SHAH ALAM – Pandangan dan dakwaan yang dikemukakan oleh Pengarah
Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki mungkin dibuat
berdasarkan beberapa krisis Pas yang berlangsung sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.
Penganalisis politik, Dr Sivamurugam Pandian berkata, kewujudan perpuakan dalam parti tersebut dikatakan semakin jelas dilihat, sekaligus membuktikan andaian yang dinyatakan oleh Mohd Zuhdi.
“Pandangan dilontar oleh Dr Zuhdi yang juga merupakan salah seorang strategis Pas. Sudah pasti ada kebenaran dan dilihat kepada beberapa isu kebelakangan ini. Kewujudan kelompok yang bersifat politik dalam parti seolah-olah tidak dapat dielakkan lagi dan terlalu jelas diperlihatkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, Mohd Zuhdi seperti meramalkan perpecahan dalam Pas selepas berakhirnya muktamar tahunan yang akan berlangsung pada Jun depan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas berpecah kerana Pasma, bukan ulama-profesional]
Menurut Mohd Zuhdi, beliau yakin perkara tersebut akan berlaku selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.
“Pasti ada yang tidak bersetuju namun pandangan beliau (Mohd Zuhdi) perlu diambil serius oleh Pas kerana beliau merupakan salah seorang yang menyumbang kepada perkembangan strategi Pas,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan