HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Disember 2015

JKMR: EAIC tak perlu kawal selia SPRM

MALAYSIASKINI


 


Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, panel bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak syor Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang mahu SPRM diletakkan bawah suruhanjaya tersebut.

Pengerusinya Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, oleh kerana kedua-dua EAIC dan SPRM mempunyai tujuan dan fungsi yang berbeza, maka syor meletakkan SPRM bawah EAIC adalah tidak perlu.

"Justeru, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah berpendapat tidak perlu meletakkan SPRM di bawah seliaan EAIC," kata beliau dalam satu kenyataan.

"Saya berpendapat bahawa dengan jelas bahawa Akta EAIC ini mempunyai tujuan dan fungsi-fungsinya bertumpu khas kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta tersebut sahaja dan tidak sekali-sekali patut dikaitkan dengan Akta SPRM 2009."

Abu Zahar berkata, beliau saya selaku pengerusi jawatankuasa itu dan empat panel bebas lain yang turut memantau SPRM sedia mendengar pandangan untuk tujuan memperbaiki lagi perjalanan SPRM, tetapi bukan bertujuan meletakkan SPRM bawah EAIC.

Pada 28 November lalu, Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam berkata, pihaknya mahu SPRM disenaraikan sebagai agensi penguat kuasa bawah kawal selia EAIC dengan memansuhkan pengecualian sedia ada.

Yaacob berkata, EAIC menerima banyak pertanyaan mengenai SPRM yang dikecualikan daripada seliaan EAIC.

Abu Zahar menambah, setelah membuat kajian teliti dan terperinci, berkenaan kedua-dua Akta SPRM 2009 yang diwartakan pada 8 Januari 2009 dan Akta EAIC 2009 yang diwartakan pada 3 September 2009, beliau mendapati syor Pengerusi EAIC tidak wajar dan tidak perlu dipertimbangkan.

Mengikut Akta SPRM, jelas beliau, SPRM "adalah sebuah suruhanjaya bebas, yang betul-betul bebas dan tidak terikat kepada mana-mana agensi lain.


Tiada ulasan: