HAN KAR KAY
Bantahan itu dibuat atas
alasan ia tidak boleh diadili, kerana mahkamah tiada bidang kuasa untuk
mendengar perkara berhubung keputusan dasar dan triti antarabangsa.
KUALA LUMPUR, Keputusan kerajaan berkaitan dasar dan triti antarabangsa sememangnya tidak sesuai untuk dibawa ke mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul
Bolhassan yang mewakili Jabatan Peguam Negara membuat bantahan itu,
ketika pendengaran permohonan membatalkan semakan kehakiman yang
difailkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Perdana Menteri
dan dua yang lain berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Bantahan itu dibuat atas alasan ia tidak
boleh diadili, kerana mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar
perkara berhubung keputusan dasar dan triti antarabangsa.
“Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam
keputusan kerajaan, kerana ia terpulang kepada mereka untuk
menandatangani dasar-dasar itu,” katanya.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla
yang mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Urusetia Menangani
Gejala Sosial (Unggas) serta Persatuan Teras Pendidikan dan Kebajikan
Malaysia (Teras) berkata, susulan bantahan dikemukakan Jabatan Peguam
Negara itu, mahkamah telah mengarahkan pempetisyen dan responden
memfailkan penghujahan bertulis.
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan
dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Asmabi Mohamad menetapkan 12 Januari ini
untuk meneruskan pendengaran permohonan itu bagi memulakan semakan.
Selain Najib, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) serta kerajaan turut dinamakan sebagai responden.
Dalam permohonan semakan
kehakiman yang difailkan pada 4 November lalu, plaintif-plaintif itu
mahu mendapatkan arahan mandamus yang mewajibkan responden mendedahkan
isi kandungan TPPA.
Mereka turut memohon mahkamah
mengisytiharkan pemeteraian perjanjian itu adalah tindakan melanggar
Perlembagaan Persekutuan, kerana peruntukan dalam TPPA bercanggah dengan
perlembagaan, serta memohon mahkamah mengeluarkan arahan bagi melarang
responden menandatangani TPPA, sehingga semakan kehakiman itu selesai.
TPPA bertujuan mewujudkan perjanjian
perdagangan bebas serantau di kalangan 12 negara Asia Pasifik, termasuk
Malaysia dan Amerika Syarikat.
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan