HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Mac 2015

Pelajar Politeknik Kok Lanas maut


Pelajar Politeknik Kok Lanas maut Keadaan kereta yang remuk selepas terbabas dalam kejadian di Melor, awal pagi semalam.
 
 
KOTA BHARU - Seorang maut dan tiga cedera dalam kemalangan membabitkan empat pelajar Politeknik Kok Lanas di Kampung Jambu Merah, Melor, awal pagi semalam.
 
Dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhammad Munir Zakri, 19, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi rakannya yang turut menaiki kereta tersebut, Norlaila Othman, 19, patah tangan, Nurul Nadirah Jamil, 19, cedera di muka, tangan serta sakit di pinggang dan Aina Najua Abd Halim, 19, pula cedera di tangan.
 
Kejadian jam 12.30 tengah malam itu berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Munir dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok di kawasan terbabit.
 
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
 
Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
 
"Pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan serius di kepala dan mayatnya dihantar ke unit forensik HUSM Kubang Kerian untuk bedah siasat.
 
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Tiada ulasan: