HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Februari 2017

Facebook Najib kena serangan '20¢'

MALAYSIAKINI


Laman sosial Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON95 sebanyak 20sen mulai tengah malam tadi.

Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.

Ramai pengguna menampal beratus-ratus simbol itu dalam satu komen. Tiada ulasan lain diberikan.

Di status terkini Najib yang mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang berkhidmat di musim perayaan misalnya, hampir semua komen meletakkan simbol 20sen.

Setakat berita ini ditulis, hanya dua pengguna maya sahaja yang memberi komen berbeza, iaitu:
Halimah Said: Saya suka gambar ini.

Hairil Afzal: Janji 'dicapati... tembolok sendiri dipenuhi.

Bukan itu sahaja, gambar profil beliau juga menerima menjadi mangsa 'spam' itu.

Kenaikan terbaru itu berkuat kuasa sejak 12 tengah malam tadi dan menjadikan harga minyak berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2016.

Harga runcit petrol RON95 kini menjadi RM2.30 seliter, RON97 (RM2.60 seliter) dan diesel naik 10sen kepada RM2.15 seliter, mulai tengah malam ini.

Najib setakat ini belum mengulas berhubung kenaikan harga itu.

Kerajaan menggunakan sistem apungan terkawal yang mengambil kira pelbagai faktor untuk menentukan harga minyak, termasuk harga minyak mentah dunia, kekuatan mata wang negara serta purata harga untuk bulan sebelumnya.

Pembangkang hari ini turut menuntut Najib memberikan penjelasan mengapa harga petrol naik 20sen ketika harga minyak mentah Brent dunia merosot pada Januari, kepada AS$55.86 bagi setiap tong.

Jangan pesong fakta, kata DAP pada Ulama PAS

MALAYSIAKINI


DAP membidas kembali Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali yang mendakwa pemimpin popularnya Lim Kit Siang keliru antara kata sepakat dengan keputusan majoriti semasa kedua-dua parti bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata tiada sesiapa pun mempertikaikan bahawa hanya keputusan sebulat suara akan diterima pakai sebagai agenda Pakatan.

Bagaimanapun, katanya, dalam kes pemilihan nama pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum ini, PAS yang melanggar kesepakatan yang dicapai.

“Daripada kenyataan Khairuddin, nampak seperti beliau bercakap benar tentang apa yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan, contohnya 'kesepakatan' atas pelantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor.

“Atau mungkin beliau sedar, tetapi kerana untuk menyokong Hadi membabi buta, beliau bersedia memesongkan fakta?

“Satu-satunya fakta yang tidak boleh dipesongnya apabila PAS membuat pusingan U dalam pelantikan Azizah sebagai MB Selangor,” kata Kok.

Kok juga berhujah, perpecahan Pakatan turut disumbangkan oleh keputusan sendiri Hadi dan bukan pemahaman DAP tentang kata muafakat dan keputusan majoriti.

Khairuddin semalam mendakwa Lim keliru antara prinsip majoriti dan kata sepakat yang dipilih Pakatan.
Dalam kes Khalid, kata Khairuddin, PAS bukan menentang kesepakatan tetapi “hak ahli dalam prinsip konsensus”.

“Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti,” katanya.


Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

 
Òleh Mohd Sayuti Omar


Ismail Sabri Yaakub menteri yang bertanggungjawab terhadap Mara kata dia tidak dimaklumkan mengenai penggantungan tugas Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara dan juga Pengerusi Pelaburan Mara.
 
Tambah beliau lagi dipetik, beliau tahu ada mesyuarat ahli majlis Mara hari ini tetapi tidak mengetahui apakah agendanya. Apakah kedudukan ahli majlis Mara tidak dibawah penyeliaan Ismail Sabri selaku menteri?

Dalam pada itu Ismail Sabri juga tidak tahu apakah ahli majlis ada kuasa menggantung atau memecat Annuar kerana setahunya pelantikan pengerusi atau pemecatannya dibawah bidang kuasanya selaku menteri dan diketahui oloh perdana menteri.

Beliau memberi jawaban bodoh mengatakan dia akan merujuk kepada Penasihat Undang-undang dan juga sedang menunggu laporan (pemakluman) oleh ahli Majlis Mara. Logiknya apabila ahli majlis mengada mesyuarat dan memutuskan apa yang diputus itu tentu mereka ada kuasa, atau klusa dalam Akta Mara mengenainya.

Penjelasan dan pengakuan Ismail Sabri itu sedikit anih bunyinya. Masakan seorang menteri tidak membaca Akta Mara sedalam-dalamnya. Dangkal lagi kalau diukurkan dengan latar belakang beliau sebagai seorang peguam di mana hal-hal bersangkutan akta dan undang-undang begitu sepatutnya jadi "nasi dan budu" sahaja kepadanya.

Justeru alasan itu sangat dangkal, menggambarkan akan kelemahannya sebagai menteri. Ia juga menunjukkan beliau bersikap lepas tangan, dengan apa yang berlaku dalam Mara termasuki mengenai tajaan kepada Red Warrior itu diluar pengetahuannya. Kalau begitu patutlah dengan mudah Annuar pergunakan kedudukannya untuk menggunakan wang Mara untuk bola sepak Kelantan?

Mungkin kalau tidak kerana pendedahan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim perkara itu lenyap dalam musim banjir begitu sahaja. Jutaan ringgit lagi wang Mara tidak diketahui hilang entah ke mana?

Apakah demikian sikap dan rupa menteri kabinet dibawah Najib Razak. Boleh melepas tangan dan tanggungjawab dengan mengatakan; tidak tahu sahaja. Apa yang berlaku kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini apabila berlaku penyelewengan oleh pegawai KKBS bernilai ratusan juta ringgit, Khairy juga menjawab mudah, dia tidak tahu. Tampaknya jawaban itu diterima pakai sama oleh Ismail Sabri.

Apa gunanya mereka diletak di situ, diharap menjaga kepentingan rakyat dan negara  kalau semua perkara yang berlaku dalam kementerian sendiri, sehingga wang rakyat ratusan juta hilang pun tidak diketahui? Atau sindrom tidak tahu ini berlaku sejak kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam akaun Najib yang mana kejadian itu sebagai menghalalkan alasan mereka, yang berdalih tidak tahu itu.

Tindakan menggantungkan tugas pengerusi Mara dan pengerusi pelaburan Mara dipegang Annuar oleh ahli Majlis Mara itu satu tindakan berani dan patut dipuji. Syabas ahli Majlis Mara. Tindakan itu patut dialu-alukan. Cuma jangan pula selepas ini ahli majlis yang menggantung jawatan Anuar itu diambil tindakan sebaliknya Anwar pulang dari New Zeland nanti dengan senyum dan tawa.

Dan sehubungan dengan tindakan ahli majlis itu, satu laporan kepada SPRM patut dilakukan segera. Ismail Sabri pula perlu bersikap terbuka dan telus membuka pintu Mara seluas-luasnya untuk disiat. Apabila ahli Majlis sudah memutuskan menggantungkan tugas dan kuasa Annuar bermakna ia sudah ada prima facie. Semolek-moleknya semua ahli majlis ke SPRM dan bawa segala maklumat bersangkutan. Buat laporan.

Apa yang pernah dilakukan Annuar sebelum ini dia hadir ke pejabat SPRM untuk serah dokumen pembelian hartanah Mara di Australia perlu diteladani. Cara Annuar itu untuk menggambarkan dia bersih dan bertanggungjawab, maka aksi sama patut dilakukan oleh ahli Majlis Mara ke atas Annuar.

Kita tidak mahu dalam kes di Mara ini ia sama dengan kes-kes sebelum ini termasuk pernah melibatkan Annuar semasa beliau menjadi menteri dahulu dimana orang lain makan nangka orang lain kena getah.`http://msomelayu.blogspot.my

Selangor, Pulau Pinang akan ikut Sabah adakan pilihan raya awal

 
Oleh V Anbalagan

PETALING JAYA: Selangor dan Pulau Pinang akan mengikut jejak Sabah mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) boleh mengekalkan kuasa mereka, kata pakar undang-undang.
Dr Abdul Aziz Bari berkata, keputusan mengadakan PRN awal oleh PH juga perlu bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung tindakan kerajaan Selangor mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula.

“Jika Selangor gagal, pucuk pimpinan PH akan memilih untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat berdasarkan kawasan pilihan raya semasa,” katanya kepada FMT.

Aziz mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menepis laporan media pada minggu lalu mengatakan PRN mungkin diadakan di Sabah seawal April ini.

“Kita tidak ada keputusan, malah belum ada keputusan berhubung sama ada pilihan raya negeri awal akan dibuat di Sabah atau tidak. Jadi, pada kedudukannya ia masih spekulasi setakat ini,” kata presiden Umno itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu, Jumaat lalu.

FMT difahamkan walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan tambahan 12 kerusi di bawah cadangan persempadanan semula, ia bagaimanapun perlu dibentangkan di Parlimen untuk mendapat kelulusan pada sidang Mac ini.

Hanya selepas itu, SPR boleh mengadakan PRN untuk 72 kerusi DUN di Sabah.

Aziz berkata, Selangor dan Pulau Pinang mempunyai peluang lebih baik mempertahankan 2 negeri itu pada PRN awal, memandangkan cadangan persempadanan semula tidak memihak kepada mereka.

Ia didedahkan dalam mahkamah baru-baru ini yang SPR mencadangkan 30 kerusi majoriti Melayu di Selangor berbanding hanya 17 kerusi sedia ada yang memihak kepada Barisan Nasional.

Walaupun kerusi majoriti pengundi Cina meningkat daripada 5 kepada 8, kerusi berbilang kaum bagaimanapun berkurangan daripada 34 kepada 18.

“Juga, pembangkang mempunyai prospek lebih baik mencuba peluang di Putrajaya pada pilihan raya umum jika mereka berjaya mengekalkan kedua-dua negeri itu,” katanya.

PRN awal boleh diadakan pada bila-bila dengan persetujuan ketua negeri, walaupun tempoh pemerintahan 5 tahun kerajaan persekutuan dan negeri berakhir pertengahan tahun depan.

PAS-Umno mungkin bergabung elak Kelantan tumbang - DAP

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS berkemungkinan tidak dapat mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), dakwa Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
 
Memetik hasil kajian pihaknya, Chin Tong mendakwa kemungkinan tersebut boleh berlaku jika Amanah mampu memberikan cabaran serius kepada PAS di 10 daripada 31 kerusi DUN yang disandangnya.
 
"Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula mampu memberi saingan di 5 daripada 12 kerusi DUN yang kini disandang oleh Umno, PAS dan Umno mungkin tidak lagi boleh bersenang-lenang dalam bertanding antara satu sama lain di Kelantan.
 
"Hakikatnya PAS mungkin terpaksa membentuk pakatan pilihan raya bersama Umno di Kelantan, sama ada melalui pilihan atau kesesuaian," kata Ching Tong yang juga pengarah pendidikan politik DAP dalam blognya.
 
Pada masa ini, PAS menguasai 31 kerusi DUN di Kelantan setelah Datuk Husam Musa keluar menyertai Amanah, PKR pula memperoleh 1 kerusi DUN manakala Umno memegang 12 kerusi DUN.
 
Mengulas lanjut, Liew berkata, dengan mengandaikan Amanah, PPBM dan PKR tidak bertanding menentang satu sama lain tetapi membentuk gabungan melawan PAS atau Umno atau kedua-duanya dalam pertandingan tiga atau empat penjuru, Pakatan Harapan (PH) dan PPBM bukan di pihak yang kalah.
 
"Jika PAS dan Umno tidak dapat mencari titik perjanjian untuk membentuk pakatan pilihan raya dan berlawan sesama sendiri tetapi PH dan PPBM membentuk kerjasama dengan meletakkan calon tunggal di setiap kerusi maka tidak ada keputusan yang pasti terutama kerusi-kerusi marginal.
 
"Jika PAS dan Umno mengalami penurunan 10 peratus dalam undi mereka ekoran keterlibatan dengan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), mereka masih bertempur dalam pertandingan tiga penjuru, PAS mungkin kehilangan Kelantan manakala Umno boleh ucapkan selamat tinggal kepada impiannya untuk menawan semula negeri itu," jelasnya lagi.
 
Tambah Liew, pada pilihan raya umum 2013, PAS dan PKR kedua-dua mendapat 425,291 undi (55,26 peratus) manakala Barisan Nasional pula menerima 343,416 undi atau 44.62 peratus.
 
"Daripada 32 kerusi PAS, 13 daripadanya dimenangi dengan kurang daripada 55 peratus undi. Daripada 12 kerusi DUN Umno pula, 9 daripadanya dimenangi dengan kurang daripada 55 peratus undi.
 
"Dalam erti kata lain, 23 daripada 45 kerusi DUN Kelantan iaitu lebih sedikit daripada separuh adalah kerusi marginal yang rapuh kepada PAS jika PH dan PPBM membuat gabungan yang mantap manakala Umno dan PAS berlawan antara satu sama lain," katanya.
 
Justeru, tambah Liew, jangan sekali-kali memandang rendah kebijaksanaan politik pengundi Kelantan.
 
"Saya telah bertemu dengan ramai rakyat Kelantan selama ini dan saya amat menghormati tinggi untuk mereka. Jika berlaku perubahan mood di Kelantan, PAS dan Umno akan dipaksa untuk membentuk pakatan," katanya lagi.
 
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
 
Pada masa yang sama, kata Abdul Hadi, parti itu perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah

IKATAN tak minat tanding PRU

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) ditubuhkan bukan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, demikian tegas presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
 
Justeru, katanya soal pembahagian kerusi antara parti itu bersama PAS tidak timbul kerana IKATAN tidak pernah membincangkan perkara berkenaan.
 
"Kami di IKATAN masa saya lancarkan parti dua tahun lalu, saya ada nyatakan bahawa IKATAN adalah sebuah parti untuk generasi akan datang dan bukan parti pilihan raya akan datang. Jadi setakat ni dalam Gagasan Sejahtera, kami tak pernah bincang langsung dari segi pilihan raya atau pembahagian kerusi," katanya kepada Antarapos.
 
Malah ujar Kadir, beliau secara peribadi tidak berminat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Soal pembahagian kerusi untuk PRU14 antara PAS dan IKATAN mula timbul selepas parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan untuk memenangi sebanyk 40 buah kerusi Parlimen.
 
Permintaan PAS ini selepas melihat kerusi yang dimiliki parti itu tidak seimbang antara DAP dan PKR.
 
Pada PRU lalu PAS hanya menang 21 kerusi daripada 76 kerusi yang ditandingi, DAP bertanding 51 kerusi dan menang sebanyak 38 kerusi dan PKR pula menang 30 kerusi daripada 99 kerusi.
 
Sehubungan itu, timbul tanda tanya memandangkan PAS kini bekerjasama dan membentuk blok pembangkang ketiga bersama-sama IKATAN pada Mac 2016.
 
Walau bagaimanapun tambah Kadir lagi, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya parti pimpinannya itu diajak untuk menyertai PRU akan datang.
 
"Mungkin dekat-dekat pilihan raya ada (tetapi) kita tengok keadaanlah.
 
"Itu masa akan tentukan, bila sampai waktunya kita akan tentukan kedudukan tetapi saya sendiri sebagai presiden tak nak bertanding," katanya.
 
 

Kenyataan Jawatankuasa Induk Bersama PAS-PPBM

SELANGOR KINI

pas-bersatu


Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.

Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS

YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM

DAP memang anti Islam





 
Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF


PADA 28 Januari, selepas majlis Hari Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di SPICE, Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah meminta peguamnya mengkaji kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana menyebut bahawa DAP anti Islam.

Pelik kenapa baru sekarang Kit Siang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyifatkan DAP anti Islam sedangkan sebelum ini pelbagai pihak turut menyebut perkara sama. Dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, juga berpendapat DAP anti Islam. Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno pada 10 Disember 2015, Najib menyebut DAP anti perjuangan Islam. Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno pada 1 Disember 2016, Najib menyatakan syiar Islam dan pengamalannya akan tentu diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah.

Perihal DAP anti Islam juga pernah disebut di dalam khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 24 September 2015 yang, di dalam konteks memperkatakan mengenai keperluan umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik,  menyatakan “ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam”.

Lanjutan khutbah tersebut, Pengerusi DAP Pahang waktu itu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, pun memberi kata dua kepada Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk meminta maaf kepada DAP dalam tempoh lima hari, jika tidak DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimanapun, selepas tempoh ini berakhir, hingga sekarang, tindakan undang-undang tidak diambil.

Tidak pelik jika ugutan Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hadi ini juga akan tinggal sebagai ugutan semata-mata. Kit Siang pernah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 April 2013 dan terhadap seorang pemimpin kanan sebuah parti lain pada 1 Januari 2016, tetapi ternyata ia ugutan kosong semata-mata.

Seperti disebut oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang, bahawa dalam beberapa isu membabitkan Islam seperti hudud DAP menentangnya, bermakna DAP menolak hukum Islam. Siapa yang tidak ingat kenyataan Karpal Singh pada 1990, “hudud against my dead body”?

Sikap DAP terhadap Islam tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”. Walhal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah mengisytiharkan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2014 bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Lebih jauh lagi, seperti disebut oleh Najib dalam Perhimpunan Agung Umno 2016, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi”.

Sebab itulah jika dilihat kepada rekod DAP selama ini, perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam, sedangkan, hakikatnya, seperti sering disebut oleh pakar perundangan Islam negara, Almarhum Prof Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim, penganut Islam juga perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup mereka mengikut ajaran Islam.

Sikap DAP terhadap Islam juga tergambar dalam kenyataan Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 berbunyi: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

Mengikut konsep  negara sekular DAP, bantuan untuk aktiviti keagamaan mungkin sahaja akan tetap diberikan kepada umat Islam, sepertimana yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang sekarang asal sahaja aktiviti ini tidak membabitkan aspek-aspek politik. Sebarang perlaksanaan hukum syariah, khususnya hudud, pula sudah semestinya tidak akan dibenar untuk dilaksanakan.

Selain bukti umum yang diberikan terdahulu, termasuk juga penentangan keras DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah yang sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam yang melakukan kesalahan syariah sahaja, sebenarnya terdapat pelbagai contoh spesifik boleh diberikan mengenai sikap DAP yang tidak mesra Islam.

Dalam isu institusi Islam, Zairil Khir Johari telah mempersoalkan dalam portal berita Malay Mail Online pada 27 Jun 2015 kewujudan JAKIM. Lim Kit Siang sendiri telah mengongsi laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 9 November 2015 yang mencadangkan penghapusan JAKIM di dalam blog beliau, sekali gus menjadi petanda persetujuan beliau dengan cadangan tersebut.

Lim Kit Siang telah mempersoalkan pada 1 Februari 2014 kandungan khutbah Jumaat yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi. Begitu juga dengan Tony Pua pada 15 Februari 2014 berkait dengan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine dan kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Qur’an, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, teruatama pada waktu Subuh, kerana, kata beliau, “bahkan juga 1500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

Dalam isu solat hajat, Teresa Kok telah mempersoalkan dalam muka buku beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Ahli EXCO Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

Dalam isu umrah di Mekah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, telah mempersoalkan dalam muka buku beliau pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Mekah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

Dalam isu aurat, Nga Kor Ming telah menyindir dalam muka buku beliau pada Disember 2015 purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’.

Dalam isu murtad, Datuk Ngeh Koo Ham telah mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

Sikap DAP yang tidak mesra Islam ini juga tergambar di dalam tindakannya memutuskan hubungan dengan rakan-rakan pakatannya. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Januari 1995, Barisan Alternatif pada September 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS. ~Harakahdaily

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN)
Universiti Utara Malaysia

Annuar Musa perlu diasingkan dari Umno Kelantan?


 
Oleh Mohd Sayuti Omar

Tindakan ahli Majlis Mara mengambil keputusan sebulat suara untuk menggantungkan tugas Annuar Musa sebagai pengerusi Mara dan juga pengerusi Syarikat Pelaburan Mara sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Umno Kelantan yang waktu ini dilihat berkaca di mata rakyat Kelantan.

Walaupun tindakan majlis Mara itu tidak bermakna Annuar sudah bersalah melakukan salah guna kuasa atau rasuah menerusi kedudukkan sebagai pengerusi Mara dan Presiden Kafa, tetapi "insiden" tersebut sudah pasti ia menimbulkan persepsi buruk kepada batang tubuh ahli Parlimen Ketereh itu.

Walaupun selepas ini mungkin tiada siasatan lanjut oleh SPRM ke atas Annuar misalnya memanggil beliau ke ibu pejabat SPRM sampai direman, tetapi dengan apa yang berlaku telah memberi kesan buruk kepada Ketua Umno bahagian Ketereh itu yang ikut sama mencemarkan suasana baik Umno Kelantan pada masa ini.

Pihak SPRM telah mengesahkan akan menyiasat Annuar berkaitan isu penajaan bola sepak Kelantan (Red Warriors) menerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) UniKel milik Mara. Siasatan itu menurut kenyataan SPRM akan menumpukan kepada hasil siasatan audit dalaman Mara.

Tanggapan umum kepada Annuar telah menjadi buruk dengan apa yang berlaku itu. Apa lagi banyak kes-kes melibatkan orang kenamaan baik dalam kes rasuah atau jenayah boleh "dikarpetkan" begitu sahaja. Contoh terbaik ialah kes penyonglapan dana RM 2.6 juta oleh Najib Razak, ia berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Peguam Negara juga telah membesihkan nama Najib.

Namun walaupun begitu, kalaupun seribu kali nama Najib disamak dan disucikan dengan tujuh air mutlak tetapi persepsi umum tentang beliau menjadi buruk. Di mana-mana sahaja orang bercerita mengenai RM2.6 juta dan dikaitan dengan wang 1MDB. Kalau pun Najib tidak mengambilnya, tetapi tanggapan umum terhadapnya berlaku begitu selagi Najib tidak ikhlas menjelaskannya.

Orang mungkin mendiamkan diri apabila berjumpa Najib tetapi bila paling punggung orang tetap menjebeh mulut kepadanya mengenai perkara itu.

Nah, begitu juga nasib Annuar Musa dalam kes di Mara itu. Kalau pun selepas ini dia tidak diapa-apakan, penggantungan sementara jawatan pengerusi itu dipulihkan, tetapi persepsi orang ramai kepadanya tetap hamis. Orang akan menganggap Annuar seperti mana Najib sebab Annuar adalah Ketua Umno Bahagian, ahli MT Umno dan Ketua Penerangan Umno Malaysia.

Melihat kepada cara Malaysia menangan jenayah oreang besar mungkin Annuar selamat dengan apa yang berlaku. Tetapi sesuatu yang tidak dpat dilupai, kejadian itu telah memberi kesan buruk kepada Umno, khasnya Umno Kelatan. Persepsi buruk itu menyebabkan Umno Kelantan akan tercemar. Noda Annuar akan terleset kepada Umno Kelantan.

Apa lagi hal yang sebegitu pernah berlaku sebelum ini di mana ia terbukti memberi kesan kepada Umno Kelantan. Batang tubuh Annuar telah dijadikan isu dalam setiap kali pilihan raya di Kelantan. Tidak lama dahulu apabila Annuar dikaitkan dengan penyelewengan wang PPRT, ia menjadi isu yang sukar untuk ditepis oleh Umno. Gara-gara nilai setitik itu menyebabkan sebelanga susu Umno rosak.

Oleh yang demikian adalah elok kalau Umno khasnya Umno Kelantan memikir sesuatu untuk membersihkan diri partinya ekoran kejadian menimpa Annuar itu. Tindakan paling afdal sekali dengan tidak memberi peluang kepada Annuar untuk terus terlibat dalam pilihan raya akan datang, baik sebagai calon maupun sebagai jurucakap parti, tukang kempen.

Sekiranya Annuar diberi peluang bertanding ia akan menjejaskan reputasi calon-calon lain. Pihak musuh Umno akan menggunakan isu Annuar itu bagi menggambarkan keburukan Umno di Kelantan. Umno Kelantan perlu sedar kekalahan Annuar Musa dan kegagakan Umno Kelantan dalam dua Piraum 1990 dan 1999 antara lain disebabkan isu-isu peribadi yang dihadapi Annuar.

Pasti kali ini isu peribadi Pengerusi Mara itu akan diungkit lagi. Dalam kempen kelak keretan-keratan akhbar berita mengenai Annuar itu tentu akan diperbesarkan dan dipasang di dinding di seluruh negeri Kelantan.

Kejayaan Annuar memimpin bola sepak Kelantan sehingga memenangi tiga piala untuk satu musim tidak lagi membantu beliau dan Umno Kelantan. Insiden yang berlaku kini memadamkan rekod berkenaan. Budak-budak yang duduk-duduk melepak tepi parit akan mula bersunggut, patutlah Red Warrior menang kerana guna duit Mara?

Justeru adalah elok kalau Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed wajar awal-awal lagi cuba mengasingkan nama Annuar Musa di Ketereh sebagai calon dalam Piraum akan datang dan carilah nama-nama baharu penggantinya yang lebih bersih.

Jangan disebabkan nilai setitik (dengan kejadian menimpa Annuart itu) menyebabkan rosak susu bernama Umno sebelanga.

Dalam hal ini Mustapa harus berani dan tidak berkompromi melakukan sesutau untuk menyelamatkan maruah Umno daripada kes berkenaan jikalau Umno mahu merampas Kelantan dalam Piraum 14 nanti.

Jangan hendaknya keadaan Umno Kelantan yang kini sedang menuju ke garis pemenang, tiba-tiba menjadi kusut di tengah jalan. Mustapa perlu sanggup bersuara dan menegaskan agar Annuar tidak menjadi calon dan terlibat dalam Piraum akan datang. Soalnya beranikah Mustapa? Tindakan ini perlu mendapat sokongan ketua-ketua bahagian lain juga sekiranya semua pihak mahu melihat Umno memerintah Kelantan.

Annuar buat penjelasan apabila pulang dari luar negara

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Annuar Musa akan membuat penjelasan apabila pulang dari New Zealand pada Khamis.
 
Annuar, yang digantung tugas sebagai pengerusi MARA berkata, adalah lebih baik jika beliau memberi penjelasan sebaik sahaja tiba di Malaysia.
 
"Saya masih berada di luar negara buat masa ini dan saya tidak mahu kenyataan saya diputarbelit.
 
"Tunggu sehingga saya pulang," katanya dipetik mStar Online.
 
Dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook, Annuar berkata, beliau kini berada di New Zealand dan akan memendekkan lawatan sebagai tanda patuh terhadap penggantungan tersebut.
 
Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta pada semalam. 
 
Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata keputusan itu bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar, berkaitan tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan. 
 
SPRM juga mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Annuar dalam MARA.