KELAB GREENBOC
Dilaporkan bahawa 1MDB terpaksa berhutang RM2 bilion dari Ananda Krishnan untuk membayar hutangnya kepada Maybank dan RHB yang sudah tiga kali tertangguh.
Dulu, Ananda Krishnan sudah mendapat durian runtuh kerana aset IPP dijual pada harga yang hampir dua kali lebih tinggi. Sekarang Ananda tambah untung dari faedah atas pinjaman yang diberikan. Lebih teruk, dilaporkan pinjaman dari Ananda itu beserta syarat bahawa beliau akan menjadi pemegang saham utama dalam syarikat tenaga 1MDB yang mahu disenaraikan, demikian tulis Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di dalam akaun facebooknya semalam.
"Saya pun akan jadi billionaire kalau saya dapat layanan macam Ananda!', tulisnya sinis.
Beliau mempersoalkan di mana suara-suara yang dengan angkuh mengaku kononnya 1MDB ada aset yang cukup jadi jangan dibimbang walaupun hutangnya besar?
Perdaana Menteri, DS Mohd Najib Razak di dalam program 'Soal Jawab' terbitan TV3 minggu lalu, berkata memang benar syarikat itu mempunyai hutang yang besar, namun jika dibandingkan antara aset dan liabiliti, asetnya jauh lebih baik berbanding liabiliti.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula menafikan 1MDB menghadapu menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut.
Untuk rekod, terbaru 1MDB telah mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014. Hutang berkumpulnya ialah RM41 Bilion.
Mengakhiri tulisannya di facebook, Rafizi Ramli menyatakan "sekarang telah terbukti hutang RM2 bilion pun tak boleh dibayar dan sudah kena jual harta, apatah lagi bila hutang itu RM41 bilion."
"Gelagatnya sama seperti skandal lembu dan kondo dahulu. Mulanya dipertahankan sehingga ke titisan darah lembu terakhir tetapi bila sudah kantoi: saya yang dedahkan pula didakwa di mahkamah," bidasnya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir turut menyelar Najib mengenai isu 1MDB. Katanya, duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi.
Mahathir berkata, Malaysia akan jadi muflis seperti Argentina jika hutang terlalu banyak.
"Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara yang tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak, kita akan muflis seperti Argentina", tambahnya.
Terpaksa mengemis Ananda Krishnan, tindakan 1MDB memalukan
Tindakan 1MDB ‘mengemis’ kepada jutawan Ananda Krishnan untuk membayar hutang tertunggak bukan sahaja memalukan, malah menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah kewangan serius.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, langkah terdesak tersebut juga membuktikan bahawa tidak ada institusi pinjaman kini bersedia untuk memberi sebarang pinjaman kepada 1MDB berikutan skandal kewangan mereka.
“Tindakan 1MDB serta kerajaan terpaksa tunduk dan bergantung kepada hubungan baik dengan Ananda untuk menyelesaikan hutang adalah sangat memalukan.
“Bukankah 1MDB sebelum ini mendakwa pelaburan kontroversi mereka di Kepulauan Cayman berjumlah RM3.9 bilion sudah ditebus?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
The Edge Financial Daily semalam melaporkan Ananda bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.
Pinjaman RM2 bilion akan diperoleh selepas Ananda menyuntik wang ke dalam Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH).
Namun, langkah itu akan memberikan Ananda pegangan majoriti terhadap PIH dan menyebabkan 1MDB kehilangan kawalan kepada PIH, sebuah prospek yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menambah, ia turut akan memberi kelebihan kepada Ananda sekaligus menjadikan 1MDB sebagai tebusan selepas ini -Roketkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan