HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Disember 2015

Jangkitan HIV menerusi hubungan seks meningkat, kalangan penagih berkurangan

Tan Su Lin, Astro Awani
Jangkitan HIV menerusi hubungan seks meningkat, kalangan penagih berkurangan
Jangkitan menerusi seks sahaja menyumbang lebih 78 peratus kes baharu tahun lalu, satu peningkatan amat drastik berbanding hanya 25 peratus kes pada 2005. -Gambar hiasan/AFP
 
 
KUALA LUMPUR: Sekiranya 10 tahun dahulu, kebanyakan kes jangkitan HIV AIDS di negara ini membabitkan golongan penagih dadah, namun kini trend jangkitan HIV sudah berubah kepada kaedah hubungan seks.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, jangkitan menerusi seks sahaja menyumbang lebih 78 peratus kes baharu tahun lalu, satu peningkatan amat drastik berbanding hanya 25 peratus kes pada 2005.

Daripada faktor jangkitan menerusi hubungan seks, 50 peratus adalah menerusi hubungan heteroseksual, manakala 28 peratus adalah melalui hubungan homoseksual.

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berkata program pertukaran jarum dan alat suntikan serta terapi gantian Metadon di bawah program kemudaratan telah berjaya mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Namun tumpuan kini perlu diberikan bagi mengelak jangkitan HIV daripada penagih dadah kepada pasangan mereka.

"Apa yang kami lihat adalah sekiranya dahulu jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah amat tinggi, namun sekarang ia telah beralih kepada pasangan mereka," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Dr Adeeba turut menarik perhatian tentang trend peningkatan jangkitan HIV menerusi hubungan seks sesama lelaki (MSM).

Jangkitan HIV melalui hubungan homoseksual meningkat hampir tiga kali ganda kepada 984 kes pada 2014 berbanding 301 kes lima tahun sebelumnya.

Namun akibat stigma masyarakat, ramai yang dijangkiti HIV masih enggan tampil mendapatkan rawatan awal.

"Salah satu faktor mereka tidak mendedahkan status oleh sebab stigma kerana mereka HIV positif dan kedua, stigma sebagai penguna dadah. Jadi kita tahu mereka tidak akan memberitahu pasangan mereka sehingga terlambat," katanya.

Yang pasti, tumpuan perlu diberikan kepada golongan berisiko ini bagi mengawal jangkitan baharu HIV.

"Kita perlu tingkatkan usaha kesedaran, pemerkasaan, penggunaan kondom, khususnya dalam kalangan pekerja seks dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

"Paling penting bagaimana menghapuskan stigma agar lebih ramai akan tampil untuk menjalani ujian saringan HIV serta mendapatkan rawatan," katanya.
Biarpun jumlah kes HIV secara keseluruhan di negara ini menurun, epidemik AIDS masih belum berakhir.

Kajian menunjukkan dengan pengesanan dan rawatan awal, jangkitan HIV dapat dicegah daripada menular.

Sokong Anwar bukan sebab sudah insaf, kata Khairuddin

 
Beliau mahu menyatukan pemimpin Melayu yang semakin berpecah dan membangunkan negara yang kini di ambang kehancuran.


khairudin


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyokong supaya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara bukan disebabkan sudah insaf atau disebabkan rasa bersalah.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berkata, beliau mahu Anwar dibebaskan kerana ingin menyatupadukan pemimpin-peminpin Melayu yang dilihat semakin berpecah.

Selain itu, beliau mahu membangunkan semula negara yang dilihat di ambang kehancuran.

“Atas dasar inilah saya kata menyokong mana-mana usaha untuk membebaskan Anwar dari Penjara Sungai Buloh.

“Ia tiada kaitan dengan perasaan rasa bersalah ataupun insaf. Ini bukan isunya,” tulisnya di laman Facebook.

Beliau berkata demikian menafikan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa Khairuddin mungkin sudah insaf apabila menggesa kerajaan membebaskan Anwar dari penjara.

Mengulas lanjut, Khairuddin juga berkata, sudah masanya untuk semua pemimpin-pemimpin Melayu bersatu padu dan mengenepikan agenda bagi kepentingan politik masing-masing.

Beliau juga mahu cara pentadbiran negara yang progresif serta berdaya maju seperti ketika zaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah negara selama 22 tahun diwujudkan semula.

“Kita tidak harus toleh ke belakang tetapi kena pandang jauh ke hadapan untuk menyelamatkan negara ini dari terus terhumban ke lembah kehancuran.

“Bersatu hati secara jujur dan bertanggungjawab untuk kita sama-sama singkirkan semua pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah. Rasuah dan penyelewengan mesti dibanteras hingga ke akar umbi.

“Perpaduan ummah akan menguatkan semula kita secara bersama tanpa kira apa bangsa ataupun agama kita,” tegasnya.

Pas yakin rampas kembali Kedah dan Terengganu – Nik Abduh

 
Keyakinan itu dilihat apabila Pas sudah mula diterima rakyat setelah menolak mereka UMNO dan Barisan Nasional 


PAS


PETALING JAYA: Pas yakin akan merampas kembali negeri Kedah dan Terengganu yang pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti selain, mengekalkan negeri Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

Keyakinan itu disuarakan, Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila menyatakan, aura parti Islam itu semakin diterima rakyat.

“Pas insyallah, akan memenangi PRU-14 nanti dan akan kembali menguasai negeri Terengganu dan Kedah selain terus mengekalkan kemenangannya di Kelantan. Pas juga akan menambah kekuatannya di beberapa negeri termasuk di pantai barat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, peluang Pas untuk menawan hari rakyat amat terbuka, setelah rakyat sudah mula menolak UMNO susulan daripada pelbagai kememelut yang dihadapi pada ketika ini,
termasuklah skandal yang melibatkan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

“Selain saingan Pas iaitu UMNO yang semakin gagal menawan hati rakyat dengan persembahan semakin buruk, kami yakin rakyat Malaysia, terutama jentera dan kaki tangan kerajaan telah bersedia untuk menerima kehadiran Pas dalam pemerintahan di seluruh negara.

“Rakyat Malaysia baik. Hanya yang sedang merosakkannya adalah anasir-anasir perosak yang tidak dihalang, bahkan dijaga oleh UMNO dan BN,” tulisnya.

Terdahulu, Nik Abduh berkata,rakyat Kelantan sesekali tidak akan membenarkan kerajaan Pas tumbang, apabila UMNO negeri itu menyuarakan keyakinan untuk menang setelah ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Parkir hospital dicaj, elak salah guna awam

 
Kementerian Kesihatan sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian. 


parking


PETALING JAYA: Sebagai langkah mengelak mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat parkir di hospital, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengenakan caj.

Bayaran tersebut akan dikenakan bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementeriannya sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian.

“Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan,” katanya, lapor Mstar.

Hilmi berkata demikian menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan tentang penyalahgunaan parkir di hospital oleh orang awam yang tidak mempunyai urusan di hospital.

Dalam pada itu, Dr Hilmi juga mengesahkan pihaknya sedang berurusan mengeluarkan tender bagi menambah bilangan parkir tambahan di semua hospital diseluruh negara.

Turut dipersoal ialah status Hospital Sarawak oleh Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin).

“Kementerian sedang dalam perancangan untuk membina blok jagaan harian, blok patologi dan tempat letak kereta bertingkat yang bakal dilaksanakan secara kerjasama pihak awam dan swasta.

“Pembinaan blok jagaan harian akan melibatkan tujuh buah dewan pembedahan, empat bilik endoskopi serta kemudahan wad yang diperlukan untuk memberi rawatan harian,” katanya lagi.

Blok tempat letak kereta bertingkat yang menelan kos RM351 juta itu dijangka memuatkan 1,750 lot yang turut melibatkan pembinaan kemudahan medihotel dengan kapasiti 160 bilik.

Selangor, Kedah 
tidak ikut jejak Johor

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Selangor dan Kedah tidak berhasrat mengikut langkah Johor mengharamkan penggunaan semua produk vape di negeri itu berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
 
Di Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ean Yong Hian Wah berkata, larangan tersebut tidak akan dikeluarkan buat masa ini memandangkan masih belum wujud sebarang undang-undang khusus yang menyekat penjualan produk berkenaan di negeri ini.
 
Menurutnya, kuasa kerajaan negeri hanya terbatas kepada soal pelesenan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala larangan terhadap penjualan produk tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.
 
“Setakat ini belum ada undang-undang yang melarang penjualan produk rokok elektronik dikuatkuasakan termasuklah di negeri ini. Bagi kerajaan negeri, kita tidak ada kuasa untuk menutup dan melarang penjualan atau penggunaan produk rokok elektronik.
 
“Sekiranya undang-undang larangan itu telah ada dan dikuatkuasakan, maka tiada lesen akan dikeluarkan oleh PBT untuk premis penjualan produk tersebut,” katanya.
 
Kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya penggunaan semua produk vape diharamkan di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi tanpa sebarang alasan.
 
Pendirian sama diambil oleh kerajaan negeri Kedah apabila menyerahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dalam urusan membabitkan vape sama ada dari segi penguatkuasaan atau tindakan lain.
 
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Tenaga Manusia dan Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lalu telah memutuskan hukum menghisap vape dan shisha adalah haram.
 
“Hukum menghisap vape telah diputuskan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah kerana banyak keburukannya dan fatwa ini akan diwartakan dalam tempoh terdekat.
 
“Kita serahkan kepada MAIK untuk urusan selanjutnya dan buat masa ini kita belum mengambil langkah untuk mengharamkan penjualannya di negeri ini seperti yang sudah dilakukan di Johor,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Aman.
 
 

Lelaki mengaku bersalah rogol adik ipar berusia 11

MA;AYSIAKINI


 


Seorang lelaki berusia 35 tahun mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol adik iparnya yang hanya berusia 11 tahun.

Menurut laporan akhbar New Straits Times, penganggur itu membuat pengakuan berkenaan di Mahkamah Sesyen Seremban semalam.

Dia dikatakan merogol gadis bawah umur itu di sebuah rumah di Port Dickson pada 1 September dan 23 November.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun. Dia juga boleh dikenakan sebatan.

Tertuduh itu tidak diwakili dan mahkamah menetapkan 30 Disember untuk menjatuhkan hukuman.

Minggu lalu, akhbar berbahasa Melayu, Harian Metro, melaporkan bahawa lelaki itu, yang berkahwin dengan seorang kurang upaya berumur 14 tahun telah ditangkap kerana merogol adik isterinya.

Dilaporkan bahawa lelaki itu turut memaksa isterinya yang di bawah umur, merakamkan adengan rogol itu dengan menggunakan kamera video.

Akhbar tabloid itu juga memetik sumber yang berkata rakaman itu kemudian disalin ke VCD oleh lelaki berkenaan yang menjualnya kepada kawan-kawannya.

Sumber itu berkata, perkara itu terbongkar apabila rakaman itu diedarkan melalui aplikasi WhatsApp.


Polis selesai siasat kes Dr Mashitah




Mashitah Ibrahim
Dr Mashitah Ibrahim


KUALA LUMPUR - Pihak polis telah selesai menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung kenyataan kontroversi beliau mengenai isu al-Quran dibakar oleh komuniti Cina Kuala Kedah.

Melalui kenyataan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa perkara itu juga sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

‎"Pihak polis memandang serius perkara yang ditakrifkan sebagai menghasut terutamanya yang melibatkan sensitiviti perkauman dan agama tanpa mengira kedudukan seseorang yang mengeluarkan pernyataan tersebut.

"Berhubung dengan kenyataan dikeluarkan Datuk Dr Mashitah ibrahim yang menyatakan komuniti Cina di Kuala Kedah telah membakar al-Quran, pelbagai pihak tampil membantah dan siasatan telah dijalankan dibawah report 20032/2015 bertarikh 5  Disember 2014 di bawah seksyen 505 (b) Kanun keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan, yang mendatangkan khianat awan siasatan telah lengkap dan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari 2015 dan menunggu arahan selanjutnya," ‎katanya hari ini.

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) yang bertanyakan perihal apakah hasil hiasatan terhadap Mashitah, dan tindakan yang telah diambil.

Terdahulu, Mashitah dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 telah mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Kuala Kedah telah membakar al-Quran bagi upacara keagamaan sehingga menimbulkan kontroversi.


Culik: Tujuh anggota polis antara ditahan

SINAR HARIAN


Kes Culik
Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Seramai 15 individu termasuk tujuh anggota polis ditahan dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang ahli perniagaan warga Iran pada 23 November lepas.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, ahli perniagaan industri minyak dan gas itu telah diculik di Jalan Ampang Hilir di sini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, mangsa kemudiannya dibebaskan pada 25 November lepas.

"Tiada wang tebusan diminta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, cawangan Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menahan 15 individu berusia antara 26 hingga 55 tahun.

"Seorang daripada suspek merupakan wanita dan mereka ini ditahan pada 25 dan 26 November. Motif kejadian dipercayai bersabit perbalahan mengenai hutang," katanya.

Hong Soon‎ berkata, kes berkenaan disiasat dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan  kerana menculik dan kini ditahan direman selama sembilan hari bermula tarikh tangkapan. - Bernama

Johor tidak cedok bajet Selangor

SINAR HARIAN


Khaled Nordin
Khaled Nordin
 
 
NUSAJAYA - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan Bajet Johor 2016 yang dibentangkan 19 November lepas tidak mencedok idea bajet Selangor atau mana-mana negeri lain seperti yang didakwa sesetengah pihak.  

Mohamed Khaled berkata Johor tidak pernah memandang Selangor sebagai perbandingan dan teladan yang baik untuk Johor malah Johor berada dalam 'liga' berlainan serta tersendiri yang akan menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia.

"Agak melucukan apabila selepas Bajet Johor 2016 dibentang, ada pihak tampil mendakwa bahawa kita (Johor) menyedut dan mencedok idea daripada Bajet Selangor 2016.

"Takkanlah untuk menjadi ekonomi paling maju di Malaysia, kita ingin mencontohi Selangor sedangkan Singapura hanya 20 minit dari Johor Baharu," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata menyemak kembali Bajet Johor 2015 dan 2014, Johor sudah mula menggunakan pendekatan pembangunan dan pertumbuhan inklusif sebelum mana-mana negeri lain menggunakannya.

Beliau berkata, Johor mempunyai agenda terancang dan tidak pernah merangka Bajet Johor secara terpisah-pisah dan bercanggah dari perancangan sebelumnya.  

Mohamed Khaled berkata hanya mereka yang tidak mahu mengakui pencapaian serta merit akan menggunakan alasan dangkal untuk menidakkan sesuatu yang baik.

Menurutnya perkara yang sudah dimulakan sebelum ini, kini diteruskan dengan beberapa pemantapan seperti penambahan Rumah Mampu Milik Johor, program merancakkan keusahawanan serta penambahbaikan bantuan menangani kos sara hidup golongan tertentu seperti nelayan dan anak yatim. - Bernama


Rayuan veteran Umno kepada Muhyiddin


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
 
SHAH ALAM - Veteran Umno  merayu kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri  Muhyiddin Yasin, supaya bertenang dan bersabar semasa menghadapi dugaan yang mencabar sekarang.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya yakin, seorang pemimpin yang banyak berpengalaman dan pernah melalui liku-liku pahit manis dalam Umno, akan sentiasa berlapang dada.

"Oleh itu, atas nama perpaduan dan keutuhan parti, veteran dengan rendah diri memohon Tan Sri Muhyiddin bertenang dan meneruskan tugas dan kerjanya kepada parti seperti yang beliau janjikan sebelum ini," katanya.

Mustapha berkata tindakan ‎berdiam diri bukan bermakna mengalah.

Katanya lagi,  dalam mana-mana organisasi pun tidak semua cadangan akan diterima dalam  mesyuarat.

"Pengerusi juga sering mendapat tentangan ahli jawatankuasa. Tapi demokrasi menentukan pandangan majoriti yang diterima. Oleh itu, pihak minoriti mestilah menerima keputusan itu sebagai keputusan bersama," katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, pihaknya amat bimbang, pertelagahan dalam pucuk pimpinan Umno ini sekiranya berterusan dan akan memberi kesan buruk kepada parti serta PRU14 nanti.

"Veteran yakin, Tan Sri Muhyiddin tidak mahu melihat Umno kecundang nanti, kerana kecundangnya Umno bermakna kegagalan beliau sebagai timbalan presiden. Tan Sri  Muhyiddin pernah menjadi pemimpin Umno yang berjaya, dan beliau juga mampu menjadi seorang pengikut yang setia," katanya.

Oleh itu, Mustapha berkata, demi Melayu, Umno dan Islam, veteran berharap Muhyiddin dapat betenang dan berlapang dada.

"Veteran tidak mahu kehilangan mana-mana pemimpin yang telah banyak berjasa kepada parti. Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai naib presiden tetap kami hormati dan sanjungi selagi mereka berdua kekal dijawatan itu," katanya.