HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Mac 2015

'Keluar Pakatan jika mahu bentang RUU persendirian'

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar Pakatan Rakyat jika masih berkeras untuk membentang rang undang-undang persendirian pelaksanaan hudud di Kelantan.

Lim memberitahu wartawan di lobi parlimen hari ini bahawa Hadi membentang rang undang-undang itu bukan lagi melibatkan hak demokrasi seorang individu tetapi juga "Pakatan Rakyat ditipu".

"Jika beliau masih mahu membentangkannya, beliau boleh buat tapi bukan mewakili Pakatan.

"Jika beliau masih mahu melakukannnya, beliau sepatutnya keluar Pakatan Rakyat dan buat mengikut kehendaknya," katanya.


Tiada ulasan: