HALAMAN SANTAI

Khamis, 19 Februari 2015

Polis: Laporan DAP berasaskan khabar angin

MALAYSIAKINI



 
 
 
Polis memerlukan cukup bukti untuk memulakan sesuatu siasatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa keperluan itu dinyatakan dalam Seksyen 110(1)(b)  Kanun Acara Jenayah.

“Dakwaan semata-mata bukan alasan yang cukup. Laporan polis DAP itu berasaskan khabar angin di media.

“Seksyen 110(1)(b) Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa polis tidak perlu meneruskan siasatan jika tiada bukti cukup.

"Malah, ia menyebut bahawa polis tidak harus melakukan perkara itu (tanpa bukti cukup),” katanya.

MP DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan bekas polis elit khas Sirul Azhar Umar mengenai motif dan pihak yang memberikan arahan kepadanya dan rakan sejawatnya Azilah Hadri.

Mereka berdua disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan berdepan hukuman mati.

Lim membuat laporan polis itu di Balai Polis Dang Wangi pagi ini selepas membaca satu artikel berkaitan di The Sydney Morning Herald semalam.

Dalam laporan eksklusif Malaysiakini semalam, Sirul - yang kini ditahan oleh imigresen Australia – mempersoal akibat yang ditanggungnya hanya kerana mengikut arahan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Lim berkata pendedahan terbaru itu membolehkan polis membuat siasatan baru berhubung perkara itu.

Tiada ulasan: