber dalaman parti, yang juga mendedahkan bahawa sehingga kini, Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.

"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.

"Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk memaksa Anwar untuk menyokong dia," tambahnya.

Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.

Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.

Azmin menjadi Timbalan Presiden PKR sejak tahun 2010 dan tidak lama kemudian dilantik menjadi pengerusi PKR Selangor, menggantikan Khalid.

Khalid salur kenaikan gaji kepada tabung warisan Selangor

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Khalid menyumbang separuh daripada gaji yang diterima kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.  
Khalid menyumbang separuh daripada gaji yang diterima kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider,


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalurkan keseluruhan kenaikan gaji yang diterimanya baru-baru ini kepada Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Perkara itu disahkan pegawai di Pejabat Menteri Besar kepada The Malaysian Insider, yang berkata jumlah yang disumbangkan Khalid adalah RM15,074.85.

"Betul, beliau sumbangkan kenaikan gaji menteri besar kepada tabung Tawas," kata pegawai tersebut ketika dihubungi.

Dokumen berupa surat rasmi berkenaan perkara itu yang diperoleh The Malaysian Insider turut menyatakan perkara sama.

"Saya dengan ini menyumbang semua wang kenaikan gaji tersebut sebanyak RM15,074.85 ke dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) melalui potongan gaji saya bermula bulan Januari 2014 dan seterusnya," kata surat rasmi Khalid yang diserahkan kepada Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Noordin Sulaiman.

Salinan dokumen yang menyatakan persetujuan Khalid menyalurkan sebahagian gajinya kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Salinan dokumen yang menyatakan persetujuan Khalid menyalurkan sebahagian gajinya kepada badan kebajikan. - Gambar The Malaysian Insider, Surat bertarikh 28 Januari 2014 itu turut menyatakan, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 Januari 2014 meluluskan pemotongan sebanyak RM4,250 sahaja daripada keseluruhan RM29,250 gaji menteri besar.

Melalui sumbangan Khalid itu, beliau hanya menerima gaji asal menteri besar sebanyak RM14,175.15.

Pengumuman kenaikan gaji menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sehingga 300% telah menimbulkan kontroversi.

Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak, Mohamed Azmin Ali, turut mempertikaikan keputusan tersebut, dengan berkata kenaikan berkenaan terlalu besar.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengkritik kenaikan berkenaan.

Khalid berkata kenaikan gaji berkenaan dibahaskan di DUN dan tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana ahli DUN, sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) sebelum ia diluluskan.

Apabila Daim Bersuara Lagi.

...

Oleh Shahbudin Husin


Sudah dua kali bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bersuara mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka di tahun 2014 ini. Kali pertama ketika berucap di suatu majlis di Merbok, kawasan Parlimen yang pernah diwakilinya pada pertengahan Januari lalu, Daim mengkritik beberapa dasar tidak betul kerajaan seperti subsidi, tol, kenaikan harga barang, menteri tidak pandai menjawab isu, Najib tidak bijak mengurus perbelanjaan, terlalu bergantung kepada penasihat dan berbagai lagi.
 
Selain melabelkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lemah, Daim juga membayangkan jika pilihanraya akan datang diadakan dalam situasi seperti ini, ia lebih mengundang kemungkinan BN tewas dan hilang kuasa di peringkat pusat.

Namun, belum pun sempat kritikan beliau itu dibahas dan diperbualkan dengan lebih meluas, ia kemudian tenggelam dengan isu pilihanraya kecil DUN Kajang dan strategi Anwar Ibrahim mahu menjadi MB Selangor yang tiba-tiba muncul.

Sebelum ini, Daim dan Mahathir dilihat sudah pun memulakan langkah mengkritik beberapa dasar dan pendekatan Najib atas kebimbangan bahawa kelemahan Najib yang berterusan itu akan membahayakan kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya 2018 nanti.

Kritikan Mahathir dan Daim mengenai pelbagai kelemahan Najib, walaupun belum lagi menjurus secara khusus untuk menggantinya dengan pemimpin lain tetapi secara umumnya telah mendapat respon yang positif daripada golongan konservatif yang rata-rata turut bersetuju bahawa peluang BN dalam PRU 14 nanti hanya mungkin lebih baik kiranya Najib sedia berundur atau diundurkan.

Pengakuan mengenai pelbagai kelemahan Najib dan kedudukannya yang mula dilihat sebagai liabiliti berikutan terlalu banyak isu yang gagal diselesaikan, kini sudah mulai merebak di peringkat yang lebih meluas ke seluruh negara.

Kritikan dan serangan terhadap pelbagai kelemahannya hanya reda seketika ketika ini berikutan pilihanraya kecil Kajang yang menjadikan semua orang memikirkan kepentingan parti, mahu melihat BN menang dan menumpukan serangan terhadap Anwar.

Sebaik keputusan Kajang diketahui yang mana Anwar diramalkan tidak mungkin ditewaskan oleh BN, kritikan terhadap Najib diramalkan akan memuncak kembali. Sepertimana yang diketahui, dengan Anwar selepas ini berjawatan MB Selangor manakala Najib kekal tidak berubah serta berlumut dengan masalah, kedudukan BN menjadi lebih bahaya lagi.

Bagaimanapun Daim nampaknya tidak menunggu sehingga keputusan pilihanraya Kajang diketahui untuk meneruskan kritikannya terhadap Najib. Dalam wawancaranya dengan Kinibiz, Daim meneruskan kritikannya dengan menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang rapuh dan kurang tegas.

Beliau juga dilihat cuba menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dengan berkata, sementara rakyat masih selesa dengan kerajaan tetapi secara majoritinya, luahan yang kedengaran di peringkat bawahan ialah seperti masih banyak yang tidak betul di mana-mana serta perlu diperbetulkan dengan segera.

Kritikan terbaru Daim ini dengan jelas menunjukkan bahawa sesuatu perlu dilakukan tanpa menunggu keputusan Kajang. Kritikan yang dilakukan ketika bahang kempen baru saja bermula boleh juga digambarkan sebagai isyarat bahawa jika beliau berdiam diri dan tidak mengkritik Najib pun, BN tetap mustahil untuk mencapai kemenangan.

Oleh itu, sementara kekalahan BN sudah dijangka, Daim seperti ingin mengukuhkan lagi keyakinan umum bahawa kelemahan Najib adalah sesuatu yang sukar diperbaiki, meskipun sudah banyak kali diperingatkan mengenainya.

Kritikan dan mendedahkan secara berterusan mengenai kelemahan Najib dalam mengurus negara dan membayangkan potensi kekalahan dalam PRU 14 secara tidak langsung akan mendorong ahli UMNO khususnya agar lebih menyayangi parti dan masa depannya berbanding batang tubuh presidennya.

Sekiranya semangat sayangkan parti melebihi presiden itu dapat meresap dengan lebih mendalam lagi, menggantikan Najib bukanlah suatu masalah lagi kerana mengekalkan pemimpin yang sudah menjadi liabiliti adalah malapetaka kepada parti. Ini nyata berbeza dengah pendekatan Najib sejak sekian lama yang cuba menebalkan sokongan ahli parti serta rakyat terhadap kepimpinannya lebih kepada aspek peribadi, malah cara gerak kempennya dalam PRU 13 lalu yang mirip pemilihan Presiden Amerika adalah jelas ke arah matlamat itu.

Meskipun Najib masih mendapat sokongan daripada majoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian tetapi kepimpinannya yang rapuh yang dijelmakan antaranya melalui kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang kian meninggi, turut menyebabkan kerapuhan sokongan rakyat. Dalam masa sama kebimbangan bahawa BN akan hilang kuasa ketika teraju kepimpinan ditangannya juga kian meningkat sekarang ini.

Oleh itu, meskipun ternampak sukar tetapi jika perasaan sayangkan parti dan ketakutan BN hilang kuasa berjaya ditebalkan serta bagaimana seharusnya kerajaan berperanan menjaga rakyat, menggantikan Najib sebelum PRU 14 dan bagi mengelakkan BN kehilangan kuasa akan menjadi suatu keperluan yang tidak perlu ditangguhkan lagi.

Melalui pelbagai kritikannya, Daim terlihat sedang berusaha ke arah itu.

Rencana besar bolehkan Anwar sertai kabinet?

MALAYSIAKINI


Sejak kerusi DUN Kajang dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding, pelbagai teori konspirasi telah muncul untuk menjelaskan langkah tersebut.

Namun kini muncul satu teori yang dianggap paling besar, di antara semua teori yang telah disebut-sebut.

Dalam tulisan terkininya di blog beliau, wartawan veteran Tan Sri Abdul Kadir Jasin yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno, membayangkan kemungkinan pilihan raya kecil Kajang nanti adalah satu taktik untuk mengalih tumpuan semata-mata.

Beliau menulis tentang kemungkinan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyertai kabinet Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan portfolio yang sangat berpengaruh.

'Amerika, India pun mahu rakyatnya nyata bangsa'

MALAYSIAKINI


 
 
 
NGO pendesak Melayu PERKASA menghentam cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup agar nama 'bangsa' dihapuskan daripada borang dalam negara ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata negara seperti Amerika Syarikat dan India juga masih mengkehendaki rakyatnya menyatakan asal usul keturunan mereka dalam borang.

Malah dakwanya, amalan di negara India mengkehendaki rakyatnya menyatakan kasta mereka di dalam borang-borang yang diisi.

"Di Amerika masih ada lagi borang etnik. Di India masih ada lagi borang (etnik) sampai kasta pun ada," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu petang ini.

Menurut Ibrahim, cadangan tersebut jika dilaksanakan akan menyukarkan tugas pengumpulan data oleh Jabatan Statistik Negara bagi tujuan pentadbiran negara.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan penubuhan Barisan Perpaduan Nasional - satu perikatan NGO Melayu Islam dengan keanggotaan 55 NGO bersekutu, di Kuala Lumpur petang ini.

Cadangan menghapuskan nama kaum dalam borang diutarakan Joseph Kurup ketika menyampaikan ucapan perasmian satu forum dinamakan Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi, baru-baru ini.

Menurut Joseph, masanya sudah tiba untuk cadangan itu dilaksanakan dalam negara ini.

Rakyat sambut gembira kejayaan industri air kembali ke Selangor

Oleh : Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Rata-rata rakyat Selangor menyambut baik kejayaan Kerajaan Negeri merealisasikan program penstrukturan semula industri air di negeri ini yang diperjuangkan sejak 2008 lagi.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS), Muhammad Nawawi Munir Shoib, 25, berkata kejayaan ini membuktikan bahawa air sebenarnya bukan suatu industri yang boleh didagangkan.

“Air merupakan keperluan asas setiap anggota masyarakat dan ianya haruslah diuruskan oleh kerajaan dan bukan pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

02“Kejayaan ini perlu dilihat oleh negeri-negeri lain bahawa sesungguhnya air adalah hak rakyat dan undang-undang sebenarnya membenarkan pengurusan air oleh kerajaan negeri demi kebajikan rakyat,” katanya.

Semalam, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan memeterai memorandum persefahaman (MoU) pengambilalihan empat ekuiti empat syarikat konsesi; Puncak Niaga Berhad Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Korsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

ZulkifliSementara itu, Zulkefli Nani 45, berkata beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Kalau MoU yang ditandatangani ini sememangnya menguntungkan rakyat, saya pasti semua pihak dan semua lapisan masyarakat pasti mengalu-alukan berita gembira ini.

“Kalau kita lihat negara-negara membangun yang lain pun, hak air ini diberikan kepada kerajaan atau pun rakyat, bukannya syarikat konsesi,” katanya yang juga aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care.

Antara lain, persefahaman MoU membolehkan projek Loji Rawatan Air 2 dan Sistem Agihan (LRAL2) diteruskan.

Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan negeri bagi menjayakan projek LRAL2.EZ

Sah: Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

MALAYSIAKINI




Nampaknya keretakan dalam PKR semakin meluas apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan malam ini akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu.


Bagaimanapun, katanya, kempen untuk jawatan tersebut akan bermula selepas pilihan raya kecil DUN Kajang.

Katanya, ia kerana beliau tidak mahu dilihat mengutamakan diri daripada parti.

"Sebab perjuangan parti kita ialah perjuangan bersama," katanya ketika berucap di 'Majlis Kasih Bertaut" di kediaman rasminya di Shah Alam malam ini.

Pengumuman Khalid itu mendapat tepukan gemuruh dari kira-kira 250 yang hadir.

Antara pimpinan yang hadir ialah Senator Syed Shahrir Syed Mohamud, Pakar Perlembagaan Prof Dr Abd Aziz Bari, bekas pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, calon ketua AMK Nazree Yunos, ahli jawatankuasa pusat Dr Mohd Rafie Abdul Malik dan Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar Zainuddin.

Khalid turut berkata beliau telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR.

"Saya dah cakap dengan pimpinan parti dan mereka tiada halangan saya bertanding," katanya ketika ditemui wartawan selepas itu.

Pemilihan kepimpinan PKR itu akan bermula pada 4 April hingga 11 Mei depan.

Setiausaha politik menteri besar, Azman Abidin ketika dihubungi petang tadi mengenai perrkara itu berkata: "Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden."

Jemputan rasmi ke majlis malam ini tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mengumumkan beliau sedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang
dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Azmin tidak dapat dihubungi, tetapi seorang pembantunya memaklumkan keada Malaysiakini bahawa MP Gombak itu tidak ada sebarang komen.

Ditanya sama ada Azmin (kanan) akan mempertahankan
jawatannya, pembantunya itu berkata: "Kami akan umumkan kemudian."

Wabak denggi kini fenomena serantau

SELANGORKINI


SHAH ALAM : Statistik peningkatan wabak denggi yang dicatatkan di beberapa buah negeri di Malaysia adalah fenomena serantau yang turut dihadapi negara jiran antaranya Singapura, Laos dan Vietnam.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, sebagai sebuah negeri maju, Selangor turut tidak terlepas daripada berdepan masalah itu berikutan kepadatan penduduk yang semakin bertambah.

daroyah aedesKatanya meskipun Selangor mencatat kes demam denggi tertinggi di negara ini pada tahun 2013, namun hanya 24 kematian direkodkan sepanjang tahun itu berbanding negeri-negeri lain.

“Walaupun kes yang dilaporkan rendah di negeri-negeri lain, namun angka kematian yang dicatatkan adalah jauh lebih tinggi dari Selangor.

“Sebagai contoh, Selangor mencatat kes denggi tertinggi sebanyak 23,852 kes, tetapi hanya 24 kes kematian direkodkan sepanjang tahun itu, berbanding Johor yang merekodkan angka kematian sama walaupun mereka hanya mencatatkan 4,828 kes denggi sepanjang tahun.

“Ini menunjukkan bahawa Selangor berjaya mengawal wabak tersebut dari menyebabkan terlalu banyak kematian,” katanya kepada Keadilan Daily.

Daroyah berkata draf statistik wabak denggi di seluruh dunia mula meningkat sejak Mei tahun lalu dan masih tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda penurunan sehingga kini.

Beliau dalam pada itu turut membidas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang mendakwa agensi Kerajaan Negeri tidak memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan sehingga menyebabkan peningkatan kes demam denggi di negeri itu.

Katanya Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memantau dan mengawal wabak itu daripada terus menular dengan memastikan tahap kebersihan negeri kekal di tahap terbaik.

“Kerajaan Negeri berharap agar rakyat di negeri ini dapat menjiwai budaya hidup sihat dan bersih seterusnya melaksanakan konsep yang kita gariskan iaitu kebersihan setiap hari, setiap masa dan dimana jua,” katanya lagi.

Bagi tahun ini sehingga 22 Februari 2014, sejumlah 8936 kes denggi yang disahkan melalui ujian makmal dilaporkan di Selangor.

Daerah Petaling kekal merekodkan beban kes denggi tertinggi iaitu sebanyak (3989 kes), diikuti Hulu Langat (2438 kes), Klang (1115 kes) dan Gombak (954 kes).EZY

Masyarakat digesa gotong-royong bersih rumah atasi wabak denggi

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Orang ramai digesa supaya giat menjalankan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan persekitaran rumah selain mengawasi takungan air di kawasan kediaman bagi mengatasi wabak denggi yang semakin serius.

Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari, berkata penyakit demam denggi perlu diatasi secara kolektif dan bukannya sekadar berharap kepada jabatan kesihatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun wakil rakyat semata-mata.

yaakob interview yellow stripe 01Katanya masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan langkah pencegahan awal dapat dilaksanakan apatah lagi Selangor memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

“Pengawasan juga hendaklah diberikan bagi rumah kosong, kawasan pembangunan, rumah tinggal pekerja kontrak dan kawasan hot spot yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Selangor mempunyai 5.6 juta penduduk dan ini merupakan salah satu sebab Selangor mencatat kes denggi tertinggi di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Yaakob berkata penyelesaian wabak denggi perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan baru berikutan kaedah semburan asap ternyata tidak lagi berkesan.

Beliau turut bersetuju supaya peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) yang diperuntukkan untuk Dun Kota Anggerik digunakan bagi membaiki longkang di bandar Shah Alam.

“Saya melihat seperti ada toleransi di antara musim panas dan wabak denggi, justeru saya cadangkan supaya perkara ini dilihat dari aspek kejuruteraan seperti longkang-longkang di seluruh Shah Alam.

“Banyak longkang yang telah pecah dipenuhi daun-daun dan saluran, manakala kawasan penangkap pasir menakung air,” katanya lagi.

Sehingga 22 Februari lepas, Selangor mencatatkan 11 kes kematian akibat demam denggi.

Empat daerah utama yang menunjukkan beban kes denggi tertinggi adalah daerah Petaling dengan 2738 kes, Hulu Langat (1784 kes), Gombak (644 kes) dan Klang (775 kes).EZY