HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Disember 2010

MTUC putus pendirian sokong parti politik

FREE MALAYSIA TODAY

syed-shahir_thumbPETALING JAYA: Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan memutuskan pendirian kesatuan sekerja itu untuk menyokong parti mana dalam pilihanraya umum akan datang.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam Majllis Am MTUC. Saya berharap perbincangan akan diadakan secepat mungkin,” kata Presiden MTUC Syed Shahir Mohamud kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan di persidangan perwakilan di sini hari ini.

Beliau menambah, di Eropah kesatuan sekerja membuat pendirian untuk menyokong parti mana dalam pilihanraya di negara mereka.

Kemudian parti yang menang tersebut akan memanggil semula kesatuan sekerja yang menyokong mereka.

Syed Shahir berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai pendirian MTUC dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

MTUC ketika ini mempunyai seramai 500,000 ahli dari 260 badan gabungan.

Dua kumpulan dalam MTUC?

Mengenai dakwaan bahawa MTUC susah hendak menentukan pendirian kerana ada dua kumpulan dalam kesatuan sekerja tersebut, Syed Shahir berkata, perkara ini tidak akan berlaku.

“Banyak perkara seperti membantah kenaikan minyak dan tuntutan gaji minima, kita buat secara bersama,” katanya.

Beberapa pemimpin utama MTUC termasuk Syed Shahir dan calon jawatan Setiausaha Agung, Abdullah Sani Abdul Hamid merupakan penyokong pembangkang.

Syed Shahir adalah ketua cabang PKR Kelana Jaya manakala Abdullah Sani adalah ahli parlimen PKR.

Siasat menteri ‘perogol’, desak MP Pakatan


alex_surat_migrancareOleh Patrick Lee

PETALING JAYA: Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat mendesak agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang menteri telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.

Kes rogol ini dikhabarkan telah disembunyikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.

Menurut penulis blog terkenal Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, dakwaan ini dibuat melalui laman web pendedah WikiLeaks.

“Memandangkan seorang menteri terlibat, kerajaan perlu berterus terang dalam perkara ini. Mereka perlu menjelaskan perkara ini,” kata MP Klang-DAP Charles Santiago.

Tambahnya, meskipun kejadian tersebut berlaku semasa pemerintahan Abdullah, perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab.

“Pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab. Adakah Najib tahu kisah di sebalik kes ini? Ini adalah persoalan yang perlu ditanya,” katanya.

MP Shah Alam – PAS Khalid Samad memberitahu FMT bahawa dia hairan perkara sebegini berlaku semasa pentadbiran Abdullah.

Jika ia benar, ia sangat tragis. Abdullah dilihat sebagai insan yang mempunyai moral tinggi,” kata beliau.

Khalid menambah bahawa dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang dipandang mulia seperti Abdullah boleh membenarkan kes sebegini disembunyikan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa menteri yang didakwa perogol telah dibenarkan untuk meneruskan khidmatnya.

“Saya tidak fikir Malaysia kekurangan pemimpin yang baik dan berkebolehan (supaya mereka boleh) tutup kes ini untuk membolehkannya (perogol) kekal sebagai menteri,” kata beliau.

“Ini satu dakwaan serius. Kerajaan tidak sepatutnya hanya mengetepikannya tetapi perlu mendalami perkara ini.”

Berhati-hati dengan Wikileaks

Para MP juga sangat berwaspada terhadap pendedahan sebegini. MP Balik Pulau-PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata penyiasatan rapi perlu dibuat atas dakwaan dibuat. Sehingga penyiasatan dibuat, sesiapa pun boleh mengatakan apa sahaja mengenai menteri tersebut,” kata beliau.

Yusmadi menambah bahawa penyiasatan memberikan peluang kepada mangsa rogol tampil ke hadapan dengan bukti.

Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi. “Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.

“Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”

Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.

“Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.

“Jika ia disahkan benarkan dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.

Sementara itu, harakahdaily melaporkan, kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali.

Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah.

Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Anwar patut dihukum bukannya saya, Gopalakrishnan desak PKR

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Gambar fail N. Gobalakrishnan

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Padang Serai meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan menggesa tindakan disiplin dikenakan ke atas ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlebih dahulu, bukannya ke atas diri beliau.

Wakil rakyat Padang Serai itu mahu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, dikenakan tindakan disilpin kerana menutup kuil Siva yang terletak di Bukti Gasing, Petaling Jaya.

“Jika tindakan disiplin mahu dikenakan, ia seharusnya dikenakan ke Anwar, pertama kerana menutup kuil Siva di Bukit Gasing dan (Exco Kerajaan Negeri Selangor) Dr Xavier Jeyakumar kerana menggunakan gengster ketika pemilihan PKR baru-baru ini,” kata beliau dalam kenyataan terbaru dikeluarkan pagi ini.

Ketua PKR Padang Serai ini berkata, sepanjang 12 tahun lalu Anwar hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti itu manakala masyarakat India dipinggirkan.

Malah Gopalakrishnan yang tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden berkata, hanya mereka yang rapat dengan beliau dilantik mengisi jawatan-jawatan parti.

“Sepatutnya ada pertimbangan yang sewajarnya bagi masyarakat India dalam parti memandangkan mereka terdiri daripada 40 peratus ahli.

“Adalah jelas Anwar mengamalkan pendekatan pisah dan perintah,” kata Gopalakrishan sambil menambah, jika naib presiden baru N. Surendran mahukan sebarang penjelasan dan bukti mengenai tuduhan-tuduhan itu beliau boleh menghubunginya.

Semalam, Surendran menggesa Gopalakrishnan agar segera menghentikan kecaman dan kritikan ke atas pemimpin-pemimpin PKR.

Gopalakrishnan menggunakan akaun Twitternya untuk mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan timbalan presiden yang baru Azmin Ali sejak hujung minggu lalu.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Gopalakrishnan ketika mesyuarat biro politik awal bulan depan.

Gopalakrishnan berkata pendiriannya menerusi Twitter bukannya “hujah berapa-api” sebagaimana didakwa oleh Surendran.

“Beliau mengatakan bahawa PKR sebuah parti demokratik tetapi saya difahamkan demokrasi hanya diamalkan dengan sikap pilih kasih dalam parti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

“Kenyataan saya bukan sesuatu kosong, tidak berasas ataupun tidak berproduktif. Saya fikir sudah sampai masa bagi saya untuk bercakap melawan ketidakadilan.

“Saya telah melakukan banyak pengorbanan demi memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia. Saya tidak ada agenda peribadi atau hasil dalam melakukan perkara ini. Saya sentiasa berjuang demi keadilan semua khususnya masyarakat India,” kata beliau sambil menambah ia menjadi perjuangannya sejak memulakan kerjaya politik dalam MIC 23 tahun yang lalu.

Saya tak akan tunduk desakan pengikut Syiah, kata Pengarah Jais

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Khusrin Munawi bertegas tidak akan memohon maaf kepada 200 pengikut ajaran Syiah yang ditangkap agensi kerajaan itu dua minggu lalu.

Ini kerana menurut Khusrin, pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa kumpulan itu yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 15 Disember lalu menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah.

“Kita dah ikut kumpulan itu dua tahun, kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Jadi saya tidak akan minta maaf, buat apa nak minta maaf kepada orang yang kita tangkap.

“Kalau berkumpul biasa tiada masalah tapi kalau sudah berkumpul untuk menyebarkan ajaran ini (Syiah) ia memang salah. Sebab itu kita ambil tindakan segera, nanti kalau biar lama-lama jadi makin teruk lagi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu Khusrin mencabar kumpulan ajaran Syiah itu untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati atas penangkapan dilakukan Jais.

“Kalau tidak puas hati, beritahu mahkamah. Kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng.

“Malah dalam Fatwa yang dikeluarkan Selangor juga secara jelas mengatakan ajaran Syiah menyeleweng dan boleh dianggap sebagai kumpulan ajaran sesat,” katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Selangor pada 1998 memutuskan bahawa ajaran Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah. Umat Islam yang menganut ajaran ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Malah Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Semalam kumpulan Kumpulan ajaran Syiah menggesa Khusrin memohon maaf secara terbuka ekoran penangkapan 200 pengikut ajaran itu dengan mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais pada 15 Disember lalu pukul 10.15 malam, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Kumpulan yang ditahan juga dipercayai menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam.

Kebakaran Besar Di Langkawi, Blog GB Benar Tentang Serangan Obor-obor Sebelum Ini

KELAB GREENBOC

200 nelayan hilang tempat tinggal kebakaran di Langkawi

LANGKAWI: Seramai 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, di sini, malam tadi iaitu kejadian terburuk di daerah ini sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, berkata sehingga jam 1.30 pagi tadi tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun sebahagian besar rumah terbabit hangus dalam kebakaran yang percayai bermula sekitar jam 11.40 malam.

Katanya, pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas ke tempat kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan.

Kebakaran hanya dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam selepas kejadian dan punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

"Berdasarkan sejarah, ini adalah kebakaran ketiga terbesar di perkampungan ini selepas kejadian sama pada 2005 dan 2007," katanya. -BH

Ulasan GB

Blog ini, pada 23 Disember yang lalu telah menulis berkenaan dengan serangan obor-obor di Langkawi. Di dalam ulasan GB di situ, GB menyatakan begini:

Ada perkara yang Allah ingin sampaikan kepada kita lewat serangan obor-obor itu. Kita nantikan.

Seorang pembaca yang menggunakan nickname shay2k telah menulis komentar di bawah artikel itu:

Mungkin obor2 tu petanda ada malapetaka akan melanda Langkawi....ingat Krismas, ingat 26Disember 2004,ingat lagi..

Kini, 28 Disember 2010, hanya 3 hari selepas Krismas, Langkawi terbakar.

Setiap satu kejadian Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia.. Ayat manzurah adalah ayat yang jelas dan nyata untuk kaum yang berfikir.

Firmanullah:


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka - Ali-Immran : 190-191

Kejadian berlaku sejurus ayat itu diperdebatkan tetapi ramai umat Islam sendiri yang tidak ambil pelajaran dari ayat berkenaan.

Jangan marah-marah dulu! - UMNO tidak akan berubah

Aspan Alias

Rombakkan yang dilakukan oleh UMNO bagi Perhubungan Negeri-Negeri diumumkan semalam. Rombakkan ini telah ditunggu dengan sabar oleh ramai ahli-ahli UMNO dan semalam saat yang ditunggu-tunggu itu sampai. Rupa-rupanya tidak ada rombakkan pun. Yang ada hanyalah ibarat menganjak dan mengalih anak-anak pokok jantan yang tidak mungkin menghasilkan buah. Pokok jantan selalunya memang rimbun daunnya tetapi tidak berbuah dan tidak berhasil.

Negeri Kedah merupakan Negeri yang sangat penting untuk UMNO membariskan pemimpin yang berimej baik dan diterima oleh rakyat Kedah sebagai barisan yang akan mengambil alih tempat Dato Seri Azizan dan kerajaan tajaan PAS disana. Jika barisan yang diumumkan itu merupakan dari kumpulan yang ditolak rakyat dahulu, berikanlah dalil-dalil bagaimana meraka hendak merampas kembali kuasa melalui pilihanraya umum nanti. Nampaknya macam jauh panggang dari api, atau bermimpi disiang hari sahaja.

Mereka pernah berkuasa tetapi oleh kerana kelemahan meraka jugalah mereka ditolak. Jika mereka telah ditolak bagaimana pula mereka hendak melakukan usaha untuk kembali diterima rakyat? Bashah merupakan seorang pemimpin yang menjadi isu diKedah, tetapi pucuk pimpinan masih memilih Bashah juga sebagai peneraju untuk mengambil alih kerajaan negeri Kedah dari PAS. Kawan saya dari Kedah memberi tahu saya, "habislah bro! habis!"

Begitu jugalah diPulau Pinang dan negeri-negeri lain yang nampaknya tidak ada perubahannya. Perubahan hanya diperingkat Timbalan Pengerusi tetapi mereka ini adalah dari kumpulan yang sama dengan imej yang sama dan karaktor yang sama. Jadi dimanakah yang dikatakan perubahan itu? Jika kita hanya menukar baju tetapi masih lagi dengan tubuh yang sama, bagaimana hendak mengatakan sudah ada perubahan diperingkat perhubungan?

DiTerengganu, rata-rata rakyat disana mengatakan yang penukaran Pengerusi Perhubungan dengan mengambil dan memilih Ahmad Said sebagai usaha untuk mempersiapkan BN disana untuk mengekalkan pilihan rakyat diTerengganu dalam pilihanraya yang akan datang tidak akan membuahkan apa-apa. Katalah apa yang tuan-tuan hendak dikatakan; dengan barisan kepimpinan yang baru yang diumumkan semalam Terengganu memang sudah hampir pasti menghadapi kekalahan.

Memang tidak sedap mendengar pandangan saya ini, tetapi dimana dia kebenaran untuk menafikan pandangan saya ini? DiPahang Adnan Yaakop adalah pemimpin yang telah melepaskan dua kerusi Parlimen diPahang dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri. Tetapi beliau masih dikekalkan sedangkan ramai dibawah ini mengharapkan perubahan disana…tetapi tidak juga berubah.

DiPerak Zambri Kadir mengahadapi masalah dokongan dari Bahagian-Bahagian dinegeri tersebut, tetapi beliau tetap menjadi peneraju untuk mengekalkan kerajaan yang dirampas secara tidak demokratik itu. DiSelangor UMNO sedang mencari dan membelek-belek kesalahan kerajaan PR. Yang kecil diperbesarkan tetapi tidak pula berdaya membuktikan kepada rakyat yang dinegeri itu tidak ada berlaku rasuah mega semasa pimpinan BN dahulu.

Betullah Presiden Parti menjadi Pengerusinya tetapi Presiden parti sendiri menjadi bahan umpatan dimana-mana dan beliau tidak dapat hendak melenyapkan pandangan serong rakyat terhadap beliau. Jika ada yang bertaruh yang PR akan kekal berkuasa diSelangor banyak yang mengatakan mereka akan menang pertaruhan itu.

DiNegeri Sembilan PR hanya memerlukan 6 kerusi sahaja lagi untuk berkuasa, tetapi UMNO NS tidak ada perubahan langsung. Dalam pada itu rata-rata mengatakan yang DUN Pilah, Johol dan Juasseh diKuala Pilah akan jatuh jika pimpinan negeri masih tidak berubah. Nun diJelebu dikatakan ramai DUN Chennah akan gugur. Di Jempul katanya, Jeram Padang akan jatuh ketangan PR jika PR meletakkan calun Melayu disana.

Perpecahan yang dicetuskan oleh pimpinan negeri diJempul akan menambah ketenatan BN diJempul. Bagaimana dibahagian-bahagian yang lain? Jika NS tumpas maka tidak ralat lagilah rakyat untuk meletakkan kesalahan kepada pucuk pimpinan kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mencari ganti yang ‘viable’ bagi NS.

Hanya Melaka sahaja yang dikatakan akan mengekalkan semua kerusi BN yang dimenanginya dalam pilihanraya umum yang lalu. Tidak keterlaluan jika ada mereka yang memberikan pandangan yang Johor akan kehilangan beberpa kerusi Parlimen kepada PR. Jika Johor yang dikatakan sebagai kubu UMNO dapat ditembusi PR maka jika panjang umur kita semua, kita akan melihat kejatuhan pihak kita dimana-mana diseluruh negara.

Tentu ramai yang membenci saya dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya tidak mampu untuk membohongi diri saya sendiri. Dulu blog ini pernah membuat telahan yang PR akan memenangi 75 kerusi Parlimen diSemenanjung ini. Ramailah yang menghentam saya dan menuduh diri saya sebagai pengkhianat kerana mereka tidak mendapat pandangan yang mereka ingin mendengarnya dari saya. Tetapi apabila keputusan disiarkan secara terus menerus, terbukti sebanyak 81 kerusi Parlimen diSemenanjung dan 1 kerusi diSarawak telah tumpas ditangan PR. Kerusi yang jatuh melebihi dari apa yang blog ini ramalkan.

Kali ini saya akan memberikan imbasan mengikut kajian saya yang serba tidak sempurna ini; BN keseluruhannya akan memenangi tidak lebih dari 100 kerusi diseluruh negara. Itu pandangan saya dan saya tidak berhajat untuk membawa sesiapa untuk mempercayainya.

Sekarang barulah ramai yang bertanya kenapa UMNO tidak mampu mencari pemimpin yang dihormati ramai untuk memimpin perhubungan negeri-negeri? Jawapannya ialah; kita tidak melakukan perubahan serta mengenapikan pemimpin yang tidak senonoh semasa budaya itu belum merebak. Sepatutnya dari dulu lagi pucuk pimpian mesti mengenepikan seorang demi seorang jika mereka melakukan kesalahan.

Sepatutnya dahulu lagi pucuk pimpinan patut membuang pemimpin ibarat makan tebu; busuk seruas dibang seruas. Tetapi dibiarkan keseluruhan batang tebu itu busuk, maka nak mencari ruas yang boleh dimakan sudah tidak ada lagi. Nak dibuang pula sebatang tebu tidak ada pula yang akan memimpin. Maka UMNO kini terpaksa menggunakan juga ruas-ruas tebu yang busuk itu. Bak kata anak-anak muda sekarang, ‘nasib lu lah brader’.

Kenyataan media oleh Lau Weng San

MALAYSIA TODAY

Saya terkejut dan tergempar dengan pengumunan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataannya bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi akan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Perlantikan ini difahamkan belum mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan saya berpendapat perkara ini tidak boleh diumumkan langsung sebelum mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan Setiausaha Kerajaan perlu diwujudkan dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan hendaklah berbangsa Melayu dan menganut Agama Islam,dan hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pentadbiran negeri.

Oleh itu adalah jelas bahawa perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malahan ianya boleh dilantik daripada "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru telah mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor juga merupakan satu kenyataan yang mengelirukan kerana tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa perlantikan Setiausaha Negeri perlu mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor.

Malahan Setiausaha Kerajaan bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Tindakan Ketua Setiausaha Negara membuat pengumuman ini tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri merupakan satu tindakan sabotaj terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Adalah amat malang bahawa ianya juga telah dilihat sebagai satu tindakan balas dendam terhadap keputusan Kerajaan Selangor melarang penggunaan logo "1Malaysia" di atas papan tanda iklan luaran dan papan tanda perniagaan.

Saya berharap perlantikan jawatan ini dapat dilakukan dengan cara yang telus dan beramanah tanpa sebarang bentuk unsur sabotaj di mana hanya mereka yang betul-betul komited, berupaya dan independen sahaja yang dilantik ke jawatan ini.

Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan pegawai utama yang akan bekerja bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka perlantikan ini harus mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Penduduk menolak premis hiburan

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA NERUS – Geram kerana pihak penguat kuasa lambat bertindak sekumpu-lan penduduk yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa peringkat kampung mengambil tindakan sendiri menyerbu sebuah pusat karaoke dipercayai beroperasi tanpa lesen yang terletak di Taman Desa Soleha, Padang Air, di sini, malam kelmarin.

Operasi gerak gempur yang disertai 50 penduduk melibatkan Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Surau, dan beberapa jawatankuasa lain bertujuan menunjukkan protes mereka terhadap premis hiburan itu yang jelas tidak bersesuaian dibuka di kawasan penempatan penduduk.

Operasi itu bertujuan menghalang pusat hiburan tersebut meneruskan perniagaan mereka kerana bimbang gejala sosial menular dalam kalangan belia.

Selain itu, tindakan penduduk juga menunjukkan mereka menolak keras bentuk perniagaan itu beroperasi di kawasan berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Air, Abu Bakar Mamat, Pada Mei lalu pihaknya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi e-Aduan berhubung kewujudan premis perniagaan berkenaan, namun setelah menunggu sejak sekian lama masih belum ada sebarang tindakan diambil.

“Setelah bermesyuarat beberapa kali, penduduk yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa mengambil tindakan untuk membuat serbuan bertujuan memberi amaran kepada pemilik agar tidak meneruskan perniagaan sebegini.

“Kami memandang serius perkara sebegini kerana kebanyakan pelanggan di pusat hiburan itu adalah golo-ngan belia yang terdiri daripada pelajar, tetapi apa yang lebih membimbangkan lagi dikhuatiri menjadi tempat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abu Bakar, premis yang dipercayai beroperasi hampir setahun lalu itu sememangnya tidak disenangi penduduk setempat kerana ia bukan sahaja terletak berdekatan dengan sekolah, tetapi juga begitu hampir dengan penempatan penduduk.

Sementara itu, dalam serbuan yang turut disertai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati premis berkenaan turut melanggar syarat di mana kesemua lapan bilik karaoke yang disediakan itu diletakkan cermin gelap, di mana sepatutnya cermin perlu telus pemandangan.

Menurut Setiausahanya, Samiun Salleh, premis yang masih dalam proses permohonan lesen itu turut dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 berikutan pelbagai kesalahan yang dikenal pasti pada malam serbuan.

“Kami memberi tempoh selama 14 hari kepada pemilik premis untuk menjelaskan kompaun berkenaan dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk menyita premis tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Samiun berkata, sebelum ini pihaknya tidak pernah sesekali menerima aduan berkaitan operasi perniagaan di premis ini sama ada daripada orang awam mahupun penduduk setempat.

Pengerusi Felda Baru, Tan Sri Isa Samad?

Staff Berita Semasa

tan sri isa samad Pengerusi Felda Baru, Tan Sri Isa Samad?

Tahniah Tan Sri Isa Samad yang telah diangkat sebagai Pengerusi Felda yang baru. Kalau sebelum ini beliau bukan main lagi menafikan. Tup-tup hari ini beliau akan dilantik Pengerusi Felda bagi menggantikan Tan Sri Mohd Yusof Noor yang bakal tamat 31 Disember 2010 ini

  • Tan Sri Isa Samad, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.
  • Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno sebelum digantung kerana terbabit dengan politik wang.
  • Tan Sri Isa Samad sekarang merupakan ADUN Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009.

Beliau sebelum ini pernah digantung kerana terlibat dalam kes rasuah, kemudian sekarang ini dilantik pula sebagai Pengerusi Felda yang baru. Kes sebegini sama yang berlaku dalam struktur pentadbiran P_etronas ekarang ini. Dah bagus Tan Sri Hassan Marican jadi CEO Petronas, tetapi akhirnya digantikan dengan individu yang pernah dibuang dari MISC

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. Bernama

tan sri isa samad 2 Pengerusi Felda Baru, Tan Sri Isa Samad?

Kenapa agaknya Tan Sri Isa Samad mula-mula ditanya tidak mahu mengaku?

Tan Sri Isa Samad declines comment on possible Felda chairmanship

SEREMBAN: Former Negri Sembilan Mentri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad declined comment Monday when asked if he was going to be appointed the new chairman of Felda. Mohd Isa, who is the assemblyman for Bagan Pinang, Negri Sembilan, said he had not received any information to that effect and that he had also learnt about it from a media report. The Utusan Malaysia newspaper reported Monday that Tan Sri Isa Samad would be appointed chairman of Felda to succeed Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor whose contract of service ends on Dec 31.

Tan Sri Isa Samad, 61, was the mentri besar of Negri Sembilan for 22 years, from April 1982 to March 2004. He was also a minister of the federal territories and a former vice-president of Umno. Tan Sri Isa Samad became the assemblyman of Bagan Pinang after winning a by-election on Oct 11 last year. – Bernama

Hairan kami, adakah Malaysia sudah kehabisan barisan muda yang “berkualiti daripada segi kerja, tangggungjawab dan amanah” untuk menerajui FELDA. FELDA ketika ini dihimpit pelbagai masalah. Diharapkan apabila timbul pelbagai masalah, akan ada perubahan pentadbiran ke arah yang lebih baik, tetapi lain jadinya sekarang ini. Anak Peneroka FELDA sendiri pun tidak setuju dengan pelantikan Tan Sri Isa Samad.

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut. Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

“Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak). “Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu,” kata beliau

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAS Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu. “Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini. Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan. “Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong. In kerana ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu. “Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik. “Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

“Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut,” katanya. Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

“Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired? Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan,” tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda. Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

P/S : Kami nak tanya, adakah kalian bersetuju Tan Sri Isa Samad diangkat sebagai Pengerusi FELDA?

PAS sambut sinis lantikan Isa ketuai Felda

MALAYSIA KINI

Perlantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi FELDA yang baru disambut sinis oleh PAS.

idris ahmad pas information chiefKetua penerangannya Idris Ahmadn (kiri) berkata, mereka hairan, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkenal dengan pelbagai slogan perubahan, tiba-tiba melantik Isa yang pernah disabitkan dengan rasuah pada tahun 2005 oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri.

"Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak (calon lain) di kalangan ahli Umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja.

"Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu," kata Idris lagi.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan lantikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai penasihat kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini juga berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.