Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, ahli perniagaan industri minyak dan gas itu telah diculik di Jalan Ampang Hilir di sini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, mangsa kemudiannya dibebaskan pada 25 November lepas.
"Tiada wang tebusan diminta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan itu, cawangan Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menahan 15 individu berusia antara 26 hingga 55 tahun.
"Seorang daripada suspek merupakan wanita dan mereka ini ditahan pada 25 dan 26 November. Motif kejadian dipercayai bersabit perbalahan mengenai hutang," katanya.
Hong Soon berkata, kes berkenaan disiasat dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan kini ditahan direman selama sembilan hari bermula tarikh tangkapan. - Bernama
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan