HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Februari 2020

Apabila terompah kayu bersuara

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR 
 
 

ISUNYA ugutan Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming bahawa DAP akan keluar meninggalkan PH jika kerajaan gagal iktiraf sijil UEC.

Ugutan ini sebagaimana saya ulas dalam posting saya terdahulu membuktikan betapa DAP hari ini adalah kuasa penentu dalam kerajaan. Jika tak iktiraf kami akan bertindak keluar maka robohlah kerajaan.

Goyang dan gigillah parti lain yang berada dalam kerajaan termasuklah yang melukut di tepi gantang.

Selepas kenyataan Nga itu tercetuslah polemik benarkah ancaman DAP itu?

Sepatutnya yang perlu ulas dan jelaskan perkara ini adalah kalangan pimpinan DAP sendiri kerana ini melibatkan sikap dan pendirian parti mereka. Adakah kenyataan Nga itu mewakili DAP?

Tiba-tiba yang muncul beri penjelasan bukannya Guan Eng, Anthony Loke, Gobind atau jurucakap DAP. Yang bangkit Mohd Sabu, Presiden PAN, rakan terkecil dalam PH yang barangkali sedang goyang dan gigil kuat.

Ini isu DAP mengapa Mohd Sabu pula yang beri penjelasan.

Terbuktilah PAN cukup kuat mendukung DAP hingga rumahtangga dan apa dalam kelambu DAP mereka tahu jika tidak masakan Mohd Sabu berani bersuara begitu.

Tahniah kerana menzahirkan peranan PAN sebagai terompah kayu DAP yang sebelum ini kita sekadar berteka-teki.  – HARAKAHDAILY

PPSMI MENYERLAHKAN CIRI MAHARAJA MAHATHIR?

Zaid Ibrahim -  Gambar hiasan

Dahulu, ketika 1MDB menjadi isu hangat, Zaid Ibrahim (sekarang Pengerusi DAP Kelantan) pernah melabelkan Najib Razak memimpin negara bak seorang maharaja.

Najib dilabelnya sedemikian kerana dilihat mentadbir negara ini secara berkuasa penuh, tak boleh ditegur dan sesiapa yang menentangnya akan segera dipecat atau disingkirkan.

Daripada satu segi, terutama ketika itu, kata-kata Zaid itu memang ada benarnya.

Itulah juga salah satu sebab mengapa keinginan rakyat menumbangkan BN dan menyingkirkan Najib begitu kuat.

Tetapi, setelah 20 bulan PH menjadi kerajaan dan Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, apa sudah jadi sekarang?

Ciri-ciri maharaja yang sebelumnya ada pada Najib, nampaknya telah mula mencambah dalam diri Perdana Menteri yang bernama Tun Mahathir.

Walaupun sifat maharaja itu sebenarnya telah wujud ketika era 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir sebelum ini, tetapi tentulah tidak disangka setelah maharaja disingkirkan pada PRU14 dengan nafas reformasi dan semangat Malaysia Baru, kini muncul lagi seorang maharaja baru.

Cara Tun Mahathir melaksanakan dasar PPSMI yang diumumkannya semalam betul-betul menampakkan ciri seorang maharaja.

Ini kerana bukan saja perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, malah diumumkan oleh Tun Mahathir yang hanya bertaraf pemangku Menteri Pendidikan.

Lebih daripada itu, mengembalikan dasar PPSMI yang pernah dibatalkan pada 2012 juga bukan sebahagian daripada manifesto PH dalam PRU14 lalu.

Sementara banyak janji manifesto PRU14 belum tertunai, tidak dilaksanakan dan diabaikan begitu saja, melaksanakan PPSMI yang bukan sebahagian janji pilihanraya dan tidak pernah dibincangkan dalam kabinet, tentulah hanya seorang pemimpin yang bersifat maharaja saja mampu melaksanakannya.

Lantaran sifat maharaja itu, maka tidak menghairankan jika yang dijanji adalah pemansuhan tol, namun yang dilaksanakan akhirnya adalah pemanjangan lagi tempoh konsesi selama 20 tahun sehingga tahun 2058.

Dengan ciri-ciri maharaja yang kian menyerlah itu, selagi Tun Mahathir ada di kerusi Perdana Menteri, janganlah diharap terlalu tinggi terhadap janji-janji lalu akan dilaksanakan.

Bukan saja janji tidak dilaksana, malah pembaharuan dalam kerajaan sebagaimana yang dilaung-laungkan sebelum ini, selagi ada Perdana Menterinya bernama Tun Mahathir, hanyalah pemanis kata untuk mendapat sokongan semata-mata.

Dalam diri Tun Mahathir ternampak tiada keinginan sama sekali untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan itu, yang diingininya lebih untuk kembali kepada ciri-ciri PM4 dahulu.

Sebagaimana semasa PM4 dulu beliau banyak berjanji memilih penggantinya, sekarang pun pengganti yang sudah dipersetujui masih kabur lagi untuk menjadi realiti.

Maka, apa lagi yang boleh kita harapkan selagi maharaja ini memimpin negara kita?

Amanah tolak PPSMI, Kabinet belum bincang – Khalid

Kumara Sabapatty
MGF01022020_KHALID-SAMAD-HARI-WILAYAH20
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad bercakap kepada media pada pada Festival Hari Wilayah Persekutuan 2020 dan Bergambar bersama Konvoi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
 

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan pengenalan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Naib Presidennya, Khalid Abdul Samad berkata, cadangan yang dibawa Dr. Mahathir yang merupakan pemangku Menteri Pendidikan itu belum dibincangkan Kabinet.

Bagaimanapun pada dasarnya kata beliau, pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan subjek Sains dan Matematik diajar semula dalam Bahasa Inggeris kecuali terdapat hujah-hujah yang kukuh untuk melaksanakannya.

“Apabila isu PPSMI dibawa semasa zaman BN, pendirian kami jelas iaitu kami percaya bahawa kalau kamu hendak menambahbaik standard Bahasa Inggeris maka kamu mengajar Bahasa Inggeris, dengan menambah waktu pengajarannya, mengajar kesusasteraan Inggeris dan sebagainya.

“Tetapi ia sangat susah untuk orang yang tidak boleh memahami Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka, untuk memahami pengajaran dalam bahasa asing (Inggeris).

“Kamu boleh memberitahu orang di kampung bahawa kami akan mengajar Matematik dan Sains dalam Mandarin dan ia akan lebih efektif kerana memang subjek yang susah difahami perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami tapi kalau kita ajar dalam bahasa yang orang tak faham, susah untuk difahami dan ia menambah kesukarannya.

“Tapi kita terbuka untuk perbincangan, jadi kita nak tengok apa yang dicadangkan (PPSMI). Kalau benar ianya merupakan satu usaha untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan nak dilakukan, maka kita baik dengarlah hujah di sebaliknya,” katanya ketika ditanya pendirian Amanah dalam perkara itu.

Beliau berkata selepas melepaskan 1,500 peserta konvoi motosikal mengibarkan bendera sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Dataran Merdeka petang tadi.

Ditanya sama ada PPSMI dibincangkan Kabinet, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, perkara tersebut hanya disebut tetapi belum dibincangkan.

Menurutnya, sekiranya ia dibawa ke Kabinet pelbagai pihak perlu dibincangkan.

“Jika hendak melaksanakan pun kita tidak boleh melakukannya dalam satu malam sebab kapasiti guru sendiri perlu diorientasikan semula memandangkan selama ini mereka dilatih mengajar dalam bahsa Melayu dan kamu tidak boleh secara tiba-tiba menukar haluan dan mengarahkan esok anda sila ajar dalam Bahasa Inggeris.

“Jika ia (PPSMI) mahu diimplimentasikan, sudah pasti akan dibawa ke Kabinet dan dibincangkan dan saya sangat yakin bahawa PM sebagai seorang yang komited kepada konsep konsensus dalam Kabinet sedar akan situasi semasa tidak sama dengan zaman BN.

“Kita ada pakatan yang kuat yang mana setiap parti mempunyai pendirian tegas dan ia sangat penting untuk membawa isu kontroversi ke Kabinet menerusi debat dan perbincangan sebelum keputusan muktamad dicapai,” katanya. – MalaysiaGazette

Politik berasaskan hikmah

Ustaz Hazizi Ab Rahman

 

Rakyat patut dididik berilmu untuk beradab, bukan cari makan

DALAM sebuah negara demokrasi, ada banyak kelompok yang bersaing mahu didengari. Kalau tak didengari, ada yang bertindak tidak rasional, melakukan tindakan-tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan.

Kumpulan yang berkuasa pula, ambil kesempatan untuk menguatkuasakan pandangan kelompok sendiri.

Kelompok liberal ada pandangan sendiri, kelompok cauvinis Cina ada pandangan sendiri. Kelompok Ikram ada pandangan sendiri, walaupun tak banyak beza dengan liberal.

Kelompok liberal ada pengaruh ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad, begitu juga kelompok ultra Melayu, selain kelompok kapitalis Cina.

Satu kaedah penting untuk menyelesaikan masalah ini ialah sikap akur pada ilmu dan kajian akademik.

Bagi kelompok Islamis, tidak ada masalah untuk akur pada kajian akademik. Ini kerana intipati Islam itu ialah hikmah. Hikmah itu boleh dicari dan dijumpai, jika benar metodologinya dan metodologi itu diikuti dengan benar.

Ada kajian akademik yang mengatakan pesta arak itu bagus? Ada kajian akademik yang mengatakan pemandu mabuk itu bagus? Ada kajian akademik yang mengatakan wang dan kekayaan lebih utama daripada kesihatan dan nyawa? Ada kajian akademik yang mengatakan zina itu bagus?

Kecuali kelompok Islamis celup, apabila puak LGBT pun mahu diraikan, apabila puak mabuk mahu diraikan, apabila puak taksub bina kuil di tanah haram pun nak diraikan.

Sama kes dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Apabila Dr Mahathir yang berkuasa tidak ambil roh yang patuh pada kajian akademik, maka rakyat semakin suka berbalah tak berkesudahan, dalam sebuah negara yang dibanggakan sebagai demokratik.

Tapi itulah hakikatnya, kelemahan paling ketara dan buruk bagi sebuah sistem demokrasi.

Hujah akademik bukan ukuran. Kuasa dan populariti yang menentukan.

Sepatutnya, orang yang berkuasa mendidik rakyat untuk berakademik. Berilmu pengetahuan. Agar hidup beradab. Tetapi kerajaan mendidik rakyat ilmu itu untuk cari makan saja.

*Ustaz Hazizi Ab Rahman -Naib Presiden Berjasa


Keputusan pembelian tanah Kg Baru diumum Jun, kata Khalid


BERNAMA
 
 
 
Pada Oktober tahun lepas, Perbadanan Pembangunan Kampung 
Baru dilaporkan menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada 
penduduk berhubung pembangunan semula kawasan berkenaan 
dan daripada jumlah itu, kira-kira 90% pemilik tanah bersetuju 
dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi.
 
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata keputusan berhubung pembelian tanah bagi pembangunan semula Kampung Baru dijangka dapat diumumkan pada Jun ini.


Menurutnya, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) masih mempergiat usaha memberi penerangan kepada pemilik tanah berhubung skim pilihan tawaran.

“Ini kerana, semua sesi keterlibatan secara kelompok kecil mendapat maklum balas positif.
Kami dapati mereka memahami apa yang sebenarnya ingin kami lakukan, dan hasil daripada itu mereka memberikan persetujuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan kira-kira 1,500 peserta Konvoi Bermotor pelbagai kuasa anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPPWP) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Dataran Merdeka.

Pada Oktober tahun lepas, PKB dilaporkan menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada penduduk berhubung pembangunan semula kawasan berkenaan dan daripada jumlah borang itu, kira-kira 90% pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pula dilapor berkata, tanah di Kampung Baru akan dijual kepada agensi kerajaan untuk dibangunkan, bukan pihak lain dan agensi kerajaan itu pula akan membantu para pemilik tanah berkenaan membangunkannya tanpa mengabaikan ciri-ciri asal lokasi berkenaan.



Saya berjaya kerana PPSMI – Syed Saddiq

Mohammad Arif Nizam
MGF02022020_SYED-SADDIQ-LUNCHEON-TALK07
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berucap pada Program Luncheon Talk di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
 

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mengubah kehidupannya pada hari ini.

Menteri Beliau dan Sukan itu berkata, antara kejayaan yang dicapainya apabila mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris berbanding lemah pada peringkat awal.

Malah jelas beliau, PSSMI juga membolehkan dirinya dan generasi sezaman mengaplikasi ilmu hingga ke menara gading dan alam pekerjaan.

“Pendirian peribadi, saya setuju sebab saya merupakan salah seorang anak muda yang melalui sistem PPSMI dan pada masa sama saya berjaya dididik melalui sistem itu serta akhirnya saya berjaya.

“Pada peringkat awal pun bukan hanya penggunaan Bahasa Inggeris saya sangat lemah tetapi selepas tamatnya pengajian di peringkat tinggi apa yang saya belajar melalui pendidikan PPSMI tersebut juga saya dapat guna pakai ke peringkat universiti sampai ke hari ini.

“PPSMI memang banyak membantu saya dan generasi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Luncheon Talk sempena Program Malaysia Future Leaders School Tier 3 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memangku tugas Menteri Pendidikan untuk memperkenalkan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau akan menyokong usaha Dr Mahathir itu walaupun sedar ia tidak mudah dan tidak popular.

“Tetapi beliau berniat ikhlas untuk memastikan bahawa anak-anak muda khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar dapat diberikan pendidikan yang terbaik, pendedahan yang terbaik supaya akhirnya mereka dan pesaing yang lain apabila masuk ke universiti atau ke alam pekerjaan masa akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

TERKINI : “Ada Orang Pesan Suruh Ganyang Mujahid Cukup-Cukup” – Asyraf Wajdi Dusuki

Mohd Zulfadli Che Aziz
 
KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan beliau hanya ingin berdialog dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata ia bukannya sesi debat dalam menentukan siapa yang menang namun lebih kepada sesi mencari kebenaran.

Polis digesa cari dalang himpunan anti-Syed Saddiq

Kumpulan individu berbaju hitam dan merah mencetuskan kekecohan 
di luar sebuah restoran di Ulu Tiram pada Jumaat lalu ketika 
Syed Saddiq menghadiri program rapat umum dengan Pemuda PPBM.
 
PETALING JAYA: Polis digesa mencari dalang di sebalik kekecohan dan provokasi pada perjumpaan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan ahli sayap itu di Johor kelmarin, ketika spekulasi dan kecaman terhadap insiden itu berterusan.

Ahli politik dan pemerhati menggesa tindakan tegas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff percaya ada dalang di sebalik insiden itu dan pihak terbabit perlu didakwa mengganggu ketenteraman.

Beliau memberitahu FMT mengganggu seseorang makan malam bukan budaya rakyat Malaysia.

Jumaat lalu, kira-kira 200 individu berbaju hitam dan merah mencetuskan kekecohan di luar sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor ketika Pemuda PPBM mengadakan program rapat umum di sana.

Kumpulan itu dilapor mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesak Syed Saddiq keluar dari Johor.

Ahli Parlimen Muar itu terpaksa memanjat pagar untuk keluar dari restoran itu, manakala yang lain cuba mengalihkan perhatian kumpulan kira-kira 200 individu terbabit.

Susulan itu, polis menahan 2 lelaki yang disyaki dalang insiden itu dan siasatan dijalankan di bawah Sekyen 153, 355, 357 dan 506 Kanun Keseksaan kerana memulakan provokasi, serangan dan menakutkan seseorang secara jenayah.

Sebuah pasukan petugas turut ditubuhkan untuk menyiasat kes itu.

Saifuddin ke mesyuarat tergempar OIC bincang Pelan Damai Timur Tengah

Saifuddin Abdullah akan menghadiri mesyuarat tergempar OIC 
di Jeddah, Arab Saudi esok.

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Saifuddin Abdullah akan menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi esok bagi membincangkan pelan damai untuk Israel dan Palestin yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia dalam mesyuarat tergempar terbuka Jawatankuasa Eksekutif pada peringkat menteri luar OIC itu.

“Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat itu adalah bukti komitmen tidak berbelah bahagi negara terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menegaskan semula peranan OIC untuk menamatkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sejak 1967,” menurut kenyataan itu.

Satu “Communique” akhir dijangka diterima pakai sebagai hasil mesyuarat itu.

Pada 28 Jan lalu, Trump mengumumkan Pelan Damai Timur Tengah yang dikenali sebagai “Deal of the Century” mencakupi pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan AS akan mengiktiraf kedaulatan wilayah Israel yang diduduki.

Sementara itu, Malaysia menyeru komuniti antarabangsa memberi komitmen terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menghormati kedaulatan negara Palestin mengikut OIC dan Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta undang-undang antarabangsa.

“Malaysia mengulangi pendiriannya penyelesaian 2 negara adalah satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju bagi konflik Palestin-Israel, iaitu rakyat Palestin dan Israel hidup bersama dengan aman berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin.”

Sabtu, 1 Februari 2020

Syed Saddiq berbohong- Pemuda UMNO Johor

Wartawan MalaysiaGazette
WhatsApp-Image-2020-02-01-at-3
Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Johor menyelar kenyataan biadab Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung dakwaan diserang oleh 200 gangster di sebuah program di Ulu Tiram malam tadi yang dikaitkan dengan UMNO.

Ketua Pemudanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, kenyataan Syed Saddiq itu jelas satu pembohongan yang berniat jahat untuk mengeruhkan keadaan yang bertujuan merosakkan imej UMNO semasa Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu ditolak rakyat ketika ini.

“Siapa tidak kenal dengan menteri tidak matang ini yang sering memgeluarkan kenyataan berunsur penipuan.

“Kes tisu koyak” beliau dengan Papa Gomo juga masih berlangsung di mahkamah, sekarang timbulkan isu baharu pula bagi menarik perhatian umum, rakyat Johor sudah muak dengan wayang murahan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, yang lebih menghairankan, Syed Saddiq dapat mengira jumlah kumpulan yang didakwa samseng itu seramai 200 orang dan mengetahui yang mereka adalah ahli UMNO, hairan bin ajaib.

Mohd. Hairi berkata, rakyat Malaysia secara umum mengetahui kemelut yang berlaku dalam Bersatu terutama menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi termasuk isu wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

“Semakin dekat dengan pemilihan parti semakin banyak wayang dan drama dipercayai akan dimainkan Syed Saddiq untuk menarik perhatian dan sokongan bagi mempertahankan jawatannya selaku Ketua Armada,” katanya.

Justeru, Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis berhubung tuduhan jahat tersebut dan turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan itu iaitu Syed Saddiq.

Kes itu, katanya perlu disiasat di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana memiftnah dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salahguna kemudahan komunikasi untuk sebaran maklumat jelik. – MalaysiaGazette.