HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Mac 2015

Wakil rakyat DAP beri sumbangan 'OKZ13' PAS

MALAYSIAKINI


 


Semua ADUN dan ahli parlimen DAP di Perak memutuskan untuk menderma gaji bulan Mac sebagai sumbangan kebajikan mereka kepada 13 penyokongnya yang dipenjara 10 bulan ekoran bantahan pelantikan menteri besar baru Perak pada 2009.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengumumkan sejumlah wang gaji sehingga mencecah RM18,000 akan diserahkan kepada Ketua Whip PAS Datuk Mahfuz Omar, untuk menolong keluarga kepada 13 penyokong itu yang dikenali 'OKZ13'.

Nga berkata bahawa DAP juga akan menyediakan khidmat guaman dan bentuk bantuan lain kepada 13 individu itu, yang didenda RM5,000 seorang sebagai tambahan kepada hukuman penjara.


Tiada ulasan: