MALAYSIAKINI
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan
siapakah golongan barua yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik
Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.
“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.
“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita
sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Kata Hanipa lagi, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik pun.
Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua” di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan