HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Februari 2015

Pembatalan projek KIDEX sekat peluang pekerjaan

 
Pembatalan itu juga akan menyebabkan golongan pelabur dan peniaga bimbang.


kidex no


SHAH ALAM : Majlis Belia Selangor memandang serius tindakan kerajaan negeri Selangor membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) secara mengejut tanpa memaklum atau berbincang dengan kerajaan pusat.

Presidennya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan pembatalan itu akan menyebabkan golongan pelabur dan peniaga bimbang kerana kerajaan pakatan pimpinan PKR di Selangor itu dilihat boleh secara drastik membatalkan projek ekonomi.

“Mereka gusar untuk melakukan aktiviti ekonomi memandangkan keputusan yang pernah dipersetujui boleh dibatalkan dengan menggunakan alasan (tertentu),” katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.
Beliau berkata, pembatalan projek lebuh raya itu akan juga menyekat peluang pekerjaan.


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Isnin mengumumkan pembatalan projek KIDEX bernilai lebih RM2 bilion itu atas alasan syarikat konsesi gagal mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

Tiada ulasan: