HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Februari 2015

Alvin tak mahu balik Malaysia

 
Saya tidak percaya saya selamat jika kembali.


alvin tan_pic_300


KUALA LUMPUR: Blogger seks yang kini menjadi pelarian, Alvin Tan berkata, dia menolak untuk kembali ke negara ini hingga ke akhir hayatnya walaupun telah bebas daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan.

“Saya tidak akan pulang walaupun dibentangkan karpet merah untuk saya dan walau berapa banyak sekalipun mereka menggugurkan pertuduhan, itu bukan persoalannya ,” katanya.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini sebulat suara menggugurkan pertuduhan terhadap Alvin dan pasangannya Vivian Lee.

Mereka didakwa memuat naik gambar yang menimbulkan kontroversi pada bulan Ramadan pada tahun 2012.

Dakwanya, Malaysia hanya tinggal sejarah buat dirinya, dan menambah, “Saya tidak akan kembali walaupun hingga akhir hayat. Saya tidak percaya saya selamat jika kembali.”

Katanya, menjadi prinsip dia untuk tidak kembali ke negara yang kononnya rakyat dan pemerintah bertindak zalim terhadap dirinya.

Alvin turut menyifatkan Amerika kini telah menjadi kediaman barunya, katanya, “Saya teruja untuk tinggal di Amerika.”

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menggugurkan pertuduhan ke atasnya, Alvin berkata keputusan itu dibuat terlalu lewat, lapor The Rakyat Post.

Tiada ulasan: