Oleh Shawaliah Hadir
KELANA JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengemukakan 13 saksi alibi
termasuk isterinya yang sendirinya melemahkan pembelaan dalam kes Liwat
11 beliau, kata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Bercakap di majlis dialog anjuran Pemuda Umno untuk merungkai
perbicaraan yang berakhir dengan Anwar dipenjarakan lima tahun, Shafee
juga menolak dakwaan kononnya kes itu adalah konspirasi politik.
"Bagaimana berlakunya konspirasi dengan penemuan sperma Anwar di dubur pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Abdullah.
"Anwar langsung tidak menggunakan 'pembelaan alibi' yang peguam bela beliau bentangkan di awal kes,” kata beliau.
Mendiang Karpal Singh yang membela Anwar di perbicaraan Mahkamah Tinggi
memberi tahu ketika itu bahawa Anwar tidak berada di kondominium di
mana kejadian itu berlaku.
Menurut beliau, pasukan peguambela Anwar akan membawa saksi-saksi untuk
membuktikan hujah itu. Bagaimanapun mereka, termasuk Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail tidak dipanggil memberi keterangan.
Shafee adalah peguam lantikan Peguam Negara untuk mengendalikan
permohonan kepada Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi
membebaskan Anwar tahun 2010 atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Hasil permohonan itu Mahkahmah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan
mengenakan hukuman penjara lima tahun yang kemudian diperakui oleh
Mahkamah Persekutuan pada 10 Febuari lalu.
Shafee berkata tindakan Anwar tidak membentangkan pembelaan saksi alibi yang dijanjikan membawa padah kepada diri beliau.
"Sikit pun dia tidak kata tentang alibi. Mahkamah boleh buat keputusan dengan jelas," katanya.
Muhammad Shafee dalam masa sama berkata badan kehakiman adalah badan
yang paling bebas sekaligus menolak dakwaan Anwar kononnya hakim-hakim
menerima arahan daripada kerajaa untuk menamatkan karier politik beliau.
"Saya tidak pernah melihat polis meletakkan bukti dalam sesuatu kes dengan sengaja,” kata beliau.
"Ini sekaligus menyebabkan saya sanggup bersumpah depan Al-Quran bahawa Anwar bersalah," jelasnya.
Shafee berkata media antarabangsa memainkan isu Kes Liwat II tanpa menggunakan hujah dan fakta.
Jelasnya kebanyakan laporan media antarabangsa yang baru-baru ini dilihat tidak mengikut kesahihan dan bukti.
Dalam masa yang sama Shafee turut menempelak Majlis Peguam yang
mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai tidak arif tengan
perundangan.
Jelasnya, badan yang kononnya bebas itu hanya mampu membuat tuduhan
melulu namun jelas tindakan itu membuktikan majlis itu hanyalah kuda
tunggangan pembangkang semata-mata.
Pada hemat Shafee, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong salah
anggap kes Anwar kerana ianya adalah kesalahan jenayah dan bukannya
tuduhan politik.
"Leong bukanlah peguam jenayah dan kenyataannya mengenai Seksyen 377B adalah tidak tepat kerana tidak memahami fakta.
"Saiful tidak rela diliwat tetapi dalam keadaan terpaksa menyerahkan, kerana pada waktu itu Anwar dominan," katanya.
Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan
pembela sebagai tidak berasas.
Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan