MALAYSIAKINI
Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh
Altantuya Shaariibuu dijadual bertemu ibunya Piah Ahmad, 74, dan Ketua
Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar esok.
Bendahari PAS Asmuni Awi, yang turut mengikuti rombongan itu, berkata
pertemuan itu akan berlangsung di pusat tahanan imigresen di Villawood,
dekat Sydney.
“Kami sudah mendaftar masuk ke hotel dan dijadual bertemu Sirul esok,”
kata Asmuni, yang bertindak sebagai peguam Mahfuz, kepada Malaysiakini
melalui SMS.
Asmuni berkata mereka sampai ke Sydney kira-kira jam 11,30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan panjang.
Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya
bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah
Persekutuan.
Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana
undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan
hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.
Beliau kini menjadi perhatian dunia selepas mengugut untuk membongkar “segala-galanya” berhubung kematian wanita Mongolia itu.
Ini kerana, walaupun hukuman dijatuhkan, motif pembunuhan itu sehingga ini masih tidak terungkai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan