KUALA LUMPUR:Universiti Selangor (Unisel) enggan memberi kenyataan
bercanggah yang boleh mengganggu siasatan polis ekoran penahanan seorang
pelajarnya dalam kes video ‘Isis Malaysia’ yang mahu menyerang mahkamah
menggunakan mercun.
Ketua Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan dalam satu kenyataan
berkata, Unisel sedia maklum berkenaan penahanan itu yang bertujuan
membantu siasatan ekoran pelajar terbabit memuat naik poster ke dalam
facebook.
Memetik laporan sebuah portal online, Unisel mendoakan pelajar
berkenaan tidak bersalah dan dikecualikan daripada sebarang tindakan
undang-undang.
Menurutnya, untuk tidak mengganggu segala siasatan berhubung perkara
berikut, universiti tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan
bercanggah.
“Cukup hanya sekadar memahami keperluan itu dan berharap pelajar Unisel
serta Universiti Sains Malaysia (USM) dapat dilepaskan selepas siasatan
selesai,” katanya dalam kenyataan itu semalam.
Terdahulu media melaporkan polis menahan dua pelajar institut pengajian
tinggi susulan tindakan memuat naik risalah berbentuk poster berunsur
provokasi dalam media sosial yang dikaitkan dengan bantahan terhadap
sistem mahkamah.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dua individu itu, seorang dari Unisel dan seorang dari USM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan