SHAH ALAM - Soalan bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi mungkin
antara faktor yang memberi kesan terhadap prestasi calon SPM 2014 yang
dilihat sedikit menurun berbanding sebelum ini.
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementeriannya juga akan mengkaji dengan lebih mendalam beberapa faktor lain yang mungkin menyumbang kepada turun naik keputusan peperiksaan.
"Walaupun pencapaian calon keseluruhannya pada 2014 menurun, keputusan itu masih mengikut trend dan tidak jauh berbeza dari keputusan pada tiga tahun sebelum 2013.
"Keputusan itu boleh dianggap memuaskan kerana calon yang menduduki SPM 2014 mampu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk menjawab soalan bercirikan KBAT dengan baik walaupun peratusan soalan sedemikian telah meningkat," katanya.
Katanya, KBAT adalah kemahiran yang perlu dikuasai murid sebagai persediaan menjadi warga global.
"Antara KBAT yang perlu dikuasai oleh murid ialah penaakulan matematik, interpretasi bahasa, membuat inferens, penaakulan saintifik dan penyelesaian masalah dan kemahiran ini diukur dalam SPM 2014," katanya.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan akan terus berusaha melaksanakan pelbagai program intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kecemerlangan pencapaian murid dalam pelbagai aspek termasuklah dalam peperiksaan SPM.
"Ini adalah penting bagi mencapai enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan melahirkan modal insan yang holistik seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, " katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan