Rohani
IPOH - Sejumlah 23,406 warga tua di seluruh negara mendaftar sebagai
anggota di Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) setakat Oktober tahun lepas,
kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri
Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata, berikutan sambutan yang amat menggalakkan itu, pihaknya akan menubuhkan lima lagi Pawe pada tahun ini, dan lokasinya akan dikenal pasti kemudian.
"Pelbagai aktiviti dan kemudahan warga emas telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak kerajaan dan sektor swasta. Ketika ini, terdapat 45 Pawe di seluruh negara," katanya dalam ucapan pada majlis Karnival Hari Warga Emas, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Rusnah Kassim.
Selain itu, beliau berkata jawatankuasa Pawe mempunyai perancangan lebih besar di masa depan bagi menjadikan Pawe (UTC) Perak sebagai antara yang terbaik dan memberi manfaat kepada warga emas.
"Pawe UTC Perak mendapat sambutan yang sangat baik dan di luar jangka di kalangan warga emas di sekitar bandaraya Ipoh. Purata kehadiran ahli Pawe di sini sehari adalah 80 orang dan sebulan seramai 2,100 orang," katanya.
Rohani berkata, menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang dijalankan tahun 2010, warga emas merupakan 2.3 juta orang atau 7.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk iaitu 28.3 juta.
Menurutnya, peratusan penduduk warga emas di Perak merupakan yang tertinggi iaitu 11 peratus berbanding negeri lain.
"Bilangan penduduk warga emas di negeri Perak adalah seramai 274,006 orang berdasarkan bancian penduduk daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan